Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Aurora Cinta

Posted by thinker on 30/08/2009

“Adakah ia nafsu, atau lahir dari hati?”

Soalan daripada sahabatnya tempoh hari, semasa berchatting di YM. Membuat nalar pemikiran Ahmad sedikit bingung dengan sahabatnya itu. Ali merupakan sahabat baik Ahmad yang sedang menuntut di Universiti, dalam bidang perubatan. Mereka berdua memang sangat akrab. Memang tidak jarang sekali di antara keduanya saling menumpahkan rasa, citra dan berbahagi suka dan duka. Walau Ahmad sudah bekerja berbanding Ali yang masih bergelar mahasiswa, tetapi Ahmad masih mampu memberi ruang bagi persahabatannya itu. “Waktu memang tidak pernah lekang untuk mencemburui umat manusia wahai Ali sahabatku”. Itulah kata-kata Ahmad, ketika Ali bertanya kerana merasa bersalah, jika dirinya itu sering mengganggu temannya itu.

“Ia terlalu sulit dan sukar untuk dijawab di dalam ruang yang sangat terbatas ini wahai Ali sahabatku. Nanti kita jumpa ye… aku ada sesuatu yang ingin kuberitahu berkenaan hal ini. Tapi, bukan di sini.”

Itulah jawapan Ahmad kepada Ali di dalam ruangan chat YM ketika Ali bertanya soalan kepada Ahmad berkenaan perasaannya yang sedang gundah gulana itu. Semenjak ia di-post untuk satu projek elektif ke salah sebuah Hospital di lembah Klang, dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis berketurunan Cina, yang bukan beragama sama sepertinya. Adakah benar, jika dikatakan cinta itu buta, ataukah kata pepatah yang berbunyi, “dari mata turun ke hati” lebih tepat menggambarkan makna dari kejadian ini. Ali yang menjalani projek studinya itu telah bersama-sama gadis amoi itu selama sebulan dalam sebuah group yang sama. Dia berjumpa dan berbicara hampir setiap hari di dalam kelas, kantin dan di lorong-lorong perjalanan pulangnya. Getaran suaranya membuat dirinya tidak tenang, walau ia cuba mengawal dari tidak diketahui sesiapa, termasuklah orang yang membuat dirinya begitu. Kali ini, dia memilih untuk meluahkan segala-galanya. Sekali lagi kepada sahabat yang tidak pernah jemu mendengar keluhan batinnya.

“Ali, apa bezanya nafsu dengan hati?” Ahmad memulakan bicara. “Orang selalu menganggap bahawa nafsu berpredikat jahat. Beranggapan bahawa jika nafsu itu dituruti, maka bencana bagi pelakunya. Tetapi, hati pula difikirkan sebaliknya. Hati diusung sebagai makhluk suci yang selalu menuntun manusia ke lembah yang terang nan indah. Jika hal itu demikian, apakah bezanya orang-orang barat dengan kita? Apakah keimanan yang melekat pada diri kita, wujud juga bagi mereka yang menggunakan hati sebagai jalan putus bagi sesuatu masalah?”

Ahmad memang terkenal dengan hunjaman pemikiran bagi setiap masalah yang dilontarkan kepadanya. Sering kali Ahmad, membuat satu persoalan yang sangat mendalam kepada teman-temannya di dalam sebuah wacana yang membuat mereka semua berfikir dengan dalam dan mendasar.

“Maaf Ahmad, ia terlalu tinggi untuk aku fahami. Aku keliru sekarang. Keliru dengan persoalan yang engkau tatang itu. Aku bingung. Aku merasa salah, tetapi tidak tahu di mana letaknya kesalahan itu.” Ali bertanya dalam keadaan rinding.

“Ali, nafsu adalah anugerah tuhan kepada manusia. Begitu juga hati yang merupakan salah satu unsur daripada nafsu untuk mengenal, merasa dan meraba naluri-naluri kita. Ia fitrah untuk dilestarikan. Bukan untuk dikekang atau dikongkong seperti yang terjadi pada sang paderi atau sami. Ia menyalahi fitrah, bahkan menyalahi syarak itu sendiri.”

“Jadi, maksud engkau… tidaklah salah aku mencintai dia yang bukan beragama Islam?”

“Ah, terlalu awal untuk engkau membuat kesimpulan dari apa yang aku utarakan. Soal salah atau tidak, itu bukan hak aku. Tetapi, itu hak syariat. Syariatlah yang memberi jawapan kepada kita sama ada tindakan kita itu benar atau salah.”

“Ia terlalu panjang untuk aku fahami Ahmad. Jelaskan dengan ringkas, adakah aku salah atau tidak? Janganlah memberi jawapan dengan jawapan yang membuat aku lebih parah dalam membuat pertimbangan. Jadi, jika nafsu dan hati itu bukanlah jawapannya… lalu jawapan sebenarnya apa?” Ali mengeluh dengan penjelasan Ahmad. Sememangnya Ali memerlukan jawapan yang lebih ringkas dari sahabatnya itu.

“Akal”

“Akal?”

“Iya, Akal. Gunakanlah ia. Pandulah nafsu dan hati dengan akal yang sejajar dengan syariat Islam. Bukankah engkau tahu pernikahan yang dibenarkan syariat itu bagaimana. Adakah kita dibenarkan menikah dengan wanita kafir?”

“Tapi… bagaimana jika aku berjaya mengIslamkannya? Tentu saja boleh bukan?”

“Haha… benar, boleh, bahkan perbuatan itu sangat mulia. Menikah dengan seorang wanita, berjaya pula memurnikan akidahnya yang kufur. Tapi, adakah engkau mampu? Kalaupun mampu, adakah engkau bersedia mendidiknya dalam keadaan dan kondisi seperti sekarang? Dalam keadaan sistem yang rosak seperti saat ini? Dalam keadaan dakwah yang masih compang camping? Ah, ukurlah baju di badan sendiri. Aku juga tidaklah sempurna. Aku beginilah adanya. Mendidik seorang isteri bukanlah mudah, apatah lagi jika masih setahun jagung mengenal tuhanNya. Sang isteri menukar agamanya hanya kerana ingin menikahi seorang lelaki. Ah, alasan yang sangat kendur untuk menafikan adanya wanita-wanita lain yang lebih afdhol untuk kau nikahi.”

Bagaikan terpukul badai, Ali merasa sedikit tercengang dengan penjelasan sahabatnya itu. Kata-kata sahabatnya, membuat dirinya menebar jaring yang luas bagi pemikirannya yang sedang sempit dalam menilai erti cinta. Selama ini ia terjerat dengan nafas cinta yang beralun di muara gili. Kini, ia merasakan aroma cinta yang lebih berwawasan dan tinggi nilainya.

Ahmad bagai tidak mahu menghentikan kata-katanya. Ia bagaikan seorang yang sedang berdebat dan tidak mahu kalah hujah. Tidak sempat temannya itu menanggapi, ia terus menambah lagi penjelasannya.

“Ali, kita menikah adalah dalam rangka untuk menggapai redha ilahi bukan? Menikah bukan sahaja menghalang kita daripada melakukan maksiat, bahkan dengan menikah akan dapat meningkatkan kualiti ibadah dan aktiviti dakwah kita. Dengan menikah, dakwah kita akan lebih giat dan sukses. Dengan menikah, sang isterilah tempat kita berbahagi kebahagiaan dakwah. Jika sang isteri tidak kuat dalam mengerti hal-hal yang remeh berkenaan kewajipan dakwah, bagaimana ia dapat bertahan ketika mana engkau pulang lewat kerana menghadiri mimbar-mimbar dakwah? Tentu sahaja sang isteri semakin hari, semakin canggung dengan tingkah sang suami. Terserah engkau hendak menafikan bagaimana. Tapi, itulah pendapatku.”

“Tidak Ahmad, tidak. Sesungguhnya engkau benar. Baru kini aku sedar. Tidak salah aku mengajak bicara berkenaan hal ini dengan engkau. Aku memang tidak salah dalam menilai seorang sahabat. Tak dapat aku nafikan, bahawa bibit cinta memang sering kali diawali dengan mata yang memikat, tanpa adanya kewarasan akal. Iman jarang sekali menjadi perisai diri. Takwa sering kali diabaikan. Kini, baru aku mengenal cinta yang sesungguhnya. Aku mengenal matlamat hidup yang ingin kucapai…”

“Haha… apakah gelaran cinta yang engkau kenal itu wahai sahabatku?”

“Aurora Cinta”

“Ah, engkau terlalu mengada-ngada. Meniru-niru judul sebuah lagu metropolitan saat kini.”

“Tidak sahabat, aku bukan meniru judul lagu itu. Bukan. Aurora adalah perumpamaan yang sedang aku alami saat ini. Aku seakan baru dapat melihat cahaya terang di langit pada malam hari ini. Tapi, ia bukanlah berbentuk jalur tirai yang berwarna merah, hijau atau ungu. Tapi… ia adalah cahaya yang lahirnya dari bentuk keimanan dan ketakwaan. Tentu saja aku dapat melalui hujah-hujah bernas dari engkau Ahmad.”

”Ah, engkau terlalu berlebih-lebihan”.

“Terpulang, tapi itulah hakikat yang sedang aku alami saat ini. Aurora Cinta. Iya, itulah kalimat yang tepat bagi keadaanku saat ini”

Malam itu, sebuah keramat cinta telah terbahaskan. Teka-teki yang tersimpul, akhirnya terurai dengan diskusi indah dua sahabat. Kedamaian meneduhkan canda di antara keduanya. Kalimat baru pula tercipta, bernama AURORA CINTA.

Aurora Cinta

“Adakah ia nafsu, atau lahir dari hati?”

Soalan daripada sahabatnya tempoh hari, semasa berchatting di YM. Membuat nalar pemikiran Ahmad sedikit bingung dengan sahabatnya itu. Ali merupakan sahabat baik Ahmad yang sedang menuntut di Universiti Malaya, dalam bidang perubatan. Mereka berdua memang sangat akrab. Memang tidak jarang sekali di antara keduanya saling menumpahkan rasa, citra dan berbahagi suka dan duka. Walau Ahmad sudah bekerja berbanding Ali yang masih bergelar mahasiswa, tetapi Ahmad masih mampu memberi ruang bagi persahabatannya itu. “Waktu memang tidak pernah lekang untuk mencemburui umat manusia wahai Ali sahabatku”. Itulah kata-kata Ahmad, ketika Ali bertanya kerana merasa bersalah, jika dirinya itu sering mengganggu temannya itu.

“Ia terlalu sulit dan sukar untuk dijawab di dalam ruang yang sangat terbatas ini wahai Ali sahabatku. Nanti kita jumpa ye… aku ada sesuatu yang ingin beritahu berkenaan hal ini. Tapi, bukan di sini.”

Itulah jawapan Ahmad kepada Ali di dalam ruangan chat YM ketika Ali bertanya soalan kepada Ahmad berkenaan perasaannya yang sedang gundah gulana itu. Semenjak ia di-post untuk projek OMHS ke Hospital Klang, bagi subjek pelajarannya itu, dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis berketurunan Cina, yang bukan beragama sepertinya. Adakah benar, jika dikatakan cinta itu buta, ataukah kata pepatah yang berbunyi, “dari mata turun ke hati” lebih tepat menggambarkan makna dari kejadian ini. Ali yang menjalani projek studinya di Klang itu telah bersama-sama gadis amoi itu selama sebulan dalam sebuah group yang sama. Dia berjumpa dan berbicara hampir setiap hari di dalam kelas, kantin dan di lorong-lorong perjalanannya pulang. Getaran suaranya membuat dirinya tidak tenang, walau ia cuba mengawal dari tidak diketahui sesiapa, termasuklah orang yang membuat dirinya begitu. Kali ini, dia memilih untuk meluahkan segala-galanya. Sekali lagi kepada sahabat yang tidak pernah jemu mendengar keluhan batinnya.

“Ali, apa bezanya nafsu dengan hati?” Ahmad memulakan bicara. “Orang selalu menganggap bahawa nafsu berpredikat jahat. Beranggapan bahawa jika nafsu itu dituruti, maka bencana bagi pelakunya. Tetapi, hati pula difikirkan sebaliknya. Hati diusung sebagai makhluk suci yang selalu menuntun manusia ke lembah yang terang nan indah. Jika hal itu demikian, apakah bezanya orang-orang barat dengan kita? Apakah keimanan yang melekat pada diri kita, wujud juga bagi mereka yang menggunakan hati sebagai jalan putus bagi sesuatu masalah?”

Ahmad memang terkenal dengan hunjaman pemikiran bagi setiap masalah yang dilontarkan kepadanya. Sering kali Ahmad, membuat satu persoalan yang sangat mendalam kepada teman-temannya di dalam sebuah wacana yang membuat mereka semua berfikir dengan dalam dan mendasar.

“Maaf Ahmad, ia terlalu tinggi untuk aku fahami. Aku keliru sekarang. Keliru dengan persoalan yang engkau tatang itu. Aku bingung. Aku merasa salah, tetapi tidak tahu di mana letaknya kesalahan itu.” Ali bertanya dalam keadaan rinding.

“Ali, nafsu adalah anugerah tuhan kepada manusia. Begitu juga hati yang merupakan salah satu unsur daripada nafsu untuk mengenal, merasa dan meraba naluri-naluri kita. Ia fitrah untuk dilestarikan. Bukan untuk dikekang atau dikongkong seperti yang terjadi pada sang paderi atau sami. Ia menyalahi fitrah, bahkan menyalahi syarak itu sendiri.”

“Jadi, maksud engkau… tidaklah salah aku mencintai dia yang bukan beragama Islam?”

“Ah, terlalu awal untuk engkau membuat kesimpulan dari apa yang aku utarakan. Soal salah atau tidak, itu bukan hak aku. Tetapi, itu hak syariat. Syariatlah yang memberi jawapan kepada kita sama ada tindakan kita itu benar atau salah.”

“Ia terlalu panjang untuk aku fahami Ahmad. Jelaskan dengan ringkas, adakah aku salah atau tidak? Janganlah memberi jawapan dengan jawapan yang membuat aku lebih parah dalam membuat pertimbangan. Jadi, jika nafsu dan hati itu bukanlah jawapannya… lalu jawapan sebenarnya apa?” Ali mengeluh dengan penjelasan Ahmad. Sememangnya Ali memerlukan jawapan yang lebih ringkas dari sahabatnya itu.

“Akal”

“Akal?”

“Iya, Akal. Gunakanlah ia. Pandulah nafsu dan hati dengan akal yang sejajar dengan syariat Islam. Bukankah engkau tahu pernikahan yang dibenarkan syariat itu bagaimana. Adakah kita dibenarkan menikah dengan wanita kafir?”

“Tapi… bagaimana jika aku berjaya mengIslamkannya? Tentu saja boleh bukan?”

“Haha… benar, boleh, bahkan perbuatan itu sangat mulia. Menikah dengan seorang wanita, berjaya pula memurnikan akidahnya yang kufur. Tapi, adakah engkau mampu? Kalaupun mampu, adakah engkau bersedia mendidiknya dalam keadaan dan kondisi seperti sekarang? Dalam keadaan sistem yang rosak seperti saat ini? Dalam keadaan dakwah yang masih compang camping? Ah, ukurlah baju di badan sendiri. Aku juga tidaklah sempurna. Aku beginilah adanya. Mendidik seorang isteri bukanlah mudah, apatah lagi jika masih setahun jagung mengenal tuhanNya. Sang isteri menukar agamanya hanya kerana ingin menikahi seorang lelaki. Ah, alasan yang sangat kendur untuk menafikan adanya wanita-wanita lain yang lebih afdhol untuk kau nikahi.”

Bagaikan terpukul badai, Ali merasa sedikit tercengang dengan penjelasan sahabatnya itu. Kata-kata sahabatnya, membuat dirinya menebar jaring yang luas bagi pemikirannya yang sedang sempit dalam menilai erti cinta. Selama ini ia terjerat dengan nafas cinta yang beralun di muara gili. Kini, ia merasakan aroma cinta yang lebih berwawasan dan tinggi nilainya.

Ahmad bagai tidak mahu menghentikan kata-katanya. Ia bagaikan seorang yang sedang berdebat dan tidak mahu kalah hujah. Tidak sempat temannya itu menanggapi, ia terus menambah lagi penjelasannya.

“Ali, kita menikah adalah dalam rangka untuk menggapai redha ilahi bukan? Menikah bukan sahaja menghalang kita daripada melakukan maksiat, bahkan dengan menikah akan dapat meningkatkan kualiti ibadah dan aktiviti dakwah kita. Dengan menikah, dakwah akan kita lebih giat dan sukses. Dengan menikah, sang isterilah tempat kita berbahagi kebahagiaan dakwah. Jika sang isteri tidak kuat dalam mengerti hal-hal yang remeh berkenaan kewajipan dakwah, bagaimana ia dapat bertahan ketika mana engkau pulang lewat kerana menghadiri mimbar-mimbar dakwah? Tentu sahaja sang isteri semakin hari, semakin canggung dengan tingkah sang suami. Terserah engkau hendak menafikan bagaimana. Tapi, itulah pendapatku.”

“Tidak Ahmad, tidak. Sesungguhnya engkau benar. Baru kini aku sedar. Tidak salah aku mengajak bicara berkenaan hal ini dengan engkau. Aku memang tidak salah dalam menilai seorang sahabat. Tak dapat aku nafikan, bahawa bibit cinta memang sering kali diawali dengan mata yang memikat, tanpa adanya kewarasan akal. Iman jarang sekali menjadi perisai diri. Takwa sering kali diabaikan. Kini, baru aku mengenal cinta yang sesungguhnya. Aku mengenal matlamat hidup yang ingin kucapai…”

“Haha… apakah gelaran cinta yang engkau kenal itu wahai sahabatku?”

“Aurora Cinta”

“Ah, engkau terlalu mengada-ngada. Meniru-niru judul sebuah lagu metropolitan saat kini.”

“Tidak sahabat, aku bukan meniru judul lagu itu. Bukan. Aurora adalah perumpamaan yang sedang aku alami saat ini. Aku seakan baru dapat melihat cahaya terang di langit pada malam hari ini. Tapi, ia bukanlah berbentuk jalur tirai yang berwarna merah, hijau atau ungu. Tapi… ia adalah cahaya yang lahirnya dari bentuk keimanan dan ketakwaan. Tentu saja aku dapat melalui hujah-hujah bernas dari engkau Ahmad.”

”Ah, engkau terlalu berlebih-lebihan”.

“Terpulang, tapi itulah hakikat yang sedang aku alami saat ini. Aurora Cinta. Iya, itulah kalimat yang tepat bagi keadaanku saat ini”

Malam itu, sebuah keramat cinta telah terbahaskan. Teka-teki yang tersimpul, akhirnya terurai dengan diskusi indah dua sahabat. Kedamaian meneduhkan canda di antara keduanya. Kalimat baru pula tercipta, bernama AURORA CINTA.

One Response to “Aurora Cinta”

  1. AA's said

    Assalamualaikum wbt.

    “Ali, kita menikah adalah dalam rangka untuk menggapai redha ilahi bukan? Menikah bukan sahaja menghalang kita daripada melakukan maksiat, bahkan dengan menikah akan dapat meningkatkan kualiti ibadah dan aktiviti dakwah kita. Dengan menikah, dakwah kita akan lebih giat dan sukses. Dengan menikah, sang isterilah tempat kita berbahagi kebahagiaan dakwah. Jika sang isteri tidak kuat dalam mengerti hal-hal yang remeh berkenaan kewajipan dakwah, bagaimana ia dapat bertahan ketika mana engkau pulang lewat kerana menghadiri mimbar-mimbar dakwah? Tentu sahaja sang isteri semakin hari, semakin canggung dengan tingkah sang suami. Terserah engkau hendak menafikan bagaimana. Tapi, itulah pendapatku.”

    Ana tertarik dengan statement di atas. Menjadikan dakwah sebagai poros utama, titik center kepada kehidupan.🙂

    “Janganlah kalian menikahi wanita kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan mencelakakan. Dan jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya, mungkin hartanya itu akan menyombongkannya. Akan tetapi kahwinilah mereka kerana agamanya, sesungguhnya seorang hamba sahaya yang hitam warna kulitnya tetapi beragama, itu jauh lebih utama”. (HR Ibnu Majah, Al-Bazar, dan Al-Baihaqi dari Abdullah bin Umar)

    Adapun kepada yg berkenaan (a.k.a “ali”), ana cadangkan utk membaca artikel2 menarik di http://baitijannati.wordpress.com. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: