Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

HTM-KL Dan MHTM Berjaya Menjelaskan Tentang Perjuangan Sekular Sisters In Islam Kepada Umat Islam

Posted by thinker on 26/10/2009

Petaling Jaya 25 Okt – Menyedari terjadinya banyak penghinaan ke atas hukum-hukum Allah SWT di era moden kini, terutama oleh gerakan-gerakan sekular yang bertopengkan agama, Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (HTM-KL) telah bekerjasama dengan Muslimat Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) yang turut dibantu oleh Ikatan Intelektual Nusantara mengadakan satu seminar dengan tajuk yang hangat iaitu “Sisters In Islam (SIS) – Pembela Atau Perosak Wanita” di Dewan Serbaguna, Petaling Jaya, Selangor DE. Tajuk ini dipilih ekoran daripada sikap biadap SIS yang mencabar hukum Allah SWT, berkenaan hukum sebatan ‘syariah’ ke atas seorang individu yang bernama Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, seorang model dari Sungai Siput, Perak yang dituduh meminum arak di khalayak ramai pada 11 Julai 2008, di hotel Legend, Cherating, Pahang.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah An-Nisa’ bersama terjemahannya oleh Ustaz Darul. Sesuai dengan tajuk seminar pada kali ini, pihak penganjur ingin mendedahkan kepada masyarakat tentang kesesatan idea-idea yang dibawa oleh SIS, yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan penafsiran yang songsang (salah), termasuklah hujah-hujah (logik) akal yang lemah, sekali gus bertolak belakang dengan dalil-dalil syariat. Seminar kali ini menghadirkan dua orang penceramah dari HTM dan seorang wakil dari MHTM. Pada sesi pertama, Prof. Dr. Mohammad Syarifuddin menyampaikan ceramahnya yang bertajuk, “Kupasan Isu Kartika Sari”. Beliau menjelaskan kronologi berkenaan kes Kartika Sari, bermula dengan pengakuan bersalah Kartika Sari yang rela untuk disebat dan telah membayar denda sebanyak RM5000, sehinggalah muncul polemik berkenaan pelaksanaan hukuman 6 sebatan ke atasnya. Apa yang pasti, sehingga kini hukuman 6 sebatan ke atas Kartika Sari belum lagi dilaksanakan, ekoran dari berbagai-bagai alasan dan kecaman dari pihak yang kononnya memperjuangkan Hak Asasi Wanita dengan alasan kejam yang akan mendatangkan pandangan yang buruk oleh agama lain ke atas agama Islam.

Penceramah juga menjelaskan dengan rinci berkenaan hukum minum arak (iaitu haram) dan hukuman bagi pelakunya yang dikategorikan dalam kes hudud, iaitu disebat sebanyak 40 atau 80 kali, dan bukan dengan jumlah yang lain (baca selanjutnya: http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/1552-sn188-celakalah-siapa-yang-menolak-hudud-allah). Prof. Dr Mohammad Syarifudin menyatakan, umat Islam seharusnya sedar bahawasanya permasalahan ini terjadi, adalah natijah diterapkannya sistem sekular yang membelakangkan hukum Allah SWT termasuklah hukum hudud yang wajib diterapkan oleh negara sebagai qiyan tanfizi (badan pelaksana). Dengan mendominasinya pemikiran sekular ini di dalam benak umat, maka lahirlah pelbagai dogma dan pemikiran sesat seperti aliran liberalisme dan feminisme yang turut diperjuangkan oleh SIS.

Pembentangan kedua disampaikan oleh Ustaz Taqiyuddin Mustafa, yang merupakan ketua Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Kuala Lumpur, dengan tajuk “Tafsiran Songsang SIS”. Beliau menceritakan bagaimana barat cuba menyerang umat Islam dari 3 sudut iaitu, freedom, equality, dan justice. Di sisi lain juga, barat cuba melemahkan kekuatan umat islam dengan membahagi-bahagikan mereka dengan 4 golongan iaitu, Traditionalist, Fundamentalist, Modernist dan Secularist. Seterusnya Ustaz Taqiyuddin Mustafa menjelaskan 4 isu yang sering dipergunakan oleh SIS, untuk mempertikaikan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam syariat Islam. Keempat-empat isu tersebut ialah berkenaan isu poligami, marital rape, pewarisan dan isu berkenaan Kartika Sari. Kesemua isu tersebut telah dikupas dengan rinci dan tuntas oleh Ustaz Taqiyuddun dengan berpandukan tafsiran sebenar yang dimaksudkan oleh dalil-dalil tersebut termasuklah hujah-hujah akal mereka berkenaan masalah pewarisan dan marital rape. Dalam isu Kartika misalnya, ia sebenarnya bukanlah isu gender, tetapi telah ‘digenderkan’ oleh JAG dan SIS itu sendiri. Isu ini sebenarnya adalah berkenaan hukum syariah yang wajib diterapkan ke atas lelaki dan wanita oleh negara. Pada hakikatnya, SIS sebenarnya bukanlah memperjuangkan Islam, tetapi cuba untuk memesongkan Islam itu sendiri dengan pemikiran sekular. Ustaz Taqiyuddin menegaskan bahawasanya semua masalah ini akan dapat diselesaikan jika Sistem Khilafah Islam ditegakkan di muka bumi.

Sesi pembentangan berhenti rehat seketika pada jam 11.30 pagi untuk menikmati juadah yang disediakan sambil menonton tayangan video. Setelah itu, majlis diteruskan dengan sesi pembentangan ketiga, yang disampaikan oleh wakil MHTM, iaitu Ustazah Hajjah Ummu Kalsom dengan tajuknya “Peranan Wanita Dalam Masyarakat”. Pada pembentangan kali ini, penceramah membahaskan secara khusus bagaimana Islam sebagai Deen mengatur tentang masalah lelaki dan wanita dalam kehidupan. Islam tidak pernah membeza-bezakan antara lelaki dan wanita dalam aspek pelaksanaan hukum. Ada hukum syarak yang diturunkan wajib untuk diamalkan oleh lelaki dan wanita seperti kewajipan berdakwah, boleh bertransaksi jual-beli, menuntut ilmu dan lain sebagainya. Di sisi lain, ada kewajipan yang hanya ditaklifkan untuk wanita sahaja seperti kewajipan memakai khimar (kerudung) , jilbab (jubah) dan larangan untuk bertabarruj. Di akhir sesi pembentangan, Ustazah Ummu menjelaskan, bahawasanya sejarah telah membuktikan hanya Sistem Islam sahaja yang mampu memajukan dan memuliakan wanita. Sistem sekular yang diterapkan pada saat ini, telah terbukti gagal mengangkat derajat dan martabat kaum wanita, bahkan telah menjerumuskan wanita kepada kemunduran dan kehinaan.

Setelah selesai ketiga-tiga pembentangan, para peserta diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada para pembentang berkenaan isu yang diperbincangkan. Alhamdulillah, respon para hadirin termasuklah yang bertanyakan soalan amat positif dan bersetuju bahawasanya gerakan Sisters In Islam dan yang seangkatan dengannya amat berbahaya kepada umat Islam, kerana pemikiran yang dibawa oleh mereka tidak selari dengan hukum syariat Islam yang sebenar, dan boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini, termasuklah pihak yang menjaga keamanan sepanjang majlis dijalankan. Majlis ini juga telah berjaya menarik hampir 350 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai individu dan NGO, termasuklah dari kalangan MPMUM, Pewaris dan SIS. Majlis ditutup dengan bacaan doa, yang berakhir pada jam 2 petang.

4 Responses to “HTM-KL Dan MHTM Berjaya Menjelaskan Tentang Perjuangan Sekular Sisters In Islam Kepada Umat Islam”

  1. Miguel said

    Its such as you read my mind! You appear to know so much about
    this, like you wrote the guide in it or something.
    I believe that you simply can do with a few percent to power the message home a bit, however other than that, this is
    wonderful blog. A great read. I will definitely be back.

  2. After exploring a few of the articles on your site,
    I really appreciate your way of blogging. I saved as a favorite it to my bookmark website list
    and will be checking back soon. Please check out my web site too and let
    me know your opinion.

  3. Isabelle said

    With havin so much content do you ever run into any problems of plagorism or copyright infringement?
    My site has a lot of completely unique content I’ve either created myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the web without my permission. Do you know any methods to help stop content from being stolen? I’d really appreciate it.

  4. You actually make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be actually something
    which I think I would never understand. It seems too complicated and very broad for me.
    I’m looking forward for your next post, I’ll try to get the hang of it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: