Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Obama Berlagak Seperti ‘Pakar Perunding’

Posted by thinker on 22/09/2009

Obama usaha rundingan damai Palestin-Israel dihidup semula

WASHINGTON: Presiden Barack Obama berharap dapat menghidupkan semula rundingan damai Palestin-Israel dengan menganjurkan pertemuan dengan Presiden Mahmud Abbas dan Perdana Menteri Netanhayu minggu ini, ketika menghadiri perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pertemuan dengan kedua-dua pemimpin Palestin dan Israel itu pada mulanya diadakan secara berasingan esok, disusuli kemudian dengan mesyuarat tiga pihak, kata Rumah Putih dalam satu pertemuan di luar jangka itu.

Sumber: Berita Harian 22/09/09

Siapa Obama Untuk Menjadi Orang Tengah Antara Islam Dan Kafir?

Hanya orang buta mata hati dan tidak waras akalnya sahaja yang melihat situasi di atas adalah menguntungkan Islam. Bagi orang Mukmin tentu sebaliknya. Bagaikan Sang Perompak, tiba-tiba Perompak (Obama) tersebut menawarkan khidmat barangan yang telah dirompaknya itu kepada pemiliknya. Sememangnya AS dan PBB lah yang selama ini telah menjadi sahabat karib Israel dalam banyak kes penodaan kepada umat Islam di bumi Palestin. AS jugalah yang menjadi dalang dalam segala siri serangan ke bumi-bumi umat Islam di seluruh dunia. Maka layaklah jika dalam sebuah kajian sebelum ini menunjukkan bahawa Bush dan negara AS adalah karakter yang paling dibenci di seluruh dunia.

Pertanyaan yang paling mendasar dalam hal ini adalah, siapakah Obama untuk menjadi orang tengah antara Islam dan Kafir Yahudi? Dan jika benar Obama ingin berlaku adil (kononnya) untuk menjadi orang tengah antara Palestin dan Israel, lalu kedamaian dalam kaca mata siapakah yang digunakan oleh Obama untuk mendamaikan krisis dua negara tersebut? Dan selama ini, kedamaian apakah yang pernah dibawa oleh AS terhadap dunia khususnya negara-negara umat Islam di seluruh dunia? Jawapannya sudah ada di dalam benak orang-orang yang berfikir dan celik akalnya, bahawa sesungguhnya AS adalah merupakan negara perosak yang tidak pernah membawa kedamaian, namun sebaliknya.

Wahai Mahmud Abbas Dan Pemimpin Umat Islam Lainnya!

Gunakanlah akal fikiran kalian untuk mencerap bagaimana dahulu Islam datang dan membuka bumi Palestin dengan jalan dakwah dan jihad. Apakah kalian tidak mengenal Salahaddin Al-Ayyubi? Yang dengan kepintaran dan semangat jihad yang dikobarkannya kepada tentera Islam dapat membuka bumi Palestin? Sememangnya hanya dengan Jihadlah, musuh-musuh Islam akan dapat dihancurkan dan dikalahkan. Bukan dengan rundingan dan perbincangan. Apa lagi jika sampai kalian meminta-minta bagai pengemis kepada PBB untuk diberikan keamanan dan kemerdekaan yang sememangnya tidak akan pernah terealisasi.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Umat Islam di seluruh dunia telah mengetahui wajah sebenar AS, PBB dan sekutu-sekutunya dalam ‘mentadbir’ dunia. Apakah kalian yang bergelar pemimpin masih tidak sedar?

Jika kalian tidak sedar akan hal ini, maka layaklah kalian digelar sebagai golongan yang paling hina di muka bumi ini, seperti yang difirmankan oleh Allah SWT:

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.
[TMQ Al-A’raf(7):179]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: