Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Ulama Pas patut keluar fatwa

Posted by thinker on 20/07/2009

IPOH 20 Julai – Ulama dalam Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya, ulama Pas seperti Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

[Sumber : Utusan Malaysia 21 Julai 2009]

Apa yang dilakukan oleh Tim. Pesuruhjaya Pas Perak itu, memang bertentangan dengan syarak, kerana ia merupakan perbuatan yang menyerupai orang-orang kafir (tasyabbuh bil kuffar). Ia jelas dilarang di dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qot’e dan mutawatir.

Namun, sepatutnya Zambry mencubit paha sendiri dulu, barulah mencubit paha orang lain dalam hal ini. Dia meminta agar PAS mengeluarkan fatwa berkenaan tindak tanduk pihak lawan yang bertentangan dengan hukum syarak, padahal dia sendiri ibarat Campak baju nampak kurap. Mendedahkan sendiri aibnya yang secara terang-terangan sedang memperjuangkan selain daripada hukum Islam. Baik PAS atau UMNO. Baik PKR atau Gerakan. Di mana fatwa tentang haramnya menerapkan perlembagaan sekular? Di mana fatwa tentang kewajipan menerapkan Sistem Islam yang agung?

“dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44]

[TMQ al-Ma’idah (5):44], “dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45],

“dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47]

Oleh itu, baik PAS atau UMNO, dan seluruh umat Islam, segeralah kembali kepada perjuangan politik Islam yang sebenar yang berpaksikan kepada akidah Islam itu sendiri. Segala apa yang kita lakukan hanyalah semata-mata untuk mendapatkan redha Allah SWT semata. Dan bukan lainnya.

Wallahu’alam….

6 Responses to “Ulama Pas patut keluar fatwa”

  1. wuzara said

    Salam,

    Nizar terlibat upacara kematian ala Kristian.
    Nik Aziz pergi ke Sambutan Deepavali.
    Mat Sabu anjur supaya bagi hadiah sempena Krismas.
    Haji Hadi ubah hukum hudud tak kena kepada hukum Islam.
    Mujahid Yusof Rawa pula beriya-iya nak buka keahlian bukan Islam.

    Parti Islam tetapi penuh dengan fikrah dan thariqah kufur. Seperti ada yang tak kena.

  2. singa tua said

    Sinar Harian/Selasa 21-7-2009

    ALOR SETAR – Perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam.

    Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.

    Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin ketika diminta mengulas pembabitan orang Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin, berikutan kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, menegaskan selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.

    “Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

    Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

    “Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

    Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

    “Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

    Malam kelmarin, satu perhimpunan memperingati kematian Beng Hock diadakan oleh pemimpin dan penyokong DAP di Simpang Kuala, di sini yang turut dihadiri pemimpin Kerajaan Negeri daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)

  3. Salam..

    Semuanya dah ada dlm Quran..dah ada penjelasan pun oleh ulama’ terdahulu..Perlulah ditegur mereka2 yg silap ni..

  4. thinker said

    bukan amalan agama? tp hanya sekadar amalan bukan islam?

    pelik bunyinyer tu. Kelakar pun ada, mengarut pun ada. Bukan Islam tu kan, maknanya adalah amalan org2 Kafir yg jelas bertentangan dgn Islam. Islam tidak pernah mmberi panduan kpd penganutnya mmberi penghormatan sebegitu rupa…

    Sayyid Quthub mengatakan :

    “Rasulullah melarang kaum muslimin bertasyabbuh dalam pakaian dan penampilan, gerak dan tingkah laku, perkataan dan adab, kerana di balik semua itu terdapat perasaan batin yang membedakan konsep, manhaj dan watak jamaah Islam dengan konsep, manhaj dan watak jamaah lainnya. (rujuk kitab, Ad Damghah Al Qawwiyah li Nasfi Aqidah Ad Dimuqrathiyah; Syekh Ali Belhaj/pemimin FIS Aljazair)

  5. wuzara said

    Memang mengarut. Malah merosakkan Islam.
    Apa saja dikorban kononnya untuk dakwah kepada bukan Islam. Hatta mengorbankan hukum Islam.
    Jika inilah yang dilakukan, ia adalah dakyah bukan dakwah.
    Saya rasa banyak sangat dah hukum yang diterajang begitu saja. Tak tahan rasa hati ini melihat golongan yang kononnya memperjuangkan Islam ini mempermainkan agama sebegitu rupa. Lebih sedih mereka telah membina benteng ketaksuban dikalangan pengikut mereka hingga ramai yang mengiyakan saja yang dilakukan oleh marajik2 mereka.
    Jika beginilah keadaannya, dakwah di Malaysia ini memang sukar. Kerana gerakan Islam sendiri pun membawa kepada kebathilan.
    Apabila ditegur mereka menganggap kita memusuhi mereka sampai mereka membenci kita.

  6. Assalamualaikum

    “Nik Aziz pergi ke Sambutan Deepavali.”

    he not just attended deepavali celebration, but even lighting the ‘kolam’ as he not aware that ‘kolam’ HAS a religious significant in hinduism. the picture of that was published in harakah.

    it seems he more interested in safe-guarding his political party, to keep them in power. he’s more pragmatic election oriented type.

    is this kind of ‘ulama?’ we put our trust to help us re established the Khilafah?

    Wasalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: