Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Islam Versi Apa Yang Menteri WP Fahami?

Posted by thinker on 21/09/2009

Menteri gesa tarik balik lesen dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, menyelar tindakan pemilik sebuah disko di ibu negara yang menganjurkan ‘parti bikini’ tanpa menghormati Ramadan.

Sambil menyatakan tindakan itu menyalahgunakan lesen perniagaan, beliau mahu tindakan undang-undang diambil, termasuk menarik balik lesen dikeluarkan.

“Tindakan mereka (pemilik) melebihi batasan dibenarkan ketika pengeluaran lesen, apatah lagi mereka tidak menghormati bulan mulia ini dengan menganjurkan aktiviti tidak berfaedah.

“Pengunjung juga, terutama umat Islam, tidak sepatutnya mengunjungi parti seperti ini dan saya minta DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) mengambil tindakan ke atas pengusaha ini, termasuk menarik lesen jika terbukti mereka menyalahi undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) kepada mangsa kebakaran Jalan Sungai Besi di Dewan Serbaguna Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro Online, 21/09/09

Wahai Penguasa, Maksiat Tidak Hanya Itu!

Saban tahun kita dipaparkan dengan sikap para penguasa Muslim yang kononnya berlagak baik di bulan Ramadhan dengan menyekat ini dan itu. Dengan tindakannya itu, maka berbanggalah mereka dengan anggapan bahawa mereka telah menghormati bulan yang mulia itu. Sepintas lalu, mungkin apa yang dilakukan oleh mereka (penguasa), termasuklah apa yang dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan kali ini adalah tindakan yang baik alias mulia. Namun, jangan tertipu wahai kaum Muslimin, kerana sesungguhnya ia hanya sikap-sikap orang-orang sekular yang tidak memahami agama Islam ini dengan murni. Mereka hanya menganggap bulan yang wajib mereka hormati hanyalah bulan Ramadhan. Tetapi di bulan lain, mereka tidak akan bersikap demikian. Apa yang lebih menghinakan adalah sikap mereka yang memilih-milih syariat Islam untuk diguna pakai di dalam kehidupan.

Mereka tidak membenarkan parti bikini, namun memberi lesen disko yang di dalamnya terdapat pelbagai minum-minuman memabukkan. Di dalamnya pula, terdapat banyak orang-orang Muslim yang mabuk dek kerana meminum minuman syaitan yang menjahanamkan. Ketika adanya pula tangkapan terhadap orang-orang Muslim di dalam disko, para penguat kuasa yang menjalankan tanggungjawab penangkapan pula dikecam seperti mana yang pernah berlaku dalam kes Jeslina Hashim sebelum ini. Jadi, di mana sikap hormat penguasa (dalam kes ni Raja Nong) terhadap agama Allah yang mulia ini.

Wahai para penguasa yang memegang tampuk kekuasaan!

“Seorang imam(pemimpin) adalah bagaikan pengembala, dan ia akan dipertanggungjawabkan atas gembalaannya”. (HR. Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Dawud, dari Ibnu Umar).

Sedarlah bahawasanya kalian akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat di atas apa yang kalian lakukan. Kekuasaan adalah amanah yang diberikan oleh Allah SWT sebagai ujian di muka bumi. Sama ada kalian mulia kerananya, atau binasa kerananya.

Janganlah kita menjadikan hukum-hukum Allah SWT ini hanya dipandang mengikut selera dan hawa nafsu kalian semata. Mana yang kalian suka, maka kalian ambilnya. Jika sebaliknya, maka kalian buang dan campakkannya, bahkan kalian hinakan dan kutuk hukum-hukum Allah tersebut. Seperti mana yang berlaku dalam isu Hudud baru-baru ini. Nau’dzubillah Min Dzalik. Janganlah kita termasuk di dalam golongan seperti mana yang disebut oleh Allah SWT:

”… Dan berkatalah Rasul: “Wahai tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. [TMQ al-Furqaan(25):30].

Maka dari itu, sedar dan insaflah wahai para penguasa kaum Muslimin. Tanamkan keyakinan di dalam diri kalian bahawa ganjaran yang besar akan menimpa kalian jika mengambil Islam sebagai sistem kehidupan (kaffah). Jika sebaliknya, amat beratlah seksaan yang bakal menimpa kalian kelak ketika berhadapan dengan Allah SWT.

“ Sesungguhnya orang-orang Yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka, dan mereka pula beroleh azab Yang tidak terperi sakitnya”. [TMQ An-Nahl(16):104]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: