Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Subsidi Bukanlah Penyelesaian Menangani Kemiskinan

Posted by thinker on 25/09/2009

Subsidi beras golongan miskin

BATU GAJAH 24 Sept. – Mulai 1 Disember ini kerajaan akan memberikan subsidi beras secara terus kepada golongan berpendapatan rendah melalui penggunaan sistem kupon.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, Kabinet secara dasarnya bersetuju dengan kaedah baru pemberian subsidi tersebut.

Katanya, bagi memastikan rakyat tidak menghadapi masalah apabila polisi baru itu dilaksanakan, kementerian akan menjalankan projek perintis sistem kupon pada November ini.

Sumber: Utusan Malaysia 25/09/09

Banteraslah Kemiskinan Dengan Cara Islam

Memang tidak dinafikan, bahawa pemberian subsidi adalah baik jika dilihat dari aspek amalannya. Islam juga mengiktiraf pemberian subsidi dari negara kepada rakyatnya, kerana ia memang suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh penguasa kaum Muslimin. Tujuan pemberian subsidi juga adalah untuk mengurangkan jurang kekayaan di antara rakyat di dalam Daulah. Ia berdasarkan firman Allah SWT:

“Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kalian”. [TMQ al-Hasyr(59) : 7]

Sistem Islam dengan Sistem kapitalis amat berbeza dalam menangani kemiskinan. Sistem Kapitalis menganggap subsidi merupakan suatu kebajikan dan ihsan dari negara, walhal ia merupakan tanggungjawab yang wajib mereka lakukan (sebagai penguasa). Belum ada fakta yang mengungkap bahawa sistem kapitalis mampu menangani kemiskinan. Di mana-mana, di seluruh dunia kita dapat menyaksikan bahawa yang kaya semakin kaya, dan yang miskin semakin miskin. Di mana silapnya? Jawapan yang paling mendasar adalah sistem Kapitalis itu sendiri yang memang tidak mampu menanganinya. Bukan kerana subsidinya kurang atau lebih. Ini kerana, kalau pun subsidi diberikan banyak kepada rakyat, ia masih belum mampu untuk menangani faktor kemiskinan dari aspek yang lain. Bagaimana mungkin sistem Kapitalis hendak menangani kemiskinan jika hanya berbekalkan subsidi (itu pun masih tak cukup)? Kemiskinan akan meningkat dan terus meningkat, dek kerana sistemnya yang menciptakan sedemikian rupa.

Islam memandang serius masalah kemiskinan. Pada dasarnya ada 4 langkah yang digariskan oleh syariat Islam dalam menangani kemiskinan secara hakiki. Pertama, Daulah Islam wajib memastikan warganegaranya terpenuhi keperluan asasnya (primary needs) berupa makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kedua, pengaturan pemilikan yang mencakup 3 aspek; jenis-jenis pemilikan, pengelolaan pemilikan dan pengagihan pemilikan. Ketiga, penyediaan pekerjaan bagi seluruh warganegara. Keempat, jaminan pendidikan yang sama kualitinya secara percuma, tanpa adanya diskriminasi. (baca selanjutnya: KLIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: