Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Titisan Hujan Menyapa Kalbu

Posted by thinker on 30/11/2009

Petang hari ini kelihatan berbeza. Titisan hujan yang tidaklah lebat, meneduhkan perasaan penghuni penduduk di kawasan ini. Kala senja itu, ada ayat-ayat yang perlu dibaca. Tapi bukan daripada novel-novel di rak buku yang ditata rapi olehku. Tetapi ayat-ayat hikmah yang terkandung dalam nalar pemikiran. Sebuah nostalgia yang seakan baru kelmarin terjadi…

Tengah hari itu,

Aku baru sahaja meletakkan motor di barisan pakir kenderaan di jejeran sisi pasaraya besar Tesco berdekatan sini. Tiba-tiba… Satu panggilan kedengaran di gang handphoneku. Sebuah nombor yang asing terpapar. Tidak bernama… entah siapa… angkat atau tidak? Perasaan seakan menyatu dengan fikiran sehingga emosi diri ini sedikit terganggu. Ah, apa salahnya aku menjawabnya…

”Assalamualaikum Ustaz, ni saya yang jumpa ustaz tengahhari tadi di sekolah….”, kata-kata awal yang tidak kupinta datang menerpa. No HPnya memang asing, tapi suaranya dapat kurekam dengan teliti. Tekaanku benar. Nombor asing itu adalah kepunyaan nenek seorang pelajar sekolah yang telah berjumpaku tengahhari tadi. Tujuannya apa?

Jujur saja, bahawa aku sedikit bosan mendengar keluhan dan celotehannya, yang sering mengucapkan hal-hal yang sama. Ah, semoga perasaanku ini tidak dinilai dosa, kerana ia hanyalah persepsi moral sahaja. Sang nenek bercerita panjang lebar.Tapi dapat disingkatkan bahawa beliau berharap agar aku dapat mengajar cucunya di rumahnya secara individu. Selama ini, memang aku lah gurunya di sekolah. Tapi, dia pelajar ’istimewa’ yang berbeza dengan pelajar yang lain. Jadi, kemampuan dan daya kecerdasannya juga berbeza dari qadar orang lain. Dia berumur 14 tahun, tapi perangai, tindak tanduk dan kemampuan ilmiyahnya sangat rendah berbanding budak yang berumur 6 tahun (tadika)…. a.k.a  OKU. Sangat, sangat dan sangat susah mengajarnya!

Hampir setahun telah berlalu…

Itu dahulu, iaitu pada bulan Februari tahun ini (2009). Dan kini, ceritanya sudah berbeza. Setelah hampir setahun mengajar di rumahnya, kemampuan Izat sudah berbeza. Dia sudah mengenal huruf-huruf Hija’iyah. Boleh membaca, walau tidak terlalu lancar. Malah, sudah menguasai beberapa asas tajwid yang boleh dibanggakan.

Sebagai guru, apa perasaanku?

Bahagia, bangga dan syukur.

***

Para pembaca yang budiman,

Apa yang saya alami di atas, bukan sekadar untuk bacaan santai. Yang dibaca, sambil minum kopi di pagi hari. Atau dibaca sambil mengunyah chewing gum, di pejabat yang tidak banyak tugasan. Sungguh, muqaddimah di atas perlu direnungkan sejenak dalam aplikasi kehidupan kita, betapa kita perlu menjadi hamba yang senantiasa bersyukur, sabar, gigih berusaha dan senantiasa bertawakkal hanya kepada Allah, termasuklah dalam berdakwah. Kadang, kita merasa malas ketika berdakwah, lantaran persekitaran kira yang kurang ke arah itu. Maksudnya suasana di sekeliling kita tidak bersifat kondusif dan memihak kepada perjalanan dakwah kita. Namun, kita haruslah sedar, bahawa semua itu adalah ujian daripada Allah SWT, dan kita tidak boleh mudah putus asa. Di samping itu, kita perlu berdoa, berdoa dan terus berdoa.

Masih tidak berhasil?

Mungkin masanya masih kurang. Jangka waktunya masih pendek. Jadual dakwah kita masih sikit. Pendedahan kita masih mentah. Pengkajian kita kurang mendalam.

Rumit bukan?

Iya, sama seperti halnya kejadian di atas. Pada peringkat awal, memang menjenuhkan, memenatkan, hatta MEMBENGANGKAN! Mengajar manusia yang susah menerima input. Tapi bagaimana hasil seterusnya? Setelah melewati masa yang agak sedikit panjang? Ada hasil yang dituai bukan? Memang ada! Kerana saya yang mengajar murid tersebut.

Dalam usaha mendidik umat yang berada dalam kepompong Jahiliyah Moden, yang dibelenggu dengan pemahamana-pemahaman sesat seperti sekulerisma, sukuisma, liberalisma, kapitalisma, sosialisma dan berbagai-bagai isma-isma lainnya… itu sudah menjadi perkara yang tabi’e bagi makhluk yang beriman dalam membawa risalah kebenaran. Kita tidak boleh sesekali menyerah dengan keadaan, kerana kita bakal dipertanyakan terhadap apa yang kita usakan di dunia ini.

Apakah kita hanya sekadar duduk-duduk menjadi seorang pendengar, atau berada sebaris dengan orang-orang yang penuh luwes dan sabar melayan karenah umat yang semakin ’CEREWET’!

Wallahu’alam…

 

Titisan Hujan Menyapa Kalbu

Petang hari ini kelihatan berbeza. Titisan hujan yang tidaklah lebat, meneduhkan perasaan penghuni penduduk di kawasan ini. Kala senja itu, ada ayat-ayat yang perlu dibaca. Tapi bukan daripada novel-novel di rak buku yang ditata rapi olehku. Tetapi ayat-ayat hikmah yang terkandung dalam nalar pemikiran. Sebuah nostalgia yang seakan baru kelmarin terjadi…

Tengah hari itu,

Aku baru sahaja meletakkan motor di barisan pakir kenderaan di jejeran sisi pasaraya besar Tesco berdekatan sini. Tiba-tiba… Satu panggilan kedengaran di gang handphoneku. Sebuah nombor yang asing terpapar. Tidak bernama… entah siapa… angkat atau tidak? Perasaan seakan menyatu dengan fikiran sehingga emosi diri ini sedikit terganggu. Ah, apa salahnya aku menjawabnya…

”Assalamualaikum Ustaz, ni saya yang jumpa ustaz tengahhari tadi di sekolah….”, kata-kata awal yang tidak kupinta datang menerpa. No HPnya memang asing, tapi suaranya dapat kurekam dengan teliti. Tekaanku benar. Nombor asing itu adalah kepunyaan nenek seorang pelajar sekolah yang telah berjumpaku tengahhari tadi. Tujuannya apa?

Jujur saja, bahawa aku sedikit bosan mendengar keluhan dan celotehannya, yang sering mengucapkan hal-hal yang sama. Ah, semoga perasaanku ini tidak dinilai dosa, kerana ia hanyalah persepsi moral sahaja. Sang nenek bercerita panjang lebar.Tapi dapat disingkatkan bahawa beliau berharap agar aku dapat mengajar cucunya di rumahnya secara individu. Selama ini, memang aku lah gurunya di sekolah. Tapi, dia pelajar ’istimewa’ yang berbeza dengan pelajar yang lain. Jadi, kemampuan dan daya kecerdasannya juga berbeza dari qadar orang lain. Dia berumur 14 tahun, tapi perangai, tindak tanduk dan kemampuan ilmiyahnya sangat rendah berbanding budak yang berumur 6 tahun (tadika)…. a.k.a è OKU. Sangat, sangat dan sangat susah mengajarnya!

Hampir setahun telah berlalu…

Itu dahulu, iaitu pada bulan Februari tahun ini (2009). Dan kini, ceritanya sudah berbeza. Setelah hampir setahun mengajar di rumahnya, kemampuan Izat sudah berbeza. Dia sudah mengenal huruf-huruf Hija’iyah. Boleh membaca, walau tidak terlalu lancar. Malah, sudah menguasai beberapa asas tajwid yang boleh dibanggakan.

Sebagai guru, apa perasaanku?

Bahagia, bangga dan syukur.

***

Para pembaca yang budiman,

Apa yang saya alami di atas, bukan sekadar untuk bacaan santai. Yang dibaca, sambil minum kopi di pagi hari. Atau dibaca sambil mengunyah chewing gum, di pejabat yang tidak banyak tugasan. Sungguh, muqaddimah di atas perlu direnungkan sejenak dalam aplikasi kehidupan kita, betapa kita perlu menjadi hamba yang senantiasa bersyukur, sabar, gigih berusaha dan senantiasa bertawakkal hanya kepada Allah, termasuklah dalam berdakwah. Kadang, kita merasa malas ketika berdakwah, lantaran persekitaran kira yang kurang ke arah itu. Maksudnya suasana di sekeliling kita tidak bersifat kondusif dan memihak kepada perjalanan dakwah kita. Namun, kita haruslah sedar, bahawa semua itu adalah ujian daripada Allah SWT, dan kita tidak boleh mudah putus asa. Di samping itu, kita perlu berdoa, berdoa dan terus berdoa.

Masih tidak berhasil?

Mungkin masanya masih kurang. Jangka waktunya masih pendek. Jadual dakwah kita masih sikit. Pendedahan kita masih mentah. Pengkajian kita kurang mendalam.

Rumit bukan?

Iya, sama seperti halnya kejadian di atas. Pada peringkat awal, memang menjenuhkan, memenatkan, hatta MEMBENGANGKAN! Mengajar manusia yang susah menerima input. Tapi bagaimana hasil seterusnya? Setelah melewati masa yang agak sedikit panjang? Ada hasil yang dituai bukan? Memang ada! Kerana saya yang mengajar murid tersebut.

Dalam usaha mendidik umat yang berada dalam kepompong Jahiliyah Moden, yang dibelenggu dengan pemahamana-pemahaman sesat seperti sekulerisma, sukuisma, liberalisma, kapitalisma, sosialisma dan berbagai-bagai isma-isma lainnya… itu sudah menjadi perkara yang tabi’e bagi makhluk yang beriman dalam membawa risalah kebenaran. Kita tidak boleh sesekali menyerah dengan keadaan, kerana kita bakal dipertanyakan terhadap apa yang kita usakan di dunia ini.

Apakah kita hanya sekadar duduk-duduk menjadi seorang pendengar, atau berada sebaris dengan orang-orang yang penuh luwes dan sabar melayan karenah umat yang semakin ’CEREWET’!

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: