Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Pilihanraya Demokrasi Yang Busuk

Posted by thinker on 14/10/2009

Pilihanraya di Bagan Pinang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 11 Oktober lalu. Kemenangan UMNO telah dijangkakan oleh sebilangan besar para pengamat dan penganalisis politik. Ini kerana, Bagan Pinang telah pun dimenangi oleh UMNO pada PRU ke-12 yang lalu.. Strategi UMNO dengan meletakkan calon ‘kotornya’, kelihatan menepati sasarannya. Di samping tanda tanya mengenai peranan tentera yang agak ‘mencurigakan’ ketika saat-saat menjelang tibanya pilihan raya. Pelbagai kemudahan, imbuhan dan pengiktirafan yang diberikan oleh UMNO ketika musim pilihan raya adalah kempen secara tidak langsung yang dilakukan kepada pihak tentera agar mereka mengundi UMNO di Bagan Pinang.

Bagi PAS pula, kekalahan dengan majoriti yang besar menimbulkan pelbagai teka-teki mengenainya. Walaupun Pengarah Operasi PAS pilihan raya Bagan Pinang mengatakan bahawa kemenangan itu bukanlah kemenangan UMNO, tetapi ia adalah kemenangan peribadi Isa Samad, dan Presiden PAS pula menyatakan, walaupun UMNO menang, tetapi UMNO kalah dalam memerangi rasuah, ia belum cukup untuk memberikan analisis sebenar tentang kemenangan UMNO dan kekalahan PAS di Bagan Pinang. Apa yang pasti secara kasarnya, UMNO diterima majoriti penduduk Bagan Pinang, dan PAS sebaliknya. Pada awalnya, PAS memang mengharapkan kemenangan daripada UMNO  yang meletakkan Isa Samad sebegai calonnya di Bagan Pinang, kerana Isa Samad merupakan calon yang pernah digantung ahlinya kerana skandal rasuah (baca: http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22806&Itemid=1). Tetapi keputusan pada 11 Oktober lalu berbicara sebaliknya. Maka tidak hairanlah jika Dr Lo’ Lo’ menyifatkan bahawa pengundi di Bagan Pinang terpilih “Rasuah” berbanding “Maruah” (http://docpearl.blogspot.com/2009/10/antara-maruah-dan-rasuah-pengundi.html).

Beginilah realiti pilihan raya di dalam Sistem Demokrasi yang penuh dengan keburukan dan kejahatan, yang menghasilkan cacian, makian, penghinaan dan dendam sesama seterunya. Semasa mereka berkempen, mereka akan mengungkap aib pihak lawan, di sisi lain mereka lupa tentang aib mereka sendiri. Mereka menyuguhkan dengan pelbagai kemewahan dan imbuhan kepada para pengundi, tetapi mereka lupa berjanji kepada rakyat untuk menerapkan syariat Islam secara kaffah. Di satu sisi, mereka seolah-olah penjaga kebajikan rakyat, padahal mereka sedang mengancam dan mengugut rakyat jika sekiranya mereka tidak dipilih (baca: diundi). Lihatlah bagaimana hak-hak rakyat diniagakan oleh parti-parti yang bertanding. Misalnya, harga minyak akan diturunkan jika sekiranya mereka menang, padahal minyak adalah hak milik bersama yang wajib dikelola oleh negara untuk diberikan kepada warganegaranya, bukan diswastakan atau dijual. Mereka juga menjanjikan pembangunan dan infrastruktur yang baik bagi penduduk dan para pengundi, padahal ia merupakan kewajipan yang memang dituntut di dalam Islam sebagai penguasa kepada rakyatnya. Dalil al-Quran dan as-Sunah sudah tidak menjadi rujukan, tetapi perlembagaan sekular pula yang menjadi keagungan bagi mereka. Bukankah ia salah satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat sekali gus kepada Allah dan RasulNya?

Kepada parti sekular, sudah seharusnya kalian berpaling daripada kesesatan yang selama ini kalian pegang dan ikuti. Bagi Parti yang menjadikan Islam sebagai dasar ideologinya pula, sedarlah bahawasanya dengan memilih demokrasi sebagai jalan perjuangan tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada umat manusia, khususnya kepada umat Islam. Telah sekian lama al-Quran dan as-Sunah dijadikan bahan untuk kepentingan peribadi dan parti masing-masing. Marilah kita gunakan ayat-ayat Allah untuk kepentingan Allah dan Rasulnya. Marilah kita pacukan keimanan kita selaras dengan apa yang dituntut oleh iman itu sendiri, iaitu untuk menjadikan Islam sebagai jalan hidup (way of life). Tidak ada motivasi lain bagi kita sebagai orang yang beriman, melainkan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Bukankah kalian juga menginginkan syurga Allah yang luasnya adalah seluas langit dan bumi? Maka dari itu, tolaklah sistem kufur ciptaan penjajah ini, dan perjuangkan dan tegakkanlah Islam di muka bumi ini secara kaffah. Semoga kita beroleh pertolongan dan kemenangan yang hakiki di sisi Allah SWT. Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: