Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kawan yang pulang

Posted by thinker on 26/08/2009

Malam itu tampak sedikit kelainannya. Titisan gerimis kelihatan sedikit suram, seakan membawa khabar yang masih belum mampu diduga. Malam ini, setelah hampir 8 bulan tidak bersua, dua sahabat akan berjumpa dalam keadaan asing yang masih berteka-teki. Tidak jelas keadaan masing-masing. Kerja apa dan di mana. Apakah sihat atau sebaliknya. Apakah masih tinggal dengan orang tua atau sudah berkeluarga dan menetap bersama isteri tercinta. Semuanya menjadi bibit persoalan. Tapi, titik persoalan dari semua ini adalah… kenapa sahabatnya menjauhkan diri pada 8 bulan yang lalu, dan tiba-tiba muncul di Yahoo Messenger dan menyatakan bahawa ia rindu dan sangat ingin memeluk sahabat yang telah lama diabaikannya? Aneh. Tidak seperti kebiasaannya kalimat seperti ini tercatat dalam lunak suara dan kalimat Imran. Apakah Imran yang Iqbal kenal sebelum ini, sudah berubah? Haha, lucu mendengarnya. “BERUBAH”. Kalimat ini juga pernah keluar dari mulutnya suatu ketika dulu. Tapi, belum berhasil meyakinkan hatinya sehingga saat ini. “Ya Allah, bantulah sahabatku, jika memang dia ikhlas untuk berubah”. Bisik hatinya.

Hening sebuah malam, tidak mengaburkan ketajaman pandangan mata. Dari jauh, terlihat sosok manusia yang sangat dikenal. Tidak asing untuk mengecam.

“Iqbal…”. Imran memulakan sapa.

“Kau apa khabar”. Spontan.

Dua sahabat berpelukan, keadaan sedikit berhiba. Seketika alam sayu dan bersenandung ukhwah melihat situasi itu. Imran dibawa ke rumah Iqbal untuk bersembang segala apa yang ingin diluahkan oleh teman akrabnya itu.

“Jadi mulakanlah. Katakanlah segala apa yang patut engkau jelaskan.” Pinta seorang sahabat.

“Iqbal, aku telah sedar dari lamunan. Baru kini aku mengesan kebesaran Allah. Gegendang telingaku yang pernah mendengar ayat-ayat kebesaran Allah belum mampu meresap ke dalam hati… sehinggalah musibah demi musibah menimpa diriku. Kalaulah bukan kerana kata-kata yang pernah engkau lafazkan satu ketika dahulu, sudah tentu aku hanyut! Iya, hanyut dibawa arus bisikan syaitan yang durjana.” Imran berhenti seketika. Tertunduk, tapi masih mahu meneruskan bicara.

“Teruskanlah sahabat, aku akan menjadi pendengar yang baik.”

“Iqbal, kau tentu ingat. 8 bulan yang lalu… ketika itu, aku beritahu engkau bahawa aku telah mendapat kerja yang baru sebagai security mesin ATM. Memang gajinya lumayan. Sangat lumayan dibandingkan gaji yang aku dapat sebelum-sebelum ni. Tapi, setelah itu, ujian datang. Satu hari, data mesin ATM yang aku periksa bersama kawan telah short. Aku dituduh sebagai pengkhianat. Namun, aku tak mudah gelabah, kerana bukan aku yang melakukannya. Setelah menjalani penyiasatan, aku terlepas dari tuduhan. Tapi, aku segera meninggalkan pekerjaan itu, kerana sangat berbahaya menurut diriku.” Imran agak terbata-bata ingin meneruskan kalimatnya. Pandangannya sedikit mendongak ke atas. Cuba mengimbas kejadian yang pernah menimpanya.

“Setelah itu, engkau kerja di mana?”

Pandangannya kembali dipakukan kepada sahabatnya yang sedang khusyuk mendengar bingkisannya.

“Aku kerja di situ selama 3 bulan. Setelah itu, aku menganggur selama sebulan, kerana sedang mencari-cari pekerjaan yang sesuai. Akhirnya, aku diambil untuk bekerja di sebuah syarikat di KL. Tapi, ia hanya bertahan selama sebulan, kerana aku berasa tidak sesuai dengan kerja tu. Dan… sekali lagi aku menganggur. Aku menganggur selama 2 bulan, tanpa sebarang pekerjaan. Aku telah melamar banyak pekerjaan. Ada yang dapat, tapi aku tolak, setelah aku tahu apa inti dari pekerjaan itu. Ada pula permohonan yang tidak ada jawapannya. “Tunggu kami hubungi!”, itulah jawapan dari pihak syarikat setelah aku jalani sesi temu duga. Kau tentu sudah faham, apa maksud kata-kata tersebut. Permohonan GAGAL! Cuma kalimatnya saja yang berbeza, untuk mendamaikan hati sang pemohon.”

“Jadi… pekerjaan kau sekarang ni…”

“Alhamdulillah Iqbal. Dalam masa 2 bulan tu, aku berikhtiar segala macam benda, dan kini aku telah diterima bekerja di sebuah syarikat bersebelahan KLCC, seperti yang aku ceritakan di dalam chat tempoh hari. Tapi… betul kata engkau Bal, aku rasa kerja ni tak sesuai untuk aku. Bak kata engkau, “Tak boleh maju.”

“Isy, kau ni…     itu aku. Pendapat peribadi aku. Aku memang macam tu. Kau tak boleh samakan antara aku dan engkau. Ada orang suka kerja macam tu, dan ada yang sebaliknya seperti aku. Jadi, ia tak sama. Jadilah diri engkau sebenarnya. Tak perlu engkau jadi seperti aku atau sesiapa. Jadilah diri sendiri. Apa yang engkau mahukan, itulah yang engkau buat, dan buat bersungguh-sungguh. Tapi, dengan catatan… ia tidak melanggar hukum syarak OK! Engkau kena konsisten dan jangan cepat ubah angin tanpa berfikir.”

“Bal, banyak perkara sebelum ni yang aku rahsiakan daripada engkau. Sebenarnya, aku telah banyak melakukan dosa. Aku alpa dengan kesenangan dunia, sehingga lupa kesenangan akhirat. Engkau pun tahu, sebelum ni aku kerja apa. Aku fikir, dengan kerja tu, aku boleh hidup mewah, dan senang lenang. Aku banyak menerima rasuah.”

“Hah, rasuah! Bukankah engkau tahu, bahawa pemberi dan penerima rasuah itu tempatnya di neraka?”

“Iya, iya aku tahu Bal. Aku dah menyesal, dan kini aku ingat kata-kata engkau. Dan aku tidak akan pernah lupa kata-kata itu. Bahawa sesungguhnya Allah-lah yang memberi rezeki pada kita. Allah jualah yang mampu mengambil rezeki kita. Aku mendapat 10 ribu daripada pekerjaan itu. Tapi, aku tak tahu ke mana sudah, perginya duit itu.”

“Imran, stop, stop, stop! Dah, cukup. Engkau pun dah sedar. Aku pun dah tahu serba sedikit. Aib tu, engkau tutuplap, biarlah antara engkau dan Allah yang tahu, dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Tidak guna jika hanya menangisi tanpa meresapi. Jadi, mulakanlah langkah dan semangat yang baru. Ingat pesan aku yang dulu. Fikirkanlah dari siapa kita hidup, untuk apa kita hidup, dan ke mana kita setelah kehidupan ini. Jika engkau berfikir bahawa kita adalah manusia yang berasal dari benda, lalu kita hidup hanya untuk memuaskan sebanyak-banyaknya kenikmatan dunia, setelah kita mati pula kita akan hanya sekadar menjadi tulang belulang dan sebahagiannya pula meresap menjadi tanah. Maka jadilah engkau seperti orang-orang Komunis, atau setidaknya Kapitalis yang hanya menjadikan hidup di dunia sebagai tempat bersenang lenang semata. Tapi, jadilah kita sebagai seorang Muslim yang mempunyai cara pandang yang tersendiri. Kita dihidupkan oleh Allah SWT, hidup kita pula adalah untuk mengabdi kepada Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali, sama ada dalam keadaan yang baik atau buruk kelak, ketika hari pembalasan tiba.”

Seakan-akan tersentak mendengar penjelasan sahabatnya. Imran mengerutkan dahinya. Cuba menginsafi dan menyesali di atas kesilapannya yang lalu. Tangan kanannya memegang dahinya yang sedang mengerut. Wajahnya ditundukkan, matanya  berkunang dengan sejuta kenangan. Barangkali jika otaknya dapat ditembusi dengan mata kasar, sudah tentu akan terlihat fakta-fakta yang sedang diresapi dengan sejuta makna.

“Iqbal… melihat diri engkau, aku melihat kebesaran Allah. Betapa Allah adil dan bijaksana dalam mengatur makhluk-makhluknya. Emak aku sangat gembira ketika dapat tahu engkau sudah bertunang. Aku juga begitu. Ah, aku menjadi malu dengan diriku sendiri. Jika diikutkan, engkau bekerja hanya dengan berbekalkan niat, ikhlas dan misi yang jelas kerana Allah. Engkau memiliki apa yang engkau mahu walau lambat, tapi halal dan mendamaikan. Gaji sederhana, tapi tenang dan cukup. Tapi… aku? Ya, Allah…”

“Tidak perlu untuk mengukur dan membanding-bandingkan wahai sahabatku. Dunia belum berakhir. Jam masih berdetik. Angin masih menghembuskan bayunya di tepian damai. Bertasbih dan bertahmidlah kepada Allah. Sekarang kan bulan Ramadhan. Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu rahmat dan keampunan. Ingat IM! Allah tidak Buta, Allah tidak Tuli dan Allah tidak zalim. Dialah Zat yang maha Mendengar, Melihat dan Adil. Aku yakin, semua ada hikmahnya. Di sebalik pasang surut kehidupan yang engkau alami, ketahuilah bahawa Allah sedang berbicara. Allah sedang menguji engkau dengan ujian yang engkau mampu menghadapinya. Sama ada engkau sedar atau tidak, sebenarnya Allah SWT sayang kepada engkau lewat ujian-ujian yang diberikannya. Tidakkah engkau sedar?”

Malam yang dingin terasa hangat. Seolah-olah muncul mentari sedang menghangatkan dengan sinar cahayanya. Hembusan angin melalui tingkap tidak dapat menahan peluh keinsafan yang sedang mengalir di tubuhnya. Imran tidak sesekali berkedip ketika sahabatnya itu menjelaskan. Matanya terpaku seolah-olah manusia yang sedang tersihir. Atau ibarat lelaki yang sedang terpukau dengan kecantikan sang bidadari syurga. Saat ini, yang ia perlukan adalah nasihat dan tunjuk ajar dari kawannya itu.

“Jadi, aku perlu bagaimana Bal?”

“Perlu bagaimana? Tanamlah niat. Bukankah setiap amalan itu tidak sah jika tanpa niat. Adakah sah puasa seseorang, walau tidak makan dan minum, jika ia tidak berniat sebelumnya? Begitulah kita. Mulakan detik ini dengan niat untuk menjadi baik. Moga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.”

“Setelah itu?”

“Kita orang beriman Im. Bukankah nabi pernah bersabda, bahawa iman itu bukan dengan angan-angan! Adakah sempurna iman seseorang yang mengaku dirinya itu beriman, tapi tidak mengakui kewujudan Allah SWT? Tentu sekali tidak!

“Maksud engkau….”

“Iya, maksud aku ialah, engkau kena beramal. Walaupun seseorang itu berniat tanpa adanya amalan puasa di siang harinya, maka ia tidaklah dinamakan sebagai seorang yang berpuasa. Jika engkau ingin berubah, dan meninggalkan segala keburukan lalu, maka mulakanlah langkah kebaikan seperti mana yang dikehendaki Islam. Salah satunya adalah kewajipan dakwah bagi seorang Muslim. Ah, tidak perlu aku jelaskan dengan panjang lebar hal ini. Engkau lebih lama bersekolah pondok daripada aku. Engkau lebih jauh menuntut ilmu berbanding aku. Apa yang terjadi pada diri engkau, tidak jarang sekali terjadi pada orang lain. Lebih-lebih lagi mereka yang langsung tidak terdedah dengan ilmu agama. Tidak dinafikan, ia memang salah empunya diri. Tapi di sisi lain, keadaanlah yang mencengkeram dan mendorong manusia untuk berbuat mengikut kitaran paksi sistem yang ada. Kita dipaksa untuk bekerja dengan lelah sehingga mengabaikan pelajaran. Lihat aku! Aku perlu belajar dan bekerja. Tidak ada pinjaman untuk pelajaranku. Tapi, aku masih waras Im. Jika dahulu aku mengambil PTPTN, sudah tentu lain ceritanya. Tentu kawan-kawan kita menganggap aku bodoh!”

“Tidak, tidak Bal. Aku pernah menceritakan tentang perihal engkau pada kawan-kawan sewaktu di kolej. Mereka salut dan kagum dengan pendirian engkau.”

“Terserahlah. Aku melakukan hal itu semata halal dan haram. Untuk apa adanya syariat, jika hukum hakam tidak dijaga? Untuk apa mengaku Muslim, jika Islam itu sendiri tidak kita kenal. Aku tentu banyak bicara. Tapi ketahuilah, bahawasanya kita sedang berada dalam keadaan yang sama seperti mana Rasulullah SAW dahulu di Makkah. Kita dijajah dalam segala aspek. Sistem sosial, pendidikan, pemerintahan dan seluruhnya langsung tidak berasaskan Islam. Apakah engkau masih mampu menangisi hal-hal peribadi engkau yang remeh itu, tanpa melihat jauh ke depan tentang masalah umat. Ayuh, bangkitlah! Pelajarilah Islam. Fahamilah Islam. Sampaikanlah Islam, dan perjuangkanlah Islam! Basahkan bibir dengan dakwah Islam. Penuhi pemikiran dengan ilmu Islam. Isilah masa dengan dakwah dan perjuangan.”

“Apakah aku mampu Bal?”

“Itu soalan bodoh Im! Islam diturunkan untuk semua manusia. Dari dahulu sehinggalah sekarang, Islam tetap mampu dipegang dan diperjuangkan sesiapa. Tinggal kita memilih antara “Yes” or “No”, “Hitam” atau “Putih”.

“Mahukah engkau membimbing aku Bal? Aku tak kuat bersendirian.”

“Kita tidak bersendirian Im. TIDAK PERNAH. Ada Allah bersama kita. Bukankah kalamNya tertulis bahawa Dia senantiasa bersama hamba-hambaNya yang beriman, yang berpesan kepada yang makruf dan ketakwaan. Istiqamahlah di dalam kebaikan. Berpalinglah dalam semua bentuk kemungkaran, insyaAllah kita berada di jalan yang benar”

“Terima kasih Bal, engkaulah sahabat dunia dan akhirat. Aku tidak tahu, apa yang akan terjadi pada aku, jika engkau tiada di sisi.”

“Cheh, lebih-lebih plak engkau ni. Aku sampaikan apa yang patut je. So, sekarang dah masuk hari kedua bulan Ramadhan. Dah start bertadarus? Qiyam? Solat tahajud?”

“Solat tarawih aku tak tinggal Bal.”

“Alahai, sebab tu aku tak sebut. Aku tahu engkau rajin solat tarawih, dan tak pernah tinggal. Tapi, takkan itu je kot. Pahala yang Allah SWT bentang untuk kita kan banyak. Aku yakin, tidak ada seorang nelayan pun yang cuma ingin dapat satu ikan sahaja ketika menjala di laut.”

“Haha, perumpamaan engkau memang tak pernah membuat aku keliru. Tepat dan padat, serta mampu aku fahami.”

“So, Jumaat ni, aku ada buat usroh, kau nak join tak?”

“Eh, sudah tentu. Kau beritahu je, apa-apa program, insyaAllah aku hadir.”

“Cheh, dah banyak program aku ajak Im. Tapi, habuk!”

“Hehe, itu dulu Bal. Jangan mengungkit ok. Imran yang dulu, tidak sama seperti yang  kau lihat sekarang ni. Saksikan lah malam yang indah, bahawa kini aku sudah BERUBAH!”

“Ameen, mudah-mudahan demikian. Saksikanlah Ramadhan, kawanku telah pulang!”

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

(Ebied G. Ade – Aku ingin pulang)

Kawan yang pulang

Malam itu tampak sedikit kelainannya. Titisan gerimis kelihatan sedikit suram, seakan membawa khabar yang masih belum mampu diduga. Malam ini, setelah hampir 8 bulan tidak bersua, dua sahabat akan berjumpa dalam keadaan asing yang masih berteka-teki. Tidak jelas keadaan masing-masing. Kerja apa dan di mana. Apakah sihat atau sebaliknya. Apakah masih tinggal dengan orang tua atau sudah berkeluarga dan menetap bersama isteri tercinta. Semuanya menjadi bibit persoalan. Tapi, titik persoalan dari semua ini adalah… kenapa sahabatnya menjauhkan diri pada 8 bulan yang lalu, dan tiba-tiba muncul di Yahoo Messenger dan menyatakan bahawa ia rindu dan sangat ingin memeluk sahabat yang telah lama diabaikannya? Aneh. Tidak seperti kebiasaannya kalimat seperti ini tercatat dalam lunak suara dan kalimat Imran. Apakah Imran yang Iqbal kenal sebelum ini, sudah berubah? Haha, lucu mendengarnya. “BERUBAH”. Kalimat ini juga pernah keluar dari mulutnya suatu ketika dulu. Tapi, belum berhasil meyakinkan hatinya sehingga saat ini. “Ya Allah, bantulah sahabatku, jika memang dia ikhlas untuk berubah”. Bisik hatinya.

Hening sebuah malam, tidak mengaburkan ketajaman pandangan mata. Dari jauh, terlihat sosok manusia yang sangat dikenal. Tidak asing untuk mengecam.

“Iqbal…”. Imran memulakan sapa.

“Kau apa khabar”. Spontan.

Dua sahabat berpelukan, keadaan sedikit berhiba. Seketika alam sayu dan bersenandung ukhwah melihat situasi itu. Imran dibawa ke rumah Iqbal untuk bersembang segala apa yang ingin diluahkan oleh teman akrabnya itu.

“Jadi mulakanlah. Katakanlah segala apa yang patut engkau jelaskan wahai sahabatku”. Pinta seorang sahabat.

“Iqbal, aku telah sedar dari lamunan. Baru kini aku mengesan kebesaran Allah. Gegendang telingaku yang pernah mendengar ayat-ayat kebesaran Allah belum mampu meresap ke dalam hati… sehinggalah musibah demi musibah menimpa diriku. Kalaulah bukan kerana kata-kata yang pernah engkau lafazkan satu ketika dahulu, sudah tentu aku hanyut! Iya, hanyut dibawa arus bisikan syaitan yang durjana.” Imran berhenti seketika. Tertunduk, tapi masih mahu meneruskan bicara.

“Teruskanlah sahabat, aku akan menjadi pendengar yang baik.”

“Imran, kau tentu ingat. 8 bulan yang lalu… ketika itu, aku beritahu engkau bahawa aku telah mendapat kerja yang baru sebagai security mesin ATM. Memang gajinya lumayan. Sangat lumayan dibandingkan gaji yang aku dapat sebelum-sebelum ni. Tapi, setelah itu, ujian datang. Satu hari, data mesin ATM yang aku periksa bersama kawan telah short. Aku dituduh sebagai pengkhianat. Namun, aku tak mudah gelabah, kerana bukan aku yang melakukannya. Setelah menjalani penyiasatan, aku terlepas dari tuduhan. Tapi, aku segera meninggalkan pekerjaan itu, kerana sangat berbahaya menurut diriku.” Imran agak terbata-bata ingin meneruskan kalimatnya. Pandangannya sedikit mendongak ke atas. Cuba mengimbas kejadian yang pernah menimpanya.

“Setelah itu, engkau kerja di mana?”

Pandangannya kembali dipakukan kepada sahabatnya yang sedang khusyuk mendengar bingkisannya.

“Aku kerja di situ selama 3 bulan. Setelah itu, aku menganggur selama sebulan, kerana sedang mencari-cari pekerjaan yang sesuai. Akhirnya, aku diambil untuk bekerja di sebuah syarikat di KL. Tapi, ia hanya bertahan selama sebulan, kerana aku berasa tidak sesuai dengan kerja tu. Dan… sekali lagi aku menganggur. Aku menganggur selama 2 bulan, tanpa sebarang pekerjaan. Aku telah melamar banyak pekerjaan. Ada yang dapat, tapi aku tolak, setelah aku tahu apa inti dari pekerjaan itu. Ada pula permohonan yang tidak ada jawapannya. “Tunggu kami hubungi!”, itulah jawapan dari pihak syarikat setelah aku jalani sesi temu duga. Kau tentu sudah faham, apa maksud kata-kata tersebut. Permohonan GAGAL! Cuma kalimatnya saja yang berbeza, untuk mendamaikan hati sang pemohon.”

“Jadi… pekerjaan kau sekarang ni…”

“Alhamdulillah Iqbal. Dalam masa 2 bulan tu, aku berikhtiar segala macam benda, dan kini aku telah diterima bekerja di sebuah syarikat bersebelahan KLCC, seperti yang aku ceritakan di dalam chat tempoh hari. Tapi… betul kata engkau Bal, aku rasa kerja ni tak sesuai untuk aku. Bak kata engkau, “Tak boleh maju.”

“Isy, kau ni…   itu aku. Pendapat peribadi aku. Aku memang macam tu. Kau tak boleh samakan antara aku dan engkau. Ada orang suka kerja macam tu, dan ada yang sebaliknya seperti aku. Jadi, ia tak sama. Jadilah diri engkau sebenarnya. Tak perlu engkau jadi seperti aku atau sesiapa. Jadilah diri sendiri. Apa yang engkau mahukan, itulah yang engkau buat, dan buat bersungguh-sungguh. Tapi, dengan catatan… ia tidak melanggar hukum syarak OK! Engkau kena konsisten dan jangan cepat ubah angin tanpa berfikir.”

“Im, banyak perkara sebelum ni yang aku rahsiakan daripada engkau. Sebenarnya, aku telah banyak melakukan dosa. Aku alpa dengan kesenangan dunia, sehingga lupa kesenangan akhirat. Engkau pun tahu, sebelum ni aku kerja apa. Aku fikir, dengan kerja tu, aku boleh hidup mewah, dan senang lenang. Aku banyak menerima rasuah.”

“Hah, rasuah! Bukankah engkau tahu, bahawa pemberi dan penerima rasuah itu tempatnya di neraka?”

“Iya, iya aku tahu Im. Aku dah menyesal, dan kini aku ingat kata-kata engkau. Dan aku tidak akan pernah lupa kata-kata itu. Bahawa sesungguhnya Allah-lah yang memberi rezeki pada kita. Allah jualah yang mampu mengambil rezeki kita. Aku mendapat 10 ribu daripada pekerjaan itu. Tapi, aku tak tahu ke mana sudah, perginya duit itu.”

“Imran, stop, stop, stop! Dah, cukup. Engkau pun dah sedar. Aku pun dah tahu serba sedikit. Aib tu, engkau tutuplap, biarlah antara engkau dan Allah yang tahu, dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Tidak guna jika hanya menangisi tanpa meresapi. Jadi, mulakanlah langkah dan semangat yang baru. Ingat pesan aku yang dulu. Fikirkanlah dari siapa kita hidup, untuk apa kita hidup, dan ke mana kita setelah kehidupan ini. Jika engkau berfikir bahawa kita adalah manusia yang berasal dari benda, lalu kita hidup hanya untuk memuaskan sebanyak-banyaknya kenikmatan dunia, setelah kita mati pula kita akan hanya sekadar menjadi tulang belulang dan sebahagiannya pula meresap menjadi tanah. Maka jadilah engkau seperti orang-orang Komunis, atau setidaknya Kapitalis yang hanya menjadikan hidup di dunia sebagai tempat bersenang lenang semata. Tapi, jadilah kita sebagai seorang Muslim yang mempunyai cara pandang yang tersendiri. Kita dihidupkan oleh Allah SWT, hidup kita pula adalah untuk mengabdi kepada Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali, sama ada dalam keadaan yang baik atau buruk kelak, ketika hari pembalasan tiba.”

Seakan-akan tersentak mendengar penjelasan sahabatnya. Imran mengerutkan dahinya. Cuba menginsafi dan menyesali di atas kesilapannya yang lalu. Tangan kanannya memegang dahinya yang sedang mengerut. Wajahnya ditundukkan, matanya  berkunang dengan sejuta kenangan. Barangkali jika otaknya dapat ditembusi dengan mata kasar, sudah tentu akan terlihat fakta-fakta yang sedang diresapi dengan sejuta makna.

“Iqbal… melihat diri engkau, aku melihat kebesaran Allah. Betapa Allah adil dan bijaksana dalam mengatur makhluk-makhluknya. Emak aku sangat gembira ketika dapat tahu engkau sudah bertunang. Aku juga begitu. Ah, aku menjadi malu dengan diriku sendiri. Jika diikutkan, engkau bekerja hanya dengan berbekalkan niat, ikhlas dan misi yang jelas kerana Allah. Engkau memiliki apa yang engkau mahu walau lambat, tapi halal dan mendamaikan. Gaji sederhana, tapi tenang dan cukup. Tapi… aku? Ya, Allah…”

“Tidak perlu untuk mengukur dan membanding-bandingkan wahai sahabatku. Dunia belum berakhir. Jam masih berdetik. Angin masih menghembuskan bayunya di tepian damai. Bertasbih dan bertahmidlah kepada Allah. Sekarang kan bulan Ramadhan. Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu rahmat dan keampunan. Ingat IM! Allah tidak Buta, Allah tidak Tuli dan Allah tidak zalim. Dialah Zat yang maha Mendengar, Melihat dan Adil. Aku yakin, semua ada hikmahnya. Di sebalik pasang surut kehidupan yang engkau alami, ketahuilah bahawa Allah sedang berbicara. Allah sedang menguji engkau dengan ujian yang engkau mampu menghadapinya. Sama ada engkau sedar atau tidak, sebenarnya Allah SWT sayang kepada engkau lewat ujian-ujian yang diberikannya. Tidakkah engkau sedar?”

Malam yang dingin terasa hangat. Seolah-olah muncul mentari sedang menghangatkan dengan sinar cahayanya. Hembusan angin melalui tingkap tidak dapat menahan peluh keinsafan yang sedang mengalir di tubuhnya. Imran tidak sesekali berkedip ketika sahabatnya itu menjelaskan. Matanya terpaku seolah-olah manusia yang sedang tersihir. Atau ibarat lelaki yang sedang terpukau dengan kecantikan sang bidadari syurga. Saat ini, yang ia perlukan adalah nasihat dan tunjuk ajar dari kawannya itu.

“Jadi, aku perlu bagaimana Bal?”

“Perlu bagaimana? Tanamlah niat. Bukankah setiap amalan itu tidak sah jika tanpa niat. Adakah sah puasa seseorang, walau tidak dan minum, jika ia tidak berniat sebelumnya? Begitulah kita. Mulakan saat ini dengan niat untuk menjadi baik. Moga hari ini lebih dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.”

“Setelah itu?”

“Kita orang beriman Im. Bukankah nabi pernah bersabda, bahawa iman itu bukan dengan angan-angan! Adakah sempurna iman seseorang yang mengaku dirinya itu beriman, tapi tidak mengakui kewujudan Allah SWT? Tentu sekali tidak!

“Maksud engkau….”

“Iya, maksud aku ialah, engkau kena beramal. Walaupun seseorang itu berniat tanpa adanya amalan puasa di siang harinya, maka ia tidaklah dinamakan sebagai seorang yang berpuasa. Jika engkau ingin berubah, dan meninggalkan segala keburukan lalu, maka mulakanlah langkah kebaikan seperti mana yang dikehendaki Islam. Salah satunya adalah kewajipan dakwah bagi seorang Muslim. Ah, tidak perlu aku jelaskan dengan panjang lebar hal ini. Engkau lebih lama bersekolah pondok daripada aku. Engkau lebih jauh menuntut ilmu berbanding aku. Apa yang terjadi pada diri engkau, tidak jarang sekali terjadi pada orang lain. Lebih-lebih lagi mereka yang langsung tidak terdedah dengan ilmu agama. Tidak dinafikan, ia memang salah empunya diri. Tapi di sisi lain, keadaanlah yang mencengkeram dan mendorong manusia untuk berbuat mengikut kitaran paksi sistem yang ada. Kita dipaksa untuk bekerja dengan lelah sehingga mengabaikan pelajaran. Lihat aku! Aku perlu belajar dan bekerja. Tidak ada pinjaman untuk pelajaranku. Tapi, aku masih waras Im. Jika dahulu aku mengambil PTPTN, sudah tentu lain ceritanya. Tentu kawan-kawan kita menganggap aku bodoh!”

“Tidak, tidak Bal. Aku pernah menceritakan tentang perihal engkau pada kawan-kawan sewaktu di kolej. Mereka salut dan kagum dengan pendirian engkau.”

“Terserahlah. Aku melakukan hal itu semata halal dan haram. Untuk apa adanya syariat, jika hukum hakam tidak dijaga? Untuk apa mengaku Muslim, jika Islam itu sendiri tidak kita kenal. Aku tentu banyak bicara. Tapi ketahuilah, bahawasanya kita sedang berada dalam keadaan yang sama seperti mana Rasulullah SAW dahulu di Makkah. Kita dijajah dalam segala aspek. Sistem sosial, pendidikan, pemerintahan dan seluruhnya langsung tidak berasaskan Islam. Apakah engkau masih mampu menangisi hal-hal peribadi engkau yang remeh itu, tanpa melihat jauh ke depan tentang masalah umat. Ayuh, bangkitlah! Pelajarilah Islam. Fahamilah Islam. Sampaikanlah Islam, dan perjuangkanlah Islam! Basahkan bibir dengan dakwah Islam. Penuhi pemikiran dengan ilmu Islam. Isilah masa dengan dakwah dan perjuangan.”

“Apakah aku mampu Bal?”

“Itu soalan bodoh Im! Islam diturunkan untuk semua manusia. Dari dahulu sehinggalah sekarang, Islam tetap mampu dipegang dan diperjuangkan sesiapa. Tinggal kita memilih antara “Yes” atau “No”, “Hitam” atau “Putih”.

“Mahukah engkau membimbing aku Bal? Aku tak kuat bersendirian.”

“Kita tidak bersendirian Im. TIDAK PERNAH. Ada Allah bersama kita. Bukankah kalamNya tertulis bahawa Dia senantiasa bersama hamba-hambanya yang beriman, yang berpesan kepada yang makruf dan ketakwaan. Istiqamahlah di dalam kebaikan. Berpalinglah dalam semua bentuk kemungkaran, insyaAllah kita berada di jalan yang benar”

“Terima kasih Bal, engkaulah sahabat dunia dan akhirat. Aku tidak tahu, apa yang akan terjadi pada aku, jika engkau tiada di sisi.”

“Cheh, lebih-lebih plak engkau ni. Aku sampaikan apa yang patut je. So, sekarang dah masuk hari kedua bulan Ramadhan. Dah start bertadarus? Qiyam? Solat tahajud?”

“Solat tarawih aku tak tinggal Im.”

“Alahai, sebab tu aku tak sebut. Aku tahu engkau rajin solat tarawih, dan tak pernah tinggal. Tapi, takkan itu je kot. Pahala yang Allah SWT bentang untuk kita kan banyak. Aku yakin, tidak ada seorang nelayan pun yang cuma ingin dapat satu ikan sahaja ketika menjala di laut.”

“Haha, perumpamaan engkau memang tak pernah membuat aku keliru. Tepat dan padat, serta mampu aku fahami.”

“So, Jumaat ni, aku ada buat usroh, kau nak join tak?”

“Eh, sudah tentu. Kau beritahu je, apa-apa program, insyaAllah aku hadir.”

“Cheh, dah banyak program aku ajak Im. Tapi, habuk!”

“Hehe, itu dulu Bal. Jangan mengungkit ok. Aku kini dah berubah. Saksikan lah malam yang indah, bahawa kini aku sudah BERUBAH!”

“Ameen, mudah-mudahan demikian. Saksikanlah Ramadhan, kawanku telah pulang!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: