Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Ratusan budak jadi mangsa penderaan seks paderi

Posted by thinker on 21/07/2009

DUBLIN 22 Julai – Selepas dua bulan penelitian terhadap tanda kewujudan penganiayaan endemik, para pegawai hari ini terkejut apabila laporan mendapati ratusan kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks oleh paderi-paderi Katolik di Ireland.

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kerajaan diketuai oleh hakim yang menjalankan siasatan itu mendapati penderaan seks yang dilakukan oleh paderi-paderi yang berada di bawah pengawasan biskop, gereja terbesar di Dublin itu telah bermula sejak Mac 2006 lagi.

Ketua Biskop Dublin, Diarmuid Martin dalam laporannya kepada Menteri Kehakiman, Dermot Ahern semalam, mengingatkan bahawa pendedahan itu akan mengejutkan semua pihak.

Untuk pertama kalinya, siasatan itu mendapati bagaimana gereja paling berpengaruh Roman Katolik yang dikuasai rakyat Ireland itu mengadakan hubungan `haram’.

Sementara itu, jurucakap bagi pihak biskop berkata, pihak berkuasa mendapati sejak tahun 1940, terdapat 400 hingga 450 orang menjadi mangsa penderaan seks oleh setiap seorang daripada 152 paderi. – AFP

[Sumber : Utusan Malaysia 22/7/2009]

Apa yang hendak dihairankan bagi kita seorang Muslim melihat kejadian seperti di atas berlaku bagi pemilik akidah selain Islam? Sememangnya agama lain (selain Islam) tidak pernah mendatangkan ketenteraman jiwa bagi penganutnya. Tetapi Islam sama sekali berbeza. Agama Islam tidak pernah menafikan akan adanya Naluri Seksual (Qharizah at-Tadaiyun) yang telah ditetapkan oleh al-Khalik secara fitrahnya. Bahkan, Islam datang dengan memberi penyelesaian yang sebaiknya bagi umat manusia yang datangnya dari tuhan semesta alam, Allah SWT. Ini berbeza sama sekali dengan agama Kristian yang menjadikan agama (Kristian) sebagai tempat untuk mengetepikan Naluri itu sendiri. Atau ingin lari daripada hakikat kewujudan Naluri yang lazimnya ada di dalam diri manusia. Walhasil, mereka sendiri terjebak dengan akidah mereka yang rosak itu.

Sesungguhnya, apa yang terungkap di atas bukanlah sesuatu yang terpencil dan asing bagi sesiapa yang rajin meneroka dunia informasi. Telah banyak kejadian-kejadian lain yang seumpamanya berlaku. Belum lagi membicarakan Sistem Sekular dengan membawa sejuta permasalahan, yang diterapkan dan diagung-agungkan di seluruh dunia. Bagi manusia yang buta mata hatinya kerana melihat kemewahan harta dunia yang bersifat sementara, maka akan tersadailah kebenaran di noktah abadi. Mereka tidak dapat lagi membezakan antara intan dan kaca. Mereka lebih memilih Sistem sekular yang rosak, berbanding Sistem Islam yang agung.

Namun, bagi umat manusia yang celik, yang mencari kebenaran, mereka dengan sendirinya dapat melihat bahawa hanya Islamlah agama yang layak bagi umat sejagat. Tidak hanya manusia yang akan merasakan keamanan, kesejahteraan dan keadilan pemerintahannya di bawah naungan Sistem Khilafah Islamiyah, bahkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan turut merasakannya.

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” [TMQ Al-An’am (6):153]

Oleh dari itu, marilah kita pacukan segenap usaha dan pemikiran kita untuk berjuang menegakkan institusi Islam, Khilafah Rasyidah yang bakal menggoncangkan dunia dengan kibaran tauhidnya. Semoga kita masih mampu bernafas dan merasakan hawa dan iklim di dalam sebuah Negara Islam, Daulah Islam, Daulah Khilafah ar-Rasyidah. Ameen.

Wallahu’alam…

Leave a comment