Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Mahkamah Khas Dan ISA Tetap Zalim

Posted by thinker on 23/09/2009

Mahkamah khas ganti ISA

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar hari ini mencadangkan penubuhan mahkamah khusus yang berfungsi seperti Mahkamah Khas untuk raja-raja bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menangani ancaman keselamatan.

Pada masa yang sama, katanya, undang-undang baru yang lebih adil, tegas dan menjamin hak asasi manusia perlu digubal bagi mengambil alih peranan ISA termasuk memansuhkan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang tanpa melalui proses mahkamah.

Sumber: Utuasan Malaysia 23/09/09

Tampal Sulam Negara Sekular Adalah Biasa

Aktiviti tampal sulam di dalam sebuah negara sekular adalah satu perkara yang biasa terjadi. Jika hari ini ramai yang menganggap ISA sudah tidak lagi relevan, maka Mahkamah Khas akan dijadikan sebagai alternatif untuk menggantikannya dengan sedikit modifikasi. Dalam masa ke depan, Mahkamah Khas ini pula, akan dianggap sebagai tidak relevan lagi seperti mana yang terjadi dengan ISA pada saat ini. Ini kerana, perundangan apa pun yang ‘dicetak’ di dalam perlembagaan sekular, ia tetap lemah dan rapuh kerana dicipta oleh akal-akal manusia yang terbatas di dalam Parlimen yang ‘suci’. Ini bukan terjadi pada ISA sahaja, malah terhadap kanun-kanun lain yang sudah tidak lagi relevan ketika zaman beredar dan tampuk pemerintahan pula silih berganti watak-wataknya. Bukankah begitu?

Di dalam Islam, manusia akan dihukum dengan keadilan yang sama, berdasarkan ketentuan yang telah ditetapkan oleh As-Syari’ (Pembuat Hukum). Mahkamah di dalam Islam terdiri dari tiga jenis iaitu, (1) Qadhi Qusumat, (2) Qadhi Muhtasib/Hisbah dan (3) Qadhi Mazalim (baca selengkapnya: Klik). Tidak ada yang lain! Walau apa pun nama mahkamah yang dibentuk, direka dan dicipta, ia tetap salah kerana tidak berpandukan nas dan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Ibarat jauh panggang dari api, jika kita memetik kata-kata Dr. Chandra, “… dalam Islam sendiri pesalah atau suspek diberi ruang membeli diri atau dibicarakan,”. Ketahuilah wahai Dr Chandra, Mahkamah Khas yang kalian ingin bentuk tersebut, yang hanya berbekalkan ‘bela diri’ dan ‘dibicarakan’ adalah menurut perspektif hawa nafsu kalian, yang selalu terikat dengan perlembagaan sekular. Manakala Mahkamah Islam adalah berdasarkan daripada wahyu Ilahi yang tiada cacat celanya. Apakah kalian mengetahuinya?

Wahai Manusia Yang Berakal!

Walau apa pun tindakan yang kalian lakukan, selagi mana ia tidak disandarkan pada nas Al-Quran dan As-Sunnah, maka tindakan tersebut adalah zalim dan pelakunya bermaksiat kepada Allah SWT. Apa lagi jika membeza-bezakan jenis penghakiman antara rakyat dan penguasa (yang bersifat khas dan eksklusif). Ia berdasarkan firman Allah SWT:

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. (TMQ al-Maidah [5]: 45)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: