Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Forum Badut Wanita Tin Kosong

Posted by thinker on 07/08/2009

wanita-tin-kosongNgantuk, aneh dan bosan ternyata menimpa saya ketika menghadiri majlis-majlis yang saya harapkan ada inti yang dapat memberi input berguna kepada umat Islam dalam memahami Islam sebagai sebuah Ideologi, sekali gus memberi solution (penyelesaian) kepada permasalahan yang dibahaskan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Wanita Tin Kosong”, itulah tajuk yang dipersembahkan oleh FESKUM dan HEWI PMIUM, Universiti Malaya pada malam 6 Ogos 2009. (klik) Secara kasarnya, tajuk dibuat untuk mengupas tentang kerosakan akhlak, moral dan sosial masyarakat dunia, khususnya tentang wanita Islam yang semakin hari semakin meruncingkan dan mendukacitakan. Jadi, tidaklah keterlaluan jika saya katakan bahawa tajuk tersebut agak sedikit mengada-ngada dan terlalu berfalsafah. Make it, straight to the point. Jadi, tidak hairanlah jika semalam ada peserta yang bertanya, “Apakah maksud tin kosong?”. Padahal 2 penceramah yang tidak asing di kalangan mereka (kononnya) telah mengupas dengan baik. Jujur, saya sendiri tidak jelas dengan penafsiran “Wanita Tin Kosong”. Apa yang saya dapat tangkap ialah, Wanita Tin Kosong ialah Wanita yang kosong dari akhlak Islam. Namun, saya menjadi aneh, ketika penceramah menyatakan bahawa wanita yang menjadi tin kosong dan berguna kepada orang lain, amatlah baik. Di situ letaknya titik kecelaruan pembahasan, dan penceramah terpengaruh dengan rentak filosofi kosong yang bersifat retorik.

Saya berharap tadi malam akan ada ruang dan kesempatan yang diberikan kepada pihak rijal (lelaki) untuk memberi sedikit komen, sehingga saya sanggup bersabar sehingga pukul 11.30 malam mendengar celotehan dan bebelan sang penceramah. Namun, apa yang diharapkan tidak seperti yang terjadi. Moderator hanya memberi kesempatan kepada seorang muslimat untuk memberi komen atau soalan, dan 2 komen kepada wakil PMIUM (saudara Ridzwan, YDP MPMUM, dan seorang lagi yang saya tidak ingat).

Ah tidak mengapalah. Ruang masih banyak. Kesempatan masih terbuka luas. Saya tumpahkan sedikit kekecewaan saya melalui tinta dan penulisan saya di sini. secara umumnya, saya melihat fokus yang hendak ditumpukan kepada wanita, kurang berjaya (mungkin juga tidak berjaya langsung). Ini kerana, penceramah dan audiens tidak boleh membahaskan tentang kebejatan dan kerosakan akhlak wanita pada sisinya sendiri. Ini kerana, wanita sering terkait dengan lawan jantinanya ketika terjadinya pelbagai kes dan maksiat yang berlaku. Itu yang pertama. Jadi, sepatutnya tajuk tersebut ditukar kepada “Manusia Tin Kosong”, yang lebih umum dan mencakup kedua jantina. Keduanya, ketika hendak membahaskan tentang masalah kebejatan, kerosakan akhlak, kebebasan tingkah laku, pergaulan bebas yang bersangkutan tentang wanita atau lelaki, kita tidak boleh hanya membahaskan pada satu skop berkenaan sosial dan akhlak. IT’S NOT ENOUGH! Ini kerana, ia hanya salah satu daripada kerosakan yang ada berkenaan umat yang semakin parah ini. Bagaimana dengan kerosakan cara berfikir? Kerosakan bertingkah laku? Kerosakan akidah? Kerosakan berbicara? Dan seterusnya kerosakan PEMERINTAHAN yang ada? How? Semuanya sangat terkait. Kerosakan akhlak dan sosial masyarakat Islam kini khususnya, tidak berlaku dengan sendirinya. Ia ada sebab dan punca. Dan punca tersebut perlu diungkap, agar semuanya maklum dan dapat memahami dengan benar konteks realiti itu.

Seterusnya, kedua-dua penceramah, khususnya Prof Izi (maaf terlalu berterus terang) tidak fokus kepada pembicaraan. Bagaikan Sang Badut yang ingin orang ramai terhibur dengan persembahan, beliau tidak membahaskan tajuk dengan rinci yang mencakup realiti, punca dan penyelesaian. Apa yang saya dapat lihat, kedua penceramah hanya menceritakan tentang pengalaman, realiti dan sedikit punca (dan itu pun tidak tuntas, dan terlalu umum). Di manakah penyelesaiannya? Bagaimana mengaitkan antara realiti, punca dan penyelesaian dalam aplikasi Amar Ma’ruf dan nahi Munkar? Jika Profesor hanya setakat bercerita tentang pengalaman, lalu mencari sedikit fakta dan statistik, maka tidak perlulah saya dan teman saya (termasuk sesiapa yang sedar) menghadiri forum tersebut. Cukup dengan melayari internet, bersembang dengan kawan, membaca tajuk berita-berita semasa, koran-koran (akhbar) yang dijual di kedai, itu sudah cukup memberi gambaran tentang kerosakan dan keruntuhan akhlak manusia yang sedia ada tanpa ada orang yang dapat menafikan, hatta orang kafir sendiri. Setuju? I hope so.

Tumpahan kekecewaan saya pada penulisan kali ini, bukanlah untuk mengungkap aib dan merendahkan sesiapa, atau mengkritik pihak FESKUM. Secara peribadi, saya amat prihatin dengan tajuk yang cuba dibahaskan, dan semoga amal kalian dinilai sebagai amal soleh oleh Allah SWT. Tetapi, saya berharap agar setiap apa yang cuba kita lakukan, maka lakukanlah dengan yang terbaik dan mendatangkan penceramah yang mengerti permasalahan (realiti), dan faham apa punca-puncanya, dan seterusnya bagaimana Islam memberi penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Kalimat umat yang terbaik (surah3, ayat 11) di dalam al-Quran bukanlah setakat terbaik dari segi akhlaknya sahaja (seperti yang digambarkan oleh penceramah), tetapi ia mencakup keseluruhan. Dengan kata lain, ia mencakup PERADABAN umat islam, yang mencakup sistem pemerintahan, sosial, pendidikan, uqubat (sanksi), polisi dalam dan luar negeri dan seluruhnya. Adakah ia dibincangkan semalam? TIDAK!

Penceramah juga membacakan surah 3, ayat 104 berkenaan tanggungjawab muslim dengan muslim lainnya sebagai individu untuk saling mengajak kepada yang makruf dan mencegah perkara-perkara yang mungkar, baik dalam memberi nasihat, bertingkah laku dan menerima teguran nasihat tersebut. Bagi saya, pembicara (baca : penceramah) tidak tuntas dalam mengertikan ayat al-Quran di atas. Amar makruf dan nahi mungkar tidak cukup dengan hanya membicarakan peranan dan tugas individu-individu sahaja. Ini kerana, kita bagaikan berada di dalam sebuah kapal yang sedang berlabuh ke destinasi yang sama (akhirat), dan selamat atau tidaknya ke destinasi bukan hanya bergantung pada individu-individu yang sedang menikmati keindahan pelayarannya. Tetapi, ia mencakup kualiti sebuah kapal (Negara), Nakhoda kapal (pemerintah negara), penumpang kapal (individu-individu di dalam sebuah negara) dan interaksi sesama individu (masyarakat) yang seterusnya diikat dengan satu peraturan (sistem) yang sama.

Jika kita hanya menumpukan kepada kerosakan individu-individu dan menilai semula peranan mereka, ia akan terus berulang-ulang berlaku pada generasi yang seterusnya. Dan kitaran itu akan terus, dan terus berlaku. Ini kerana, Sistem yang mengatur mereka adalah sistem yang berbasis sekular, yang memberi kesempatan seluas dan selebar-lebarnya kepada maksiat. Buktinya, televisyen, majalah, koran, pentas hiburan, masyarakat yang semuanya memberi rangsangan kepada manusia untuk berbuat jahat (baca : maksiat). Kita bukanlah Malaikat yang tidak mempunyai naluri untuk dipenuhi. Kita adalah manusia, yang berstatus makhluk sosial. Akal sangat terbatas, untuk selalu memberi teguran dan bimbingan kepada sahsiyah (pribadi) diri. Justeru dengan sistem yang baik, yang dapat mengatur masyarakat dengan sistem yang Islami, akan dapat menjamin semua keperluan dan naluri mereka (manusia) sejajar dengan tuntutan syarak.

Oleh itu, kesimpulan kepada apa yang saya coretkan di atas ialah, segala permasalahan yang berlaku pada saat kini, adalah berpunca daripada tidak diterapkannya Islam sebagai Mabda (Ideologi). Mabda Islam hanya akan terwujud sepenuhnya dengan diterapkannya Islam sebagai sebuah Institusi Kenegaraan, yang di dalamnya ada penerapan Islam secara kaffah (total) yang hanya dapat dilakukan setelah umat Islam membaiat seorang Khalifah untuk menerapkannya. Umat Islam hidup di dalam satu kesatuan. Mereka mempunyai misi, visi dan cita-cita yang sama, iaitu mengharapkan semata-mata keredaan Allah SWT.

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: