Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Pengkhianat Islam Itu Banyak

Posted by thinker on 02/10/2009

Keakraban Anwar, tokoh propeperangan AS diragui

KUALA LUMPUR: Pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tokoh politik propeperangan Amerika Syarikat, Richard Haas, minggu lalu di New York, menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian politiknya berhubung isu Asia Barat.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menganggap pertemuan sulit Anwar dengan Haas yang juga Presiden Majlis Hubungan Luar Amerika Syarikat itu adalah bagi memenuhi kehendaknya yang terdesak untuk mendapatkan perhatian sekali gus menggambarkan sifat kepura-puraannya.

“Ada masanya, Anwar mengeluarkan kenyataan berbelah bahagi berkaitan isu keamanan di Asia Barat dan pada satu masa lain Anwar terus bekerjasama dengan tokoh politik propeperangan.

“Anwar yang lazimnya tidak konsisten dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu serius nampaknya ketagih sokongan asing yang tentunya sesuatu yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Anwar dalam laman blognya pada 24 September lalu dalam catatan bertajuk ‘Bicara Dengan Richard Haas’ mengesahkan pertemuan itu berlangsung di sebuah hotel di New York apabila Haas mengunjunginya untuk minum teh sebelum perbincangan lanjut dengan beberapa teman lama.

Ketika itu, Haas baru melancarkan buku menyerang mantan Presiden Bush kerana dasar tempang menyerang Iraq tanpa alasan kukuh.

Anwar berkata, menerusi buku War of Necessity, War of Choice, Richard mengadunkan penulisannya separa memoir dan separa sejarah, yang mengilhamkan beberapa pandangan jauh khususnya bagaimana Amerika Syarikat boleh belajar melalui peperangan di Iraq dan mempertikaikan kebijaksanaan Amerika Syarikat meneruskan serangan di Afghanistan.

Haas dikenali sebagai seorang yang berpengaruh dalam pentadbiran George H W Bush, yang mengembangkan kuasa negaranya secara unilateral di Asia Barat dalam usaha untuk menguasai lapangan minyak di wilayah itu.

Pernah berkhidmat sebagai Pengarah Perancangan Dasar dibawa Setiausaha Negara Colin Powell, beliau berpengaruh dalam membuat keputusan berkaitan peperangan di Iraq yang mengorbankan jutaan orang awam.
Sumber: Berita Harian 1/10/09

Adakah Cuma Anwar?

Mungkin ada benarnya apa yang Mukhriz perkatakan. Bayangkan, Jika seorang Muslim berkawan rapat dengan seseorang yang mempunyai watak permusuhan dengan Islam. Apakah ia melambangkan Anwar sedang berdakwah dengannya (Haas), ataukah Haas itu sendiri yang sedang menghasut Anwar untuk menjadi tali barutnya?

Namun, adakah Mukhriz tidak sedar bahawasanya pemimpin no.1 Malaysia juga sedang berkawan rapat dengan pemimpin no.1 negara Teroris Dunia-Amerika Syarikat? Jauh sebelum ini, Tun Abdullah Badawi juga pernah berkunjung ke AS dan bersalaman dengan G.W Bush. Ketika Condolezza Condoleezza Rice (Setiausaha Negara AS ketika itu) datang ke Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini, para pemimpin sekular Malaysia menghamparkan karpet merah dan berwajah gembira menyambut musuh umat Islam ini. Padahal dia baru sahaja selesai menyelesaikan misinya membunuh umat Islam di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Apakah Mukhriz buta melihat fakta?

Di seluruh dunia kita dapat saksikan ramai pemimpin kaum Muslimin yang menjadi tali barut kepada negara-negara Imperialis khususnya Amerika Syarikat dan British. Mereka bukan setakat mengampu dan memuji pihak barat, bahkan menyediakan berbagai-bagai kepentingan berupa kem-kem tentera, pemberian sumber kekayaan bumi dan memberi maklumat-maklumat perisikan tentang gerakan-gerakan Islam yang ikhlas berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Kita dapat menyaksikan bagaimana keluarga Saud yang merupakan sahabat baik AS di negara umat Islam yang paling berpengaruh, Arab Saudi. Saddam Hussein yang telah membunuh ramai umat Islam di Iraq juga merupakan agen kepada rejim AS, sebelum digulingkan sendiri oleh majikannya itu. Manakala di Palestin, kita dapat melihat bagaimana Yassir Arafat menjadi pengkhianat kaum Muslimin dengan membiarkan rakyatnya dibunuh oleh orang-orang Yahudi dengan tanpa pembelaan dan memberikan tanah-tanah umat Islam kepada puak Yahudi.

Wahai Umat Islam!

Ketahuilah, bahawasanya pemimpin-pemimpin yang ada sekarang telah banyak melakukan sandiwara dengan banyak melakukan putar belit fakta dan lakonan-lakonan yang mempesonakan. Mereka akan mengeji dan mengutuk orang-orang yang dianggap musuh dan menyerang mereka. Padahal, di sisi lain mereka jugalah selama ini tidak mahu menerapkan Islam secara kaffah. Mereka bukan setakat menjadi musuh kalian, bahkan menjadi musuh Allah dan RasulNya kerana tidak mahu berhukum dengan apa yang telah ditetapkan Allah dan RasulNya. Dengan cara yang hina, mereka selalu bersahabat baik dengan musuh-musuh Allah dan Rasul kita. Apakah pemimpin dan keadaan seperti ini yang kita mahukan wahai umat Islam? Fikirkanlah!

2 Responses to “Pengkhianat Islam Itu Banyak”

  1. loopflash said

    Thank you! just what I need to read right now…

  2. Norman said

    A.w.w. sdr/sdri seiman. Izinkan saya ulas sedikit walaupun posting ini agak basi kerana Pak Lah tidak lagi jadi PM. Apa pun, perbezaan perlu dibuat antara hubungan/pertemuan Anwar-tokoh2 AS dan Pak Lah-Bush. Pak Lah lakukannya secara terbuka dan dlm bentuk hubungan antarabangsa antara seorang pemimpin negara berdaulat dgn seorang pemimpin negara berdaulat yg lain. Bezanya dgn pertemuan/hubungan Anwar-toko2 AS ialah Anwar lakukannya di belakang tabir, atas urusan peribadi (kerana tidak mewakili mana2 kerajaan) dan yg paling berat ialah tokoh yg ditemuinya itu propeperangan. Tambahan lagi, Anwar dikaitkan dgn banyak pertubuhan Zionis dan pro-Yahudi yg boleh dipersoalkan matlamat dan keperluannya. Wassallam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: