Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kerana dirimu yang terindah…

Posted by thinker on 04/08/2009

Wajah Balqis berselimut kabut. Meski telah berusaha tak memikirkan sindiran rakan-rakan sekerjanya. Namun tetap saja sindiran mereka mengganggu perasaannya yang halus.

Belum genap setahun, Balqis meninggalkan rumah penginapannya yang selama ini bersama kakak tersayang. Bersama suami tercinta, kini Balqis menetap di rumah mertuanya.

Di sini, Balqis tinggal bersama keluarga besar sang suami dalam satu atap. Rumah sang suaminya tidaklah besar dan cukup sederhana, sungguh berbeza dengan rumah asalnya yang lebih besar dan mempunyai banyak kamar. Tapi, itu sudah cukup mengajar Balqis erti kesederhanaan.

Di tempat kerja, rakan-rakan sekerjanya pula mempunyai gaya hidup yang berbeza dengan yang selama ini ‘dianuti’ oleh Balqis. ‘konsumtif’ dan pragmatis, demikian gaya hidup yang dianuti oleh rakan-rakan di tempat kerjanya yang sedikit sebanyak mempengaruhi sifat kewanitaan di dalam dirinya. Namun, kerana ketakwaan sang suami yang telah banyak mendidiknya, maka gaya hidup yang sedemikian tidak mampu menembusi ruang-ruang yang telah diisi dengan keimanannya. Apatah lagi pada saat seperti ini, di mana keadaan ekonomi keluarga mereka masih goyah. Gaji sang suami yang belum lama kerja dan masih berstatus guru kontrak hanya cukup untuk memenuhi keperluan sehari-hari dan sedikit sekali untuk menyimpan. Dengan keadaan begini tak mungkin dapat mengikuti gaya hidup konsumtif para karyawan di tempat kerjanya. Kalaupun keadaan ekonomi keluarga mereka stabil, Balqis tetap tidak berminat mengikuti gaya hidup seperti itu yang banyak mengumbar wang ringgit.

Perbezaan gaya hidup. Inilah yang kemudian menimbulkan ketidakcocokan antara Balqis dan rakan-rakan sekerjanya. Hampir setiap hari rakan-rakan sekerjanya berbelanja barang, pakaian dan perhiasan baru. Bukan masalah bagi Balqis. Tak sedikit pun rasa iri terlintas di hatinya apabila rakan-rakannya mempamerkan barang belanjaan mereka. Menjadi masalah bagi Balqis, apabila rakan-rakannya itu mula menyindir dirinya yang hampir tidak pernah berbelanja.

Seperti hari ini, rakan-rakan sekerjanya menyindirnya kerana tak satu pun perhiasan emas yang menggantung di pergelangan tangan ataupun lehernya. Hanya sebuah cincin nikah saja yang melingkar di jari tengahnya, itu pun pemberian ibu mertua.

Semula Balqis tak peduli, namun kerana tak sekali dua kali rakan-rakan menyindirnya, mahu tak mahu, suka tak suka, Balqis hanya dapat berdiam diri walau hati terhiris.

“Apakah… Perempuan harus memakai perhiasan….?” Tanya Balqis pada sang suami yang sedang menulis di meja komputernya. Namun pertanyaan Balqis lebih mirip sebuah gumaman. Sang suami, yang seketika menangkap kegelisahan dan kegundahan di hati isterinya, cuba meneliti.

“Ada apa, sayang…?” Tanya sang suami penuh perhatian. Balqis menghela nafas berat sebelum menjawab.

“rakan-rakan sekerja. Sering menyindir saya kerana tak pernah memakai perhiasan….”

Sang suami menatap wajah isterinya. Tatapan sang suami membuat Balqis tertunduk dengan soalannya sendiri. Mereka memang saling menyayangi. Cinta yang baru tercipta dan mengakar setelah pernikahan itu sudah cukup untuk dirasainya dari sang suami walau baru mengenalnya. Bila ia menangis, Sang suami akan menghapus air matanya. Bila ia mengantuk, sang suaminyalah yang membuainya dengan cerita-cerita islami sebelum ia tidur. Sang suamilah yang selama ini menuntunnya dalam sebuah erti kedewasaan agar senantiasa bersabar di atas segala ujian. “Ujian itu rahmat”. Itulah ungkapan sang suami suatu ketika, yang masih tertanam di dalam dirinya. Kini, sang isteri sekali lagi terlihat kuyu di hadapannya. Bagi sang suami, betapa inginnya ia menghapus kegalauan hati isteri yang dicintainya sekali lagi.

“Kenapa harus pakai perhiasan, tanpa perhiasan pun sayang adalah perhiasan yang paling indah….”

Balqis terpanah mendengar ucapan sang suami. Kata-kata sang suami yang baru saja didengarnya bagaikan embun yang menyejukkan jiwanya. Ingin sekali lagi ia mendengarnya.

“A..Apa, bang?”, Tanya Balqis. Sang suami menghadapkan tubuhnya pada Balqis untuk memperjelas ucapannya.

“Wanita Solehah itu kan sebaik-baiknya perhiasan yang… jadi, sayang tak perlu sedih kerana tak pakai perhiasan. Perhiasan itu ada dalam diri sayang. Malah lebih indah…”

Mendengar perkataan sang suami, wajah Balqis berubah cerah. Keyakinan dalam dirinya kembali mengembang. Sang suami telah menghempaskannya pada sebuah kesedaran. Untuk apa sibuk memikirkan dan mengumpulkan perhiasan dunia, bukankah lebih baik sibuk memperbaiki diri serta meningkatkan kualiti ibadah agar menjadi wanita solehah? Bukankah wanita solehah adalah perhiasan yang lebih indah dari perhiasan mana pun yang ada di dunia? Tak perlu emas dan permata untuk menjalani hidup ini. Tak perlu berlian untuk tampil mempesona. Kesolehan telah mencakup itu semua. Kerana kesolehan itu, tidak mampu dibeli oleh sesiapa.

Balqis tersenyum manis. Senyuman termanis yang pernah sang suami lihat.

“Terima kasih, suamiku….”

Balqis pun memeluk erat suami yang dicintainya, kerana telah menyedarkan dirinya tentang erti perhiasan yang sebenar.

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

(In-team – Impian Kasih)

6 Responses to “Kerana dirimu yang terindah…”

  1. Salam, pak..

    Hebat bangat cerpen ini sih walaupun pendek. Isinya penuh dengan fikrah.

    Kisah bagaimana wanita zaman moden ini memandang perlunya perhiasan untuk kelihatan cantik dan menawan. Nauzubillah. Walaupun si isteri menerima didikan agama dari suami setelah bernikah, persekitaran memainkan peranan untuk menggugat kekebalan hati si isteri. Namun apa yang penting, peranan si suami dalam menangani permasalah si isteri adalah amat penting kerana wanita itu hanya mempunyai satu akal dan selalunya beremosi dalam berfikir..

    Wallhua’alam..

  2. fikru1mustanir said

    Salam,

    Sungguh jauh lamunanmu…akhi thinker!🙂

    Wasalam.

  3. thinker said

    mana ada lamunan… itu cerita la, tiada kaitan antara yg hidup dan yg mati, hehe :-p

  4. fatba said

    Dari dulu ana cuba bgi comment..tak pernah ada di sini..kenapa ye?? adakah kena register dahulu??

  5. thinker said

    laaaa.. yeke. Tak pasti la plak. Sbb commentator yg lain ok jek. So far semua komen keluar, xde yg ana sekat, dan ana x letak funtion moderation. So, setiap komen akan automatik keluar (terpapar).

    Buktinya… komen anta sudah terpapar skrg ni, hehe…

    syukron di atas pertanyaan dan perhatiannya,
    dan maaf di atas kekurangan dan kecacatannya,

    Wassalam…

  6. Very beautiful blog lovely I love it!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: