Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Israel panik kena dakwa?

Posted by thinker on 07/10/2009

BAITULMAQDIS 2 Okt. – Israel yang didakwa melakukan jenayah perang di Genting Gaza dalam satu laporan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), mengambil langkah-langkah luar biasa untuk mengelak para pemimpin politik dan tenteranya didakwa melakukan jenayah perang oleh mahkamah di luar negara.

Rejim Yahudi itu kini mengambil khidmat peguam terkemuka, melobi kerajaan-kerajaan Barat, di sampingmelancarkan kempen perhubungan awam.

Israel menyifatkan siasatan PBB mengenai serangannya ke atas Genting Gaza pada akhir tahun lalu sebagai berat sebelah, tetapi tindak-tanduk terbarunya itu menunjukkan rejim Zionis tersebut benar-benar bimbang.

Laporan PBB itu dipercayai menaikkan semangat kumpulan pro-Palestin yang sejak bertahun-tahun lalu berharap untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah di negara-negara yang mengiktiraf konsep ‘bidang kuasa sejagat’ – membolehkan seseorang dibicarakan kerana jenayah yang tidak ada kaitan dengan wilayah atau rakyat negara berkenaan. – AP

Sumber: Utusan Malaysia 3/10/09

Sandiwara PBB dan Israel

Filem antarabangsa yang dilakonkan oleh negara-negara Imperialisme kini bermula lagi. Israel merupakan aktor utama dalam senario yang berlaku di atas. Manakala PBB dan AS merupakan ‘hero’ yang ingin ditonjolkan dalam sandiwara semasa yang penuh dengan kebohongan ini. Palestin pula merupakan negara yang terkontang kanting untuk mendapatkan pembelaan. Persoalannya adalah, Pembelaan dari siapakah yang diharapkan oleh Palestin? Adakah kepada PBB yang  sememangnya merupakan pertubuhan kufur yang tidak pernah menegakkan keadilan di muka bumi, khususnya kepada negara-negara umat Islam!

Ada beberapa persoalan yang perlu difahami berkenaan polemik yang terjadi dalam isu ini:

Pertama, kejahatan rejim Israel terhadap rakyat Palestin tidak hanya tertumpu pada serangan di Ghaza pada awal tahun ini sahaja, malah Israel telah melakukan banyak siri pembunuhan dan pembantaian di daerah-daerah Palestin. Mereka bukan sekadar membunuh rakyat Palestin, bahkan merogol, menyeksa dan merampas segala harta yang ada. Hasilnya, tanah-tanah umat Islam di Palestin semakin mengecil dan tanah-tanah rompakan si Yahudi (Laknatullah) semakin membesar meliputi 90 peratus keseluruhan tanah suci umat Islam tersebut.

Kedua, PBB hendak menunjukkan kredibilitinya sebagai pertubuhan yang ‘menegakkan keadilan’ setelah dikecam hebat oleh dunia umumnya berkenaan sikap ‘double standard’ yang diamalkannya dalam menangani isu-isu sejagat. PBB bukan sahaja tidak menjalankan fungsinya untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa, bahkan PBB lah yang mendalangi dalam siri-siri serangan rejim AS ke atas negara-negara umat Islam di Bosnia, Afghanistan, Iraq, dan Chechnya. Walaupun di Palestin bukanlah AS yang menyerang, tetapi AS lah yang melancarkan sekatan antarabangsa ke atas pentadbiran Hamad setelah kemenangan parti itu dalam pilihan raya sebelum ini.

Ketiga, sekalipun PBB berjaya mendakwa dan menghukum Israel di mahkamah antarabangsa, ia belum mampu untuk menutup segala perbuatan jahat dan konspirasi busuknya selama ni. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa PBB telah banyak melakukan perbuatan makar di seluruh dunia khususnya  kepada negara-negara membangun melalui badan-badan yang berada di bawahnya seperti WB, IMF, UNCR, UNESCO, WHO, ICJ dan lain-lain. Dengan bantuan IMF misalnya, rejim AS mampu masuk campur ke dalam sesebuah negara demi dengan mengenakan bunga pinjaman yang sangat tinggi (baca selanjutnya: http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/279-sn081-pbb-organisasi-kufur-ciptaan-barat). Ia diterangkan dengan rinci oleh John Perkins di dalam bukunya, “Confessions of an Economic Hit Man”.

Keempat, umat Islam seluruh dunia haruslah sedar bahawasanya permasalahan kaum Muslimin bukanlah tertumpu hanya di Palestin. Masalah yang terjadi di Palestin hanyalah secebis dari seribu satu macam masalah lainnya yang terbit dari tidak diterapkannya Islam sebagai sebuah Ideologi di muka bumi ini. Di Iraq, Afghanistan, Sudan, Chechnya, Uzbekistan, Thailand dan China, umat Islam telah mengalami penindasan yang sangat menyedihkan. Lebih dari itu, situasi umat Islam pada saat ini sangat mendukacitakan dalam segala segi, khususnya dalam aspek ekonomi dan peradaban dunia.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin, kita haruslah sedar bahawasanya kita hanya bakal mendapatkan pembelaan dari badan keadilan yang hakiki, iaitu dari Sistem Islam, bukan dari Pertubuhan Kufur seperti PBB. Sistem Politik Islam yang akan memandang umat Islam di seluruh dunia sebagai satu kesatuan, telah dipisah-pisahkan oleh status negara-negara bangsa (nations state). Manakala polisi luar negara untuk melancarkan jihad ke atas negara-negara kafir harbi tidak dapat dilakukan kerana tidak adanya Sang Khalifah yang akan menyerukan aktiviti mulia tersebut, yang bagi pelakunya (berjihad) akan menempah syahid. Marilah kita pacukan akal fikiran dan segenap usaha kita untuk bertawakal (berserah diri) dan meminta pertolongan hanya kepada Allah SWT. Di samping itu, kita bersama-sama berganding bahu untuk melakukan segala aktiviti yang makruf untuk menegakkan kalimah Allah secara kaffah di muka bumi ini. Tidak ada cara lain untuk menegakkan Islam secara kaffah melainkan dengan menegakkan Institusi Khilafah Islamiyah di muka bumi ini.

Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: