Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kebajikan Di Dalam Sistem Islam Jauh Lebih Baik Daripada Sistem Sekular

Posted by thinker on 13/09/2009

Kebajikan rakyat diutama

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan bagi memastikan nasib mereka terbela dan mendapat perlindungan sewajarnya.

Menurutnya, ia selaras dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ia juga menunjukkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengambil berat tentang kesusahan yang dialami rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melawat dan menyampaikan sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) sebanyak RM1,000 masing-masing kepada 12 keluarga mangsa kebakaran 30 buah rumah setinggan di Jalan Sungai Besi di sini hari ini.

Buat sementara waktu, kesemua keluarga yang tinggal sehelai sepinggang itu ditempatkan di Dewan Serbaguna Rumah Pangsa Seri Selangor, Jalan San Peng dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi Khamis lepas, seorang wanita berusia 20-an dan bayinya berusia empat bulan ditemui rentung di dalam sebuah bilik rumah setinggan tersebut.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti berkata, bantuan yang diberikan itu bertujuan meringankan beban mangsa untuk meneruskan kehidupan mereka.

Beliau turut menyampaikan salam takziah dan simpati daripada Perdana Menteri yang tidak dapat hadir bersamanya.

“Walaupun kami hanya bergelar isteri-isteri pemimpin kerajaan, kami turut bersama-sama untuk merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat,” ujarnya.

Katanya, beliau difahamkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Puchong kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Kepada mana-mana keluarga yang ditawarkan perumahan tersebut diharap dapat menerimanya walaupun ia terletak jauh dari ibu negara.

“Menetap di rumah setinggan memang berbahaya. Sekiranya berlaku kebakaran semuanya akan terbakar. Jadi, kepada mangsa yang ditawarkan tinggal di PPR, ambillah peluang ini,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia 13/9/2009

Sistem Islam Menjamin Kesejahteraan Bagi Seluruh Warganegaranya

Di dalam Daulah Islamiyah yang menerapkan Sistem Islam secara kaffah, tidak timbul isu ‘mengutamakan’ atau tidak. Ini kerana, kebajikan warganegara di dalam Daulah, adalah hak yang memang wajib dipenuhi oleh sang Khalifah. Jika itu tidak dilaksanakan, maka sungguh ia (Khalifah) telah melakukan kefasikan dan kemaksiatan kepada Allah SWT. Sistem Islam juga, bukan diperintah oleh parti politik yang menjalankan segenap peraturannya mengikut hawa nafsu. Tetapi, Daulah Islamiyah diatur oleh Khalifah kaum Muslimin, yang dibaiat untuk menerapkan segenap peraturan syariat Islam secara kaffah. Parti politik di dalam negara sekular hanya melakukan sesuatu berdasarkan maslahat semata. Segala perkara yang ‘berbau’ positif tentang mereka, maka itulah yang dipropagandakan. Manakala yang sebaliknya, akan ditutup rapat-rapat agar tidak terbongkar. Fakta yang ada, tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Kemiskinan, kemelaratan, taraf pendidikan yang rendah, keruntuhan akhlak, jenayah sosial yang meningkat dan sejuta satu macam lainnya adalah faktor diterapkannya sistem yang berbasis akal manusia ini.

Jika Rosmah dan BN, khususnya UMNO benar-benar ingin menjaga kebajikan rakyat jelata, maka ketahuilah bahawasanya Allah SWT memerintahkan agar kalian senantiasa patuh kepada perintah dan larangannya. Berikanlah pendidikan secara percuma, sediakanlah perubatan secara percuma, pastikanlah seluruh warganegara yang ada dapat tempat tinggal dan pekerjaan yang baik untuk kehidupan mereka. Lebih dari itu, kalian juga tidak dibenarkan menswastakan segala hak rakyat seperti Petroleum, Air, Elektrik dan keperluan asas lainnya. Ini kerana, ia adalah hak kaum Muslimin seluruh dan merupakan tanggungjawab kalian (sebagai penguasa) untuk diberikan kepada rakyat secara ma’ruf.

“Dan apa saja yang dibawa oleh Rasul untukmu, maka ambillah, dan apa saja yang dilarangnya, maka tinggalkanlah.” (TMQ. al-Hasyr [59]: 7).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: