Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Nasehat Kepada Orang-orang Bawean

Posted by thinker on 14/07/2009

Melek-melek atau maksiat?

Assalamualaikum War. Wab.

Sebetulnya, sudah terlalu lama saya pendam perasaan ini. Khawatir jika diluahkan, maka akan dicerca dan dimarahi orang. Khawatir juga jika tidak dituangkan apa yang terbuku di sanubari ini, maka akan mendapat dosa dan laknat dari Allah SWT. Lantaran tidak menegah yang munkar dan mengajak yang ma’ruf sesama manusia.

Jadi, dalam kesempatan ini, saya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Demi tuhan, tidak ada apa yang tersirat, melainkan inginkan kebaikan darinya, dan dihindarkan dari keburukan yang ada.

Malam itu,

Malam itu, persiapan sebuah majlis pernikahan sudah dibuat seawal 2 hari dari tanggal majlis sebenarnya. Majlis pernikahan dua manusia yang bakal bersanding di pelaminan. “Pasti bahagia”, bisik hatiku.

Malam itu, tepatnya pada malam sebelum majlis persandingan di adakan di esok harinya… suasana keramaian memang sudah menjadi kebiasaan dan tradisi majlis pernikahan. Apalagi majlis persandingan orang-orang Bawean. MasyaAllah… yang turun untuk bergotong royong itu tidak mendukacitakan. Sememangnya, orang-orang Bawean terkenal dengan semangat kerukunan sesama rasisnya, terutama yang sekampung. Mulai dari yang muda hinggalah yang paling tua atau dikenali sebagai yang paling ‘seppo’ di kalangan orang-orang kampung.

Malam itu, jam menunjukkan tepat jam 12.30 malam. Sabtu malam Ahad. Saya baru tiba di hadapan rumah. Rumah yang dikenali sebagai rumah kedai di Malaysia. Di atasnya rumah yang bertingkat 3, dan di bawahnya adalah jajaran kedai-kedai. Saya tidak tahu, istilah apa yang digunakan di Indonesia. Baru selesai mengajar tadi malam dan berbincang dengan teman-teman di rumahnya. Balik agak lewat. Rumah terpacang, tersergam indah di balik alam yang terbentang. Manakala majlis pernikahan itu hanya di sebelah ini aja. Kanopi dan khemah yang dibina telah siap semuanya. Gotong-royong masak-masak pun kelihatannya sudah selesai. Ibu-ibu yang tadi maghrib sedang sibuk, sekarang sudah tidak kelihatan. Suasananya kini berbeza. Kalau tadi maghrib, ibu-ibu dan bapa-bapa (yang senior) menghiasi latar masyarakat di sini. Tetapi, kini berbeda. Kelihatannya anak-anak muda sedang ramai di sini. ada yang sebaya dan seumur saya. Bahkan ada yang lebih muda. Yang lebih tua, tidak kalah banyak. Apa yang mereka sedang lakukan???

Saya dekati mereka. Saya cuba menebak. Sedang musyawarah? Ah, tak mungkin terlalu malam. Semakin hampir. Kini, saya berdiri satu meter di belakang 5 orang yang sedang membuat bulatan. Astaghfirullah, mereka bermain daun espik. Daun terup tepatnya. Ada 3 bulatan lain yang sedang melakukan hal yang sama. Ada yang bermain, dan ada yang menjadi penonton setia. Malam yang sepi, dimeriahkan dengan suasana riang permainan terup dan gelak ketawa mereka.

Mereka hanya sekadar bermain aja? Tidak! Mereka sedang berjudi. Mata dan seluruh anggota saya menjadi saksi. Saya tidak mampu berbuat apa-apa. 90 persen semuanya hampir saya kenal. Pemuda-pemudi Bawean yang sangat mendukacitakan, memalukan, bahkan mengaibkan. Sang iblis sedang tertawa di balik kejayaannya menggoda anak-anak Adam menuruti bisikannya. Na’udzubillah Min Syarri Dzalik. Semoga kita semua terhindar dari hal-hal yang sedemikian.

Sebuah penalaran,

Kejadian di atas, bukanlah pertama kali yang dialami oleh saya. Bahkan berkali-kali apabila ada majlis yang seumpamanya dilakukan, maka di situlah ada melek-melek yang berbaur maksiat. Saya yakin, banyak yang sudah memakluminya. Saya kadang sudah mati akal untuk melakukan apa. Di mana orang-orang senior? Di mana para kiayi? Ah, mungkin mereka tidak mengetahuinya. Prasangka baik saya. Tapi, saya pernah melihat orang-orang tua seumur bapa saya berada di dalam majlis berkenaan. AllahuAkbar! Hati saya meronta melihat kejengkelan situasi tersebut. Sebal, marah dan emosi.

Saya tidak mampu melakukan lebih dari ini. Saya hanyalah pemuda biasa yang tidak dikenal oleh sesiapa. Kalau pun yang mengenal, hanyalah para santri saya di sekolah. Ataupun paling tidak, keluarga saya sendiri. Saya beriman dengan hadis Nabi SAW. Bahawasanya mencegah yang munkar bukanlah tugas para kiayi sahaja. Tetapi semua umat islam yang beriman. Dan kalaupun saya tidak mampu menegur dengan ‘tangan’, saya mampu menegur dengan tinta dan penulisan. Semoga penulisan ringkas saya ini mampu mengetuk egois-egois orang-orang Bawean yang berada di Malaysia ini. Mungkin mereka sudah alpa dan lupa, dengan kekayaan yang bersifat fatamorgana. Wang menjadi idaman dan cita-cita mereka, dan bukan keredaan Allah SWT. Materialistik sudah mendarah daging dalam kehidupan mereka. Mereka lupa dengan kalam tuhan. Mereka lupa dengan nasihat Rasul yang ummi, pemimpin sepanjang zaman.

Ketahuilah, bahawasanya kita datang dari Allah SWT, dan bakal kembali kepadaNya. Andai, penulisan saya agak kasar dan membuat banyak orang merasa risih dan tidak senang, ketahuilah bahawasanya saya hanya menjalankan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi ini untuk menegur sesuatu kemunkaran dengan sehikmah yang mungkin. Saya bertanggungjawab di atas fakta dan gambaran penulisan saya kali ini.

Sebuah kejengkelan,
Juga penodaan,
Bagi majlis pernikahan suci,
Yang di malamnya ada majlis itu,
Majlis judi ala syaitan

Sebuah pengkhianatan,
Juga penyelewengan,
Bagi status orang beriman,
Mengaku solat di siang hari,
Di malam hari dengan rakus,
Menjadi hamba kepada iblis.

Mohd Amin Bin Samsul Ma’ruf
Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Malaysia
12.14 a.m, 14 Julai, 2009

Pemuda prihatin anak Bawean,

Mohd Amin Bin Samsul Ma’ruf

Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Malaysia

12.14 a.m, 14 Julai, 2009

5 Responses to “Nasehat Kepada Orang-orang Bawean”

  1. kbo online said

    nice bro..tq..teruskan terutama 4d magnumnya

  2. samurouh said

    Salam khi ana nak tanya apa hukum main daun terup?

  3. thinker said

    salam,

    sesuai dgn hukum perbuatan, maka terikat dgn hukum syara’, dlm segala aspek apa pun. Kita lihat dulu realiti benda (daun terup) itu dulu. Jadi, hukum benda hanya ada 2 sahaja, iaitu halal atau haram. sesuai dgn kaedah syara’ ===> “Asal sesuatu benda (materi) itu mubah, selagi tidak ada dalil yg mengharamkannya”.

    Jadi, kita dapati bahawa daun terup itu halal, kerana tidak ada dalil yg mengharamkannya. Jadi, menggunakan yg halal hukumnya boleh, iaitu mubah. Tapi harus dipastikan bahawa ia tidak mengandungi unsur2 yg haram, kerana sesuatu yg mubah boleh menjadi haram jika ada unsur2 yg haram mempengaruhinya. Misalnya:

    1) adanya unsur perjudian
    2) tasyabbuh bil kuffar (ada unsur penyerupaan dgn org2 kafir)
    3) menyebabkan hal2 yg wajib terabai (tidak terlaksana)

    Jadi, jelas hukum bermain daun terup itu adalah mubah. Tetapi boleh menjadi haram jika kita bermain utk perjudian, atau kita bermain daun terup itu dengan niat atau dengan ada unsur gaya-gaya yg menyerupai orang-orang kafir, atau kita bermain daun terup itu berjam-jam sehingga kewajipan solat terabai (tidak terlaksana). Ini sesuai dgn kaedah syara’:

    Al-wasilatu ila haram, muharromah
    “Wasilah (jalan) yg membawa keharaman, maka ia menjadi haram”

    wallahu’alam…

  4. samurouh said

    shukran kerana memberi pencerahan kerana ana musykil sbb mak ana kata hukumnya haram.

  5. Salam pak,

    tak sangka kan tapi itulah realiti yang kadang-kadang dipandang remeh oleh sesetengah pihak yang bergelar ustaz dan ustazah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: