Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Tidak Perlu Contohi Hubungan Negara-negara Kufur

Posted by thinker on 11/12/2009

Contohi hubungan Amerika Syarikat, United Kingdom

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Malaysia dan Indonesia perlu mencontohi hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang mempunyai perbezaan namun mampu bersatu dalam soal kepentingan bersama.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, seperti Malaysia dan Indonesia, AS dan UK juga mempunyai beberapa perbezaan terutama dalam aspek sosial.

”Tetapi dalam soal mengutamakan kepentingan bersama, AS dan UK tidak pernah renggang untuk mencapai sesuatu.

”Kenapa Malaysia dan Indonesia tidak dapat berurusan sedemikian?” katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar dan rombongan editor dari media Indonesia di pejabat beliau di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Kunjungan tersebut adalah sempena program Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWMI) yang berlangsung mulai semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dan Timbalan Pengerusi 1, Ikatan Setiakawan Wartawan Malayaia-Indonesia, Datuk Chamil Wariya.

Rais berkata, ISWMI perlu memastikan ia dipandang tinggi oleh masyarakat di kedua-dua negara selain menjadi jambatan dalam memenuhi kehendak masyarakat Malaysia dan Indonesia.

”Isu yang timbul di antara dua jiran harus ditangani dalam suasana muafakat. Justeru dalam isu-isu seperti tarian Pendet atau berkenaan budaya, ISWMI harus berterus-terang dan menentukan tindakan yang wajar diambil.

”Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan sentiasa menghormati pandangan ISWMI dalam konteks membina hubungan era baru,” katanya.

Ditanya sama ada program ISWMI mampu memberi jaminan tidak akan ada berita sensasi dalam media kedua-dua negara, Rais menjelaskan jaminan sedemikian tidak timbul.

”Kita tidak main kontrak jamin. Ini adalah mesyuarat. Sebarang isu yang timbul akan bersama-sama diatasi dengan rasa positif,” katanya.

Antara cadangan yang dibangkitkan oleh wakil media Indonesia dalam memelihara hubungan Malaysia dan Indonesia ialah kajian bersama mengenai sejarah kemerdekaan kedua-dua negara.

Satu lagi cadangan yang dibangkitkan ialah pertandingan menulis di kalangan wartawan di kedua-dua negara mengenai cara untuk meningkatkan lagi hubungan Malaysia dan Indonesia.

Sumber: Utusan Malaysia 10/12/09

Contohi Orang Kafir, Bukan Sikap Seorang Mukmin

Cara berfikir Rais Yatim seperti di atas, bukanlah lahir dari cara berfikir sebagai seorang yang beriman, dan ia tidak lahir dari syariat Islam. Bagaimana mungkin, dia menyarankan agar Malaysia dan Indonesia perlu meniru hubungan antara Amerika Syarikat dengan British yang merupakan dua negara yang jelas memusuhi umat Islam dan Islam itu sendiri? AS adalah negara yang telah membunuh kaum Muslimin di Afghanistan, Iraq, Bosnia dan telah membekalkan senjata kepada Israel untuk menyembelih kaum Muslimin di Palestin. British pula merupakan negara yang telah meninggalkan perlembagaan Lord Reid di Malaysia untuk diguna pakai. British jugalah yang telah bersekongkol dengan Mustafa Kamal at-Tartuk (Laknatullah alaih) untuk menjatuhkan Khilafah Turki-Uthmaniyah pada tahun 1924. Wahai Kaum Muslimin, adakah wajar kita mencontohi hubungan kedua negara kufur tersebut?

Adakah benar hubungan kedua negara kafir tersebut baik? Jika kita teliti secara jernih dan mendalam (mustanir), kedua negara tersebut merupakan negara Kapitalis yang senantiasa terikat dengan dasar Ideologinya, iaitu menjadikan ikatan maslahat (benefit) sebagai asas dalam semua muamalat dan transaksi. Secara mudahnya, sesebuah negara yang mengamalkan ideologi Kapitalis tidak akan melakukan sesuatu perkara (termasuklah hubungan luar negara), tanpa adanya sesuatu yang bermanfaat yang ingin diraih. Amerika Syarikat tidak akan menyerang Iraq, jika tidak kerana kekayaan minyak yang ada di situ. Afghanistan tidak akan diserang, jika tidak kerana kepentingan geografi politik di sana, dan begitulah seterusnya. Manfaat merupakan ’rukun iman’ mereka dalam bermuamalat. Pada hakikatnya, Amerika Syarikat dan British berbaik hanyalah untuk meraih sesuatu kepentingan. Tatkala sesuatu kepentingan tersebut telah tercapai, maka ikatan yang terjalin akan terlerai begitu sahaja. Ini kerana ikatan tersebut, adalah ikatan yang lemah dan batil. Syeikh Taqiyuddin menerangkan di dalam kitabnya:

”Ikatan kemaslahatan tidak lain ikatan yang bersifat sementara, tidak dapat dijadikan pengikat antara manusia. Ini disebabkan adanya peluang tawar menawar dalam mewujudkan kemaslahatan mana yang lebih besar, sehingga kewujudannya akan hilang tatkala satu maslahat dipilih atau didahulukan dari maslahat yang lain. Apabila kemaslahatan itu telah ditentukan, berakhirlah persoalannya, kemudian orang-orangnya pun membubarkan diri, kerana ikatan itu berakhir tatkala maslahat telah tercapai. Dengan demikian, ikatan ini amat berbahaya bagi para pengikutnya”. (Jalan Menuju Iman, Peraturan Hidup Dalam Islam, Muka Surat 33)

Begitulah pada hakikatnya ikatan maslahat ini berfungsi. Ia tidak pernah kekal dan tidak akan sempurna ketika mengikat manusia dengan manusia lainnya, mahupun sebuah negara dengan negara lainnya. Pada hakikatnya, Amerika Syarikat dan British senantiasa bersaing untuk mendominasi dan memperkuatkan pengaruh dalam politik antarabangsa di antara satu sama lain. Hubungan baik di antara kedua negara tersebut, bukanlah hubungan yang utuh, kerana diikat oleh manfaat semata. Kedua negara tersebut akan saling bersaing dan saling menjatuhkan tatkala kepentingan salah satu daripada mereka terjejas. Tidak seperti Islam, yang menjadikan penyebaran dakwah sebagai asas politik luar negaranya. Islam telah menyatukan Makkah, Madinah, Jazirah Arab sehingga ke Parsi (Irak), Syam, Mesir, Afrika Utara, dan kawasan Asia Tengah. Tidak berhenti setakat itu, dakwah Islam telah masuk ke jantung Eropah, menaklukkan sebagian wilayah Perancis, sampai menjejak ke gerbang kota Wina (Austria). Dakwah Islam juga telah sampai ke arah timur Asia Pasifik (Indonesia). Ini kerana, Islam bukanlah negara Imperialis. Akan tetapi, Islam merupakan ad-Deen yang membawa rahmat dengan penerapan sistemnya yang adil dan membawa kesejahteraan.

Begitulah seharusnya yang perlu dicontohi oleh Rais Yatim dan para penguasa umat Islam di seluru dunia, iaitu berusaha untuk menyatukan negara-negara umat Islam ke dalam Daulah Islamiyyah, dan bukan berpecah belah dalam ikatan Ashabiyyah dan Nasionalisma, yang hanya bersatu dan berbaik ketika hendak meraih sesuatu manfaat sahaja. Lihatlah bagaimana Malaysia dan Indonesia sehingga saat kini, masih belum mendapat persefahaman dalam isu Ambalat.. Tetapi, jika Malaysia dan Indonesia berada dalam naungan Khilafah Islamiyyah, maka isu Ambalat akan selesai dengan mudah. Ini kerana Ambalat akan dimiliki dan dapat dimanfaatkan oleh Daulah Islamiyyah, dan Malaysia dan Indonesia akan dapat memanfaatkan Ambalat kerana mereka juga adalah sebahagian dari negara Khilafah Islamiyyah. Tidakkah ia mendatangkan manfaat yang besar dan tinggi bagi kita sebagai orang-orang yang beriman, berbanding saranan Rais Yatim untuk meniru hubungan dua negara kufur tersebut? Nau’dzubillah Min Dzalik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: