Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kemerosotan Timbul Dari Sistem Kapitalis

Posted by thinker on 28/10/2009

Negeri pakatan pembangkang merosot

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Selepas puluhan tahun Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir dan memajukan beberapa negeri seperti Selangor dan Kedah, kini sudah ada tanda pembangunan di negeri terlibat mungkin merosot.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai isu politik yang membelenggu negeri terbabit akibat masalah kerjasama parti-parti dalam pakatan pembangkang akan membawa kesan pentadbiran yang amat buruk sehingga mengganggu perjalanan pembangunan.

Katanya, perkara itu adalah antara yang paling dibimbanginya, begitu juga para pemimpin BN yang lain.

Tambahnya, rakyat dan pengundi akan menjadi mangsa terhadap kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

“Ini saya bimbang, kalau ada beberapa tahun lagi mereka mentadbir di negeri-negeri yang mereka ada kuasa tetapi tidak ditadbir dengan baik, jadi apa yang sudah kita bangunkan sebelum ini di bawah kerajaan BN mungkin akan merosot dan kesannya ialah nasib hidup rakyat dan pengundi di negeri yang berkenaan akan sulit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara (Nafam) 2009 di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam blognya yang mengakui pakatan pembangkang sedang melalui krisis kehilangan keyakinan daripada rakyat sejak lapan bulan yang lalu.

Hakisan keyakinan itu katanya, berpunca daripada kegagalan pemimpin pakatan pembangkang sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab dan disiplin dalam parti masing-masing bagi meyakinkan pengundi Malaysia berhubung kredibiliti, integriti dan perpaduan antara mereka.

Menurut Muhyiddin, adalah sesuatu yang amat baik apabila Kit Siang sendiri sudah mengakui bahawa para pemimpin pakatan pembangkang mempunyai masalah untuk bersatu dan bekerjasama.

“Kalau Kedah kerajaan Pas dan DAP, di Selangor antara Datuk Dr. Hasan Ali dengan Menteri Besar, begitu juga di Pulau Pinang, kalau Kit Siang sendiri sudah akui mereka tidak ada kepimpinan, ia harus menyedarkan rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak ada kemampuan,” katanya.

Sehubungan itu Muhyiddin meminta rakyat menilai situasi secara mendalam bagi melihat masalah yang sebenarnya wujud.

Beliau juga meminta rakyat menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang telah lama memiliki pengalaman untuk memajukan negara.

Menurutnya, bukan setakat di negeri-negeri tetapi di peringkat dalaman parti juga berkocak dengan pelbagai masalah yang cuba ditutup sepanjang masa oleh pakatan pembangkang.

“Kalau ambil parti-parti komponen mereka, Pas juga berhadapan dengan konflik yang hebat, DAP nampak okay tetapi sebenarnya tidak okay, PKR pun begitu juga,” katanya.

Beliau berkata, kemelut kepimpinan dalaman yang melanda Pas kini adalah satu bukti terhadap kenyataan itu.

Sumber: Utusan Malaysia 27/10/09

Bukanlah suatu perkara yang asing, jika di dalam sistem sekular terdapat parti-parti yang saling memburukkan antara satu sama lain, demi untuk menempatkan posisi yang tebaik di dalam sesebuah pemerintahan. Jika TPM Malaysia mendakwa bahawa Pakatan Rakyat gagal memerintah negeri-negeri yang dimenanginya pada PRU ke-12 yang lalu, adakah BN yang telah memerintah lebih lama Malaysia telah terbukti berjaya memakmurkan negara Malaysia sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyatnya?

”Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. [TMQ Ar-Rum(30): 41]

Muhammad Ali Ashabuni di dalam Shafwah at-Tafasir menyatakan, bahawa yang dimaksud dengan bima kasabat ayd an-nas dalam ayat ini adalah bi sababi ma’asi an-nas wa dzunubihim (kerana kemaksiatan-kemaksiatan dan dosa-dosa manusia). Maksiat adalah setiap pelanggaran terhadap hukum Allah SWT, iaitu dengan melakukan keharaman dan meninggalkan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan bagi pelakunya akan mendapat dosa. Seharusnya ini difahami oleh TPM Malaysia dan semua orang yang sedang berjuang di jalur demokrasi-sekular. Dan ketahulah bahawasanya setiap penyimpangan terhadap hukum Allah akan menimbulkan fasad (kerosakan), samaada akan menimpa kepada pelakunya atau kepada orang sekeliling (masyarakat). (Pengantar Ekonomi Islam, Ismail Yusanto)

Di dalam hal ini juga adalah sama. Tidak kira sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang memerintah, jika bukan undang-undang Islam yang ditegakkan dan diperjuangkan, maka selama itulah kerosakan (fasad) akan terus bermaharajalela. Ini kerana, kemajuan dan kemakmuran bukan hanya disandarkan kepada banyaknya bangunan pencakar langit yang dibina, atau canggihnya lapangan terbang yang dibuat. Akan tetapi, Islam memberi panduan, bahawa sesungguhnya alam ini akan terjadi kerosakan, tatkala ia tidak diatur dengan cara yang Islam berikan. Dalam ekonomi misalnya, krisis kejatuhan ekonomi yang berlaku dalam beberapa siri yang lalu, yang menyebabkan nilai mata wang dolar Amerika runtuh, dan majoriti negara di seluruh dunia turut terkena tempias kepada ‘bencana’ ekonomi’ ini, adalah disebabkan kita tidak menerapkan Sistem Ekonomi Islam. Apa yang pasti, di dalam sesebuah negara yang mengamalkan dasar Ideologi Kapitalis, yang miskin semakin miskin, dan yang kaya akan semakin menjulang kekayaannya. Abul ‘Aliah menyatakan;

“siapa sahaja yang menderhakai Allah di muka bumi, maka ia telah membuat kerosakan di muka bumi, kerana kebaikan di langit dan di bumi adalah dengan cara mentaati-Nya” (Tafsir Ibnu Katsir)

Selama mana kita masih menggunakan hukum selain hukum Allah SWT di dalam kehidupan, maka selama itulah kerosakan akan menimpa kita. Maka dari itu, kami seru kepada BN dan Parti Politik lainnya, agar kembali menjadikan Islam sebagai dasar dalam segala aspek, baik dalam politik, ekonomi, pendidikan, sosial, hukuman (uqubat) dan lain-lainnya.

One Response to “Kemerosotan Timbul Dari Sistem Kapitalis”

  1. BuNinil said

    Assalamu’alaikum, salam kenal dari Indonesia. Benar Kemerosotan akibat diterapkannya sistem Kapitalisme. Comment balik di http://ninilsudarmini.com
    Boleh tukeran link? Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: