Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Perkasakan Baitulmal, kembali ke zaman kegemilangan Islam?

Posted by thinker on 25/06/2009

KUALA LUMPUR 24 Jun – Institusi Baitulmal akan diperkasakan bagi mengembalikan peranannya yang sebenar seperti mana pada zaman kegemilangan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, usaha memperkasakan institusi itu mempunyai potensi besar dalam memajukan taraf sosio-ekonomi umat Islam di negara ini.

”Sebanyak tiga belas kertas kerja akan dibentangkan, dibaincang dan dirumuskan untuk menghasilkan resolusi-resolusi yang perlu dipanjangkan kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk dikaji dan diambil tindakan sewajarnya. [Sumber : Utusan Malaysia 25 Jun 2009]

Apabila “Si Ulamak” Berlagak Pandai…

Mengembalikan kegemilangan Islam apa kebendee…? adakah dengan hanya memperkasakan fungsi Baitulmal, lalu umat islam akan kembali gemilang seperti umat-umat (Islam) terdahulu? Bukankah fungsi, skop dan bidang Baitulmal ni dah setel semenjak dari dulu lagi? Apa yang berbeza hanyalah uslub (teknik) pembahagiannya sahaja. Ok, tinggalkan dulu perbahasan Baitulmal ni. Mari kita fokuskan kepada bagaimana caranya untuk menjadi umat yang gemilang?

Adakah si Jamil Khir Baharom ni tak faham tentang Islam? Bahawa agama Islam adalah agama yang lengkap dari segala aspek, baik pemerintahannya, sistem sosialnya, sistem ekonominya, sistem pendidikannya. Senang citer, semua lah! Tak terkecuali, sistem (cara) nak tido sekali pun, ada caranya di dalam islam. So, adakah kemuliaan yang dikecapi oleh umat (Islam) yang gemilang dahulu itu hanya dengan menerapkan dan memperkukuhkan istitusi Baitulmal sahaja? Wei, please…. wake up lah! Bukak mata tu, jangan tido! Macam mana sistem ekonomi nak berjalan dengan cantek… padahal… kita masih menggunapakai sistem ekonomi Kapitalis yang semuanya berasaskan ribawi! Pelik bin aneh wal ajaib betol! Adakah kita sama seperti golongan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang mengambil sebahagian al-Kitab (yang disukai oleh akal mereka), dan mencampakkan sebahagian (isi) al-Kitab (yang tidak sesuai dengan akal mereka)?

“…..apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang sangat berat…..” [TMQ Al-Baqarah (2):85].

Mahukah kita bergelumang dengan dosa yang selama ini dipikul, lantaran kita tidak berusaha untuk menerapkan syariat Islam di muka bumi ini? Wahai penguasa dan pemimpin kaum muslimin! Wahai Ulama’ kaum muslimin! Wahai tentera kaum muslimin! Wahai jemaah-jemaah kaum muslimin! Bangkit dan jagalah dari mimpi-mimpi indah yang bersifat fatamorgana yang dijanjikan oleh falsafah-falsafah kufur barat. Ayuh berjuang untuk mempertahankan Deen (Islam) ini dengan sepenuh tenaga dan keringat. Janganlah menyangka bahawa kita akan hidup kekal selamanya. Kita bakal kembali kepada Allah SWT dengan amal-amal kita di dunia.

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: