Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Forum Isu Sebatan Kartika, APIUM

Posted by thinker on 18/09/2009

UM Petaling Jaya, 16 Sept – Fakulti Jabatan Undang-undang Syariah, Universiti Malaya telah mengadakan satu mini forum di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), mengangkat tajuk yang sedang hangat diperkatakan di tanah air Malaysia, bahkan peringkat antarabangsa dengan liputan media BBC dan CNN, iaitu isu sebatan ke atas seorang model wanita yang telah meminum arak di tempat umum (public area). Forum ini menampilkan dua pensyarah dari jabatan berkenaan, iaitu Profesor Dr Raihanah dan Dr Siti Zubaidah. Kedua-dua penceramah membahaskan selama satu jam setengah (10 pagi – 11.30 pagi)  berkenaan realiti berkenaan isu yang sedang diketengahkan, dan menerangkan isu Mahkamah Syariah yang sedang berjuang untuk melaksanakan sebatan ke atas pelaku peminum arak di seluruh negeri di Malaysia. Polemik yang sedang berlangsung di tanah air yang melibatkan tokoh-tokoh sekular turut diungkapkan yang tidak menyokong bahkan menolak hukuman sebatan ke atas peminum arak di Malaysia dengan alasan KEJAM. Pro-Kontra permasalahan berkenaan isu sebatan yang kelihatan kejam, seperti yang dipropagandakan oleh media massa cuba dinafikan oleh para penceramah, bahawasanya sebatan yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah (versi Malaysia) adalah berbeza dengan sebatan yang dilakukan oleh Mahkamah Sivil (Civil Court).

Pada dasarnya, penulis melihat forum tersebut adalah forum yang membahaskan secara ilmiyah isu sebatan versi Mahkamah Syariah di Malaysia, dan bukannya membahaskan isu sebatan dalam perspektif syariat Islam. Aneh? Mahkamah Syariah tidak membahaskan sesuatu dalam perspektif syariat Islam?

Ini dapat dilihat dengan pengakuan penceramah sendiri (ketika menjawab soalan penulis ketika itu), bahawasanya apa yang mereka cuba sampaikan itu bukanlah berkenaan Hudud, tetapi ia adalah perbahasan ilmiyah yang berkaitan isu Undang-undang Islam di Malaysia. Sekali lagi para pembaca hairan bukan? Mungkin jika orang-orang gila ada di situ, juga pasti tertawa. Bukankah Hudud itu sendiri adalah Undang-undang syariat Islam yang semestinya sebuah Mahkamah yang berlabel “Syariah” membahaskan sesuatu masalah dalam perspektif syariat Islam. Tetapi, malah mereka memilih untuk mengupas ‘ding dong’ dalam wacana perlembagaan sekular.

Nak tahu apa yang lebih pelik bin aneh bin ajaib?

Penceramah juga menafikan (kenyataan penulis) bahawasanya Mahkamah Syariah versi Malaysia adalah bersifat parallel (independent). Mahkamah Syariah versi Malaysia (MSVM) bukan duduk di bawah Mahkamah Persekutuan, tetapi ia (MSVM) mempunyai kuasa tersendiri, dan tiada campur tangan Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Sekular). Kepelikannya terletak pada hujah-hujah penceramah yang saling kontradiksi dengan apa yang cuba ia sampaikan. Artikel 4 yang jelas menunjukkan bahawasanya undang-undang di dalam sebuah negeri tidak boleh bercanggah dengan Undang-undang persekutuan, adalah jelas terkena juga pada MSVM. MSVM tidak boleh menjalankan apa-apa yang bercanggah dengan undang-undang sekular. Bahkan kita lihat, bahawasanya MSVM juga adalah sekular dengan menafikan bagi peminum arak tidak dibahaskan dalam skop Hudud! What’s Up? Apa dah jadi dengan label “Syariah” tersebut?

Mahasiswa dan penceramah yang belajar dalam bidang Undang-undang syariah, kelihatannya terkongkong dengan perbahasan ilmiyah yang telah digariskan oleh Undang-undang sekular. Mereka sama sekali, tidak keluar dari kepompong pemikiran sekular yang telah membius minda mereka. Mereka merasakan mereka tepat dan benar, padahal mereka dengan sedaya upaya cuba mengekstrak semua perkara agar tidak bercanggah dengan perlembagaan kufur Lord Reid, Si Laknatullah. Mereka seolah-olah tidak merasa bersalah bahawasanya tindakan mereka telah menyalahi aspek ketentuan taklif yang telah Allah SWT tetapkan di dalam wahyu yang qot’e, bahawasanya Hudud adalah hak Allah yang tidak boleh dirubah-rubah mengikut hawa nafsu manusia.

“… boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu”. (TMQ Al-Baqarah[2]: 216)

Mungkin benarlah apa yang cuba disampaikan oleh Ibnul Jauzi di dalam kitabnya berkenaan orang-orang yang sudah merasa mereka mengamalkan Islam, padahal mereka dibelit dengan penipuan Sang Iblis (Talbis Iblis, Ibnul Qaiyim Al-Jauzi). Bagaimana tidaknya, seorang peminum arak diperjuangkan dengan enam kali sebatan, denda RM5000 (bagi wanita) dan setahun penjara (bagi lelaki). Apakah akal-akal mereka lebih tinggi dan genius berbanding ketentuan yang telah Allah SWT tetapkan?

Wahai Para Pejuang Islam Yang Ikhlas

Sudah selayaknya kita meletakkan standard kebenaran dan keburukan (hasan wa qabih) itu dengan standard yang telah Allah dan RasulNya tetapkan. Baik bagi manusia, belum tentu baik di sisiNya, dan begitulah sebaliknya. Marilah kita pacukan akal dan usaha kita untuk kembali kepada ajaran Islam yang murni. Islam agama yang tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya. Kebenaran dan kemenangan itu pasti bagi para pejuangnya dan kepada Allah jualah tempat kita bertawakal dan meminta pertolongan. Amalkan dan fahamilah Islam dengan mendalam tanpa mencampur-baurkannya dengan hal-hal yang kotor, najis dan mengeruhkan ajaran Islam yang suci itu.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (TMQ Al- Baqarah[2]: 208-209)

3 Responses to “Forum Isu Sebatan Kartika, APIUM”

  1. IA said

    Teringat komentar seseorang bila diperdebatkan tentang undang-undang sekular di Malaysia
    “Kalau kamu tidak puas hati sangat dengan undang-undang di Malaysia yg kononnya sekular, itu salah, ini salah…malah asyik mempertikaikan dan meremehkan perlembagaan Malaysia, lebih baik kamu keluar saja dari Malaysia! tanahair ini hanya untuk orang2 yang tahu berterima kasih..”

    dan dijawab dengan separuh gelak,
    “Kalau kamu berat sangat dengan undang-undang syariah dari ALLAH yg kononnya kejam, tdk fleksible dan ketinggalan zaman..malah asyik bertarik tali dengan hukum2 yg sudah qot’ie di dalam Al-Quran dan Sunnah, lebih baik kamu keluar saja dari bumi ALLAH, bumi ini Dia yg punya, hanya untuk manusia yang sedar dirinya hamba!”

  2. hashim said

    Kalau dah tahu bahawa melaksanakan hukman sebat keatas Akrtika juga bukan bertepatan dengan kehendak undang undang ISLAM ikut zaman NABI,, kenapa nak dibuat jugak.. Kalau Nabi menyebat sebanyak 40 kali kenapa KArtika mahu disebat 7 kali.mana hukum yg diikuti pulak. Aku ada terbacabanyak kisah yg Nabi mengampun ramai umat nya yg mengaku salah dan bertaubat..Nabi suruh dia balik dan bertaubat…Tak logik kalo nabi yg pernah memaafkan umat kerana dosa zina dan Lagi pun wajarkah di duinia KArtika di malukan di akhirat juga di akan di soal kalak. KAlau ALLAH boleh mengampunkan dosa yg kebih besar dari dunia kecuali syirik..bagaimana pula ada org sanggup hendak merotan KArtika hanya kerana minum arak…bukan buat arak …atau memberi lesen arak.. atau menyediakan tanah untuk kilang arak.. atau mengimpot arak .. fikir logik agama la,, jgn nak berlagak jadi juara agama pulak…
    Jangan pulak nak mimpi mahkamah agama ni bertahan…semakin manusia moden semakin hal remeh temeh ni terpinggir la….
    Tadi aku tengok air show di TUDM Subang,, bagaimana hebatnya USAF …DImalaysia sebok pasal nak merotan org minum arak… he he he …Yang buat kapalterbang tu bangsa yg minum arak..tp org islam naik kapalterbg mereka pergi Mekah…Lucu jugak…Kisah nya tak berkait tp malu jugak rasa jadi umat macam ni…

  3. fikru1mustanir said

    Merujuk kepada komentar akhi IA; kenyataannya bumi sekarang telah di ‘hijack’ oleh manusia yang menyangka mereka lebih berkuasa dari Allah SWT!

    Ayuh! Kita kerahkan seluruh apa yang kita miliki untuk membebaskan bumi ini dari para perampas dan penderhaka tersebut! Semoga Allah memberi kemenangan kepada para hambaNya yang ikhlas!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: