Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Jual Dara

Posted by thinker on 24/07/2009

Bidaan dara Duenos lebih RM11 juta

VALENCIA – Bidaan dara seorang wanita yang berumur 28 tahun iaitu Evelyn Duenos dari Ecuador mencecah lebih £2 juta (RM11.72 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Duenos menjual dara itu dengan tujuan untuk mencari wang bagi membiayai rawatan perubatan ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer.

Gadis itu yang kini menetap di Valencia, Sepanyol akan menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membiayai pengajiannya dalam bidang perubatan.

Duenos akan menyiarkan dokumen perubatan bagi membuktikan dia masih dara.

Wanita itu berkata, pendapatannya sebagai seorang pembersih rumah di sini tidak dapat membantunya untuk menyimpan wang bagi membiayai rawatan ibunya.

[Sumber : Sinar Harian 24/7/2009]

Semakin hari, semakin nampaklah tembelang dan kurap yang selama ini membusuk, tetapi tidak dapat dihidu oleh manusia-manusia yang masih membela sistem sekular ini. Fakta di atas menunjukkan kepada kita betapa sistem sekular (akidah kepada Ideologi Kapitalis) tidak pernah mewujudkan peradaban dunia yang bersifat manusiawi. Kehidupan barat yang dilihat sebagai pengamal hidup kapitalisme menampakkan kehidupannya yang bersifat haiwani.

أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا

Atau Adakah Engkau menyangka Bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (Apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka)? mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (TQM Al-Furqon[25]: 44)

Apakah kehidupan yang sesat ini kita idamkan wahai kaum Muslimin? Bukankah Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Namun, penciptaan manusia yang baik itu telah kalian abaikan, lalu kalian jauh daripada aturan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Allah SWT juga telah memuliakan manusia dengan Islam. Mereka tinggi dari peradaban lain, bahkan tak terkalahkan. Namun, mereka merendahkan dirinya sendiri dengan memilih selain Islam.

Islam memuliakan penganutnya kerana Allah SWT memuliakan mereka sebagai orang-orang yang beriman. Tidak mengira sama ada penganut Islam berbangsa apa dan berkulit apa. Mereka tetap diberi hak dan kemuliaan yang sama, selagi mana mereka menjalankan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang, kerana itu adalah jalan menuju ketakwaan.

Negara Islam pula memberi layanan dan hak yang sama kepada warganegaranya. Kafir dzimmi (orang kafir yang bernaung di dalam Daulah Islam) akan dilayan seperti orang muslim yang lain mengikut batas-batas yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Mereka layak diberi pekerjaan, tempat tinggal, keadilan hukum dan hak-hak lainnya termasuklah hak menyembah apa yang mereka yakini. Namun hak penyembahan itu, masih dalam ruang lingkup yang tidak boleh menampakkan (menzahirkan) syiar mereka secara terbuka dan besar-besaran, kerana ia dilarang  di dalam Islam, Allah sesekali tidak menyediakan jalan bagi orang kafir untuk menguasai dan mengatasi orang Islam.

Jadi, agama Islam yang mulia ini akan dapat mampu untuk membawa rahmat kepada seluruh kehidupan hatta binatang dan tumbuh-tumbuhan. Jadi, mengapa masih memilih selain Islam? Jom berjuang mengakkan Institusi Islam, Khilafah Rasyidah. AllahuAkbar!

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: