Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Wanita-wanita itu bukan contoh kita

Posted by thinker on 12/08/2009

Angela-MerkelSekali lagi blog ini menceritakan perihal wanita. Tidak ada maksud lain, melainkan keprihatinan saya terhadap segala apa yang menyangkut kaum Muslimin, termasuklah isu wanita. Saya berasa terkilan dengan pandangan seorang tokoh mahasiswa ketika memberi komen berkenaan tentang wanita baru-baru ini di dalam sebuah forum. Beliau menceritakan fakta dan contoh-contoh wanita yang berpengaruh di dunia pada saat ini, yang antaranya adalah Daw Aung San Suu Kyi, seorang aktivis pro-Demokrasi Myanmar dan pemimpin National League For Democracy. Beliau juga menyebutkan tentang  tokoh wanita yang paling berpengaruh pada saat ini iaitu Angela Merkel. Itulah serba sedikit komen beliau, dan beliau menyeru untuk para wanita yang hadir di dalam forum tersebut agar mencontohi dan mengambil iktibar dari perjuangan 2 tokoh wanita moden itu.

Ketika saya mendengar ucapan tersebut, saya berasa aneh dan hairan. Bagaimana ucapan tersebut boleh lahir dari seorang pimpinan pelajar Islam di sebuah Universiti. Sampai hati ia mengungkapkan contoh yang tidak sepatutnya kita contohi. Dua sosok wanita yang bukan muslim, perjuangannya pula bukan kerana Islam, tindakannya pula bukan kerana akidah Islam, bahkan mereka secara jelas akan ditempatkan di dalam api neraka kelak kerana tidak beriman kepada Allah SWT.

Mungkin ada sebab tersendiri mengapa tokoh pro-Demokrasi itu dijadikan sebagai iktibar oleh mahasiswa tersebut kepada hadirin, kerana  pada 1991, ia menerima Penghargaan Perdamaian Nobel karena berjuang mempromosikan demokrasi di negaranya tanpa menggunakan kekerasan dalam menentang kekuasaan rezim militer.

Berkenaan Angela Merkel pula, mungkin saudara yang memberi komen tersebut memetik fakta di dalam majalah perniagaan Forbes, yang mana meletakkan takhta wanita paling berpengaruh di dunia adalah Canselor Jerman, Angela Merkel. Siapa pula Angela Merkel? Sehingga ia perlu dijadikan bahan tumpuan oleh Si Majalah Forbes? Dan setelah itu menjadi ikutan oleh para pejuang yang mengaguminya. Adakah orang mengagumi kerana rankingnya, tanpa mengenali latar belakang perjuangan dan jati dirinya.

Dia merupakan ketua Parti Uni Demokratik Kristian (CDU: Christian Democratic Union atau Christlich Demokratische Union Deutschlands), ia juga memimpin parti perikatan, di antara Parti Politik parti kubunya, iaitu Uni Sosial Kristian (CSU: Christian Social Union) dan Parti Sosial Demokrat (SPD: Social Democratic Party) yang terbentuk setelah penyelenggaraan pilihanraya federal 2005.

Sekali lagi Demokrasi menjadi perjuangan yang diiktiraf oleh si kafir barat (termasuk orang Islam yang mengaguminya). Perjuangan Islam tidak pernah mendapat tempat sebagai sebuah penghargaan dan pengiktirafan, malah para pejuang Islam yang benar-benar ikhlas berjuang di atas landasan Islam, difitnah, diseksa dan dihina. Bahkan lebih dari itu, mereka diboikot, dituduh sebagai puak teroris, pengganas, ekstrimis dan sebagainya. Agama Islam yang suci ini pula diberi label dengan berbagai-bagai isme seperti Islam Liberal, Islam Ekstrimis, Islam Modenis, Islam Demokratis, Islam Moderat dan isme-isme lainnya yang sememangnya tidak pernah wujud dalam syariat. Jadi, adakah wajar kita memuja para pemuja Demokrasi? Pejuang yang membelakangi syariat Islam? Pejuang yang diiktiraf oleh musuh-musuh Islam?

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu” [TMQ Al Hujurat (49):13]

Sememangnya apa yang dikobarkan oleh musuh-musuh Islam tentang tokoh-tokoh sekular itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Tetapi, apa yang menyedihkan adalah apabila ada orang-orang Islam yang mengaku berjuang di atas landasan Islam tetapi menjadikan tokoh-tokoh sekular sebagai contoh teladan mereka. Mungkin mereka sudah lupa tentang Saidatina Aisyah ra dan Saidatina Khadijah, para isteri Nabi SAW. Wanita yang menjadi tonggak perjuangan Islam. Atau mereka tidak pernah membaca sirah berkenaan  Fatimah ibn Muhammad, Kabsyah bintu Rafi’, Ummu Sulaim ibn Milhan, Zainab Al-Jahsy yang merupakan muslimah hebat yang selayaknya menjadi ikutan dan panduan bagi kita khususnya makhluk yang bergelar wanita.

Oleh itu, kembalilah kepada panduan sepertimana yang dituntut oleh syariat Islam. Tukarlah pemikiran kotor yang telah merasuk ke dalam benak fikiran kita dengan cahaya Islam. Tegakkanlah paradigma berfikir Islami yang benar, dengan menjadikan Kitabullah dan As-Sunnah sebagai pembimbing sepanjang zaman. Firman Allah :

“Dan kami turunkan Al-Quran agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, dan agar supaya mereka berfikir” [TMQ  An-Nahl (16) : 44].

One Response to “Wanita-wanita itu bukan contoh kita”

  1. lethand said

    mereka menganggap kesempitan bukan pada kebebasan.

    akhirnya,contoh bukan wanita alqur’an…sedih,meninggalkan kitab kerana KEMAJUAN logikal sains.

    mungkin perlu lebih memahami bahsa tanpa lidah yang memang bisu sejak lahir dan melihat kalamNYA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: