Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Wajah Parti Politik Sekular

Posted by thinker on 23/09/2009

Pilih calon bersih di Bagan Pinang jika mahu menang besar – Tun Mahathir

SEREMBAN 22 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan UMNO perlu memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Beliau berkata, UMNO boleh mendapat majoriti besar pada pilihan raya kecil DUN tersebut yang merupakan kubu kuat parti jika memilih calon yang benar-benar bersih.

Sumber: Utusan Malaysia 23/09/09

Visi Dan Misi Parti Sekular Sangat Hodoh

Membaca komen Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas, sudah cukup memberi gambaran yang jelas tentang visi dan misi sebuah parti politik sekular. Tujuan parti politik yang didirikan oleh mereka, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk kepentingan mereka sahaja dan menjalankan sistem (sekular) yang sedia ada. Bukan untuk kepentingan rakyat! Jauh sekali untuk menerapkan Sistem Islam. Tidak percaya? Lihatlah contoh di atas. Mula-mula mereka akan mencalonkan orang yang ‘bersih’ untuk dipertandingkan, kerana banyaknya yang tidak ‘bersih’ di dalam UMNO. Kedua, janji-janji manis ditaburkan (untuk mengabui rakyat). Ketiga, kalaulah mereka menang, dimulakanlah langkah-langkah strategik untuk meneruskan polisi sekular mereka, yang sememangnya hanya ‘mengenyangkan’ perut-perut mereka sahaja. Jika kalah, mereka akan mengutuk dan mencela pihak lawan (yang menang) dengan pelbagai hujah. Kelakar bukan?

Sebagai seorang Mukmin, kita seharusnya jelas bahawasanya parti dan gagasan apa pun yang berjuang atas tiket Demokrasi, tidak akan sesekali mendatangkan kedamaian, kesejahteraan dan keadilan kepada manusia (khususnya rakyat jelata). Ini kerana, perjuangan mereka hanyalah untuk memenangi sebuah ‘pertandingan’. Setelah itu, hadiah dari kemenangan itu mereka jadikan alat untuk memuaskan hawa nafsu serakah mereka. Kalaupun ada yang ingin berjuang kerana Islam, mereka akan terperangkap dengan sistem dan kepompong politik yang ada. Walhasil, perjuangan asal terabai. Gagasan Islam pula hilang entah ke mana. Parti pula porak peranda! Ini kerana, mereka akan bertungkus-lumus untuk menambat hati rakyat dengan apa yang diinginkan rakyat (semasa pilihan raya)t, bukan kerana syariat Islam. Bukankah ini yang dinamakan Demokrasi?

Wahai Kaum Muslimin!

Sedarlah bahawasanya sudah sekian lama kita telah ditipu dengan ‘magic’ yang ditampilkan oleh parti-parti politik yang ada. Cukuplah dengan fakta yang sekian banyaknya terpampang di depan mata. Marilah kita kembalikan fokus utama kita sebagai seorang hamba di muka bumi, iaitu untuk menggapai redha Ilahi. Bukankah redha Allah SWT akan dapat digapai tatkala kita melakukan yang makruf, dan meninggalkan yang mungkar? Dan perkara makruf yang paling besar adalah dengan menegakkan semula Institusi Daulah Islamiyah, yang akan diterapkannya syariat Islam secara menyeluruh (kaffah). Manakala kemungkaran yang terbesar pula, tatkala kita tidak menerapkan Sistem Islam secara kaffah. Apa lagi jika kita tidak mahu berjuang untuk menegakkannya! Na’udzubilah Min Dzalik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: