Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kebaikan Dengan Cara Yang Menjijikkan

Posted by thinker on 22/11/2009

Usahawan Internet berbogel untuk kebajikan

LONDON – Seramai 24 usahawan Internet di Britain termasuk wanita sanggup bergambar bogel untuk kalendar kebajikan 2010 bagi membuktikan mereka merupakan manusia normal dan bukannya individu yang antisosial, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kalendar yang memaparkan gambar bogel mereka dijual pada harga £10 (RM33.92) dan semua wang hasil jualan akan didermakan kepada sebuah badan kebajikan yang melaksanakan projek-projek teknologi maklumat di India untuk golongan tidak bernasib baik.

Semua kalendar itu boleh ditempah di laman firebox.com.

Seorang usahawan wanita, Hermione Way, 24, yang mengendalikan laman video techfluff.tv di Internet berkata, dia tidak kesal kerana berbogel untuk kalendar kebajikan itu.

“Ia merupakan sesuatu yang menyeronokkan kerana ia untuk tujuan yang baik. Saya berharap kita akan mendapat hasil jualan yang banyak,” katanya.

Dia berharap kalendar itu akan memperbaiki imej pekerja dalam dunia teknologi kerana mereka kerap dianggap antisosial.

Antara usahawan Internet yang berbogel itu ialah pengendali laman Groupspaces, David Langer, Alicia Navarro dari firma pemasaran Skimlinks, pengasas laman Girl Meets Dress.com, Anna Brance dan Elizabeth Varley dari London TWestival.

Kalendar itu merupakan idea penulis teknologi, Milo Yiannopoulos.
Semua usahawan itu dipilih oleh satu jawatankuasa terdiri daripada pakar-pakar dalam talian dan undian orang awam. – Agensi

Sumber: Kosmo 20/11/09

Kebajikan Dengan Cara Yang Menjijikkan

Beginilah yang terjadi tatkala idea sekularisma subur di dalam benak-benak manusia. Membuat kalendar yang mempamerkan gambar-gambar bogel untuk dijual bagi tujuan kebajikan. Satu tindakan yang dianggap baik bagi segolongan pihak, khususnya orang-orang yang gambarnya ada di dalam ruangan kalendar tersebut. Namun, bagi orang yang waras akal fikirannya, tindakan tersebut merupakan suatu perbuatan yang jijik dan meloyakan kerana justeru menunjukkan rendahnya martabat manusia.

Apa yang dilakukan oleh golongan orang-orang di atas, dengan melakukan sesuatu keburukan dengan justifikasi untuk mencapai suatu kebaikan, adalah sama seperti apa yang dilakukan oleh kaum Muslimin pada saat ini. Dalam usaha untuk menegakkan Negara Islam misalnya, segolongan kaum Muslim banyak yang mengambil thariqah selain daripada apa yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW. Mereka lebih redha mengambil thariqah yang bathil berbanding thariqah yang sahih ketika hendak berjuang mendirikan Daulah Islam. Mereka mengambil demokrasi dengan alasan untuk mencapai tujuan yang baik. Padahal falsafah demokrasi itu sendiri menafikan al-Khaliq sebagai kata pemutus (baca: pembuat hukum) dalam setiap perkara, kerana kedaulatan di dalam sistem demokrasi adalah berdasarkan suara majoriti, dan bukan daripada hukum syarak. Jika demikian halnya, apa bezanya kaum Muslimin yang menggunakan cara-cara yang bathil tersebut untuk mencapai sesuatu tuntutan Islam, dengan usahawan internet yang sanggup berbogel demi untuk berbuat kebajikan?

Maka dari itu, kami seru kepada seluruh kaum Muslimin yang ingin berjuang demi untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam di bumi ini secara kaffah, agar kembali menelusuri sirah Nabawiyah. Bahawasanya Nabi SAW tidak pernah menggunakan thariqah selain daripada apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Dalam menjejaki sirah Nabawiyah tersebut, maka kita akan dapati bahawa Nabi SAW melakukan 3 tahapan iaitu:

Pertama, Tahapan Pembinaan dan Pengkaderan (Marhalah At Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metod Islam dalam rangka pembentukan sebuah parti politik (hizb as-siyasi).

Kedua, Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa’ul Ma’a Al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajiban dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.

Ketiga, Tahapan Pengambil alihan Kekuasa¬an (Marhalah Istilaam Al Hukm), yang dilaksana¬kan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengemban risalah Islam ke seluruh dunia.

Dengan ketiga-tiga tahapan tersebut, Nabi SAW akhirnya mendapat nusroh (pertolongan) daripada kaum Anshor (yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj) untuk dijadikan pemimpin mereka di Madinah setelah terjadinya Baiah Aqabah pertama (Baiah An-Nisa’) dan Baiah Aqabah kedua (Baiah Al-Harb) untuk menjadi Ketua Negara di Madinah pada ketika itu. Begitulah yang seharusnya kita tempuhi dan perjuangkan, dan bukan dengan cara yang lain seperti berjuang di atas tiket demokrasi. Wallahu’alam.

One Response to “Kebaikan Dengan Cara Yang Menjijikkan”

  1. Rayyan Zilfi said

    Beginilah nasib diriku yg malang…oh Tuhan! Semoga kalendar2 ini disilap cetak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: