Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Orang Islam Berbuat Maksiat Di Dalam Sistem Sekular Adalah Perkara Biasa

Posted by thinker on 16/12/2009

Suami isteri teguk arak

CAMERON HIGHLANDS: Tiga lelaki yang takut dihukum sebat memberi alasan minum arak kerana dibelanja majikan mereka ketika ditahan penguat kuasa agama dalam serbuan di pusat hiburan di Tanah Rata di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, kebanyakan pengunjung beragama Islam terkejut dan tidak menyangka keseronokan mereka berhibur pada malam minggu itu berakhir apabila premis berkenaan diserbu penguat kuasa agama.

Serbuan membabitkan 30 anggota dari Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dengan dibantu anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands, berakhir beberapa jam kemudian.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama negeri, Ahmad Raffli Abdul Malek, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai kegiatan pengunjung beragama Islam menjadikan pusat hiburan itu sebagai tempat minum arak dengan bebas.

Sumber: Harian Metro 14/12/09

Isu orang Islam meminum arak, bukanlah sesuatu yang pelik dan asing di dalam sistem sekular, termasuklah di Malaysia. Begitu juga jika didapati orang-orang Islam masuk ke dalam tempat-tempat perjudian seperti TOTO dan Magnum, ia bukanlah perkara biasa dalam kamus sistem sekular. Cumanya kadang-kadang, media massa hanya memilih isu-isu tertentu untuk dinaikkan dan dihangatkan sebagai populariti berita yang disajikan kepada para pembaca. Justeru sebagai seorang yang beriman, kita janganlah memandang isu orang Islam minum arak, sekadar fakta yang dibaca sahaja. Namun, ia haruslah dilihat dalam perspektif hukum syariat dalam memandangnya sebagai sebuah permasalahan.

Hukuman bagi orang yang meminum arak di dalam Islam ialah qath’e iaitu disebat sebanyak 40 atau 80 kali, yang dilakukan oleh Khalifah tanpa menambah dan menguranginya. Membincangkan isu sebatan syariah di dalam sistem sekular, ibarat menyuruh kambing agar ia berkokok. Ini kerana, sistem sekular akan senantiasa membatasi segala perlaksanaan syariah yang bertentangan dengan perlembagaan sekular. Bahkan sebatan yang dianggap syariah di dalam Mahkamah Syariah (sebanyak 6 sebatan) adalah jelas bertentangan dengan syariah Islam itu sendiri.

Orang akan memandang bahawa meminum arak itu adalah suatu perbuatan yang keji dan menjijikkan. Tapi jarang sekali kita mendengar dari kalangan penguasa dan penguatkuasa undang-undang yang menyatakan keji bagi tempat-tempat maksiat tersebut yang dibiarkan terus beroperasi tanpa adanya larangan. Bahkan, tempat-tempat maksiat terus berkembang pesat dengan banyaknya cawangan. Kekuasaan berganti tangan, di beberapa buah negeri setelah pilihanraya, tetap juga tidak menyajikan apa-apa kemuliaan di sisi syariat Islam. Lambakan tempat-tempat maksiat dan program-program yang bersifat hedonisme tetap sahaja berleluasa.

Perkara yang lebih besar yang terkandung di sebalik permasalahan ini sebenarnya adalah berpunca daripada penerapan sistem thagut (sistem kufur) di dalam kehidupan manusia. Segala tempat-tempat maksiat dibiarkan begitu sahaja kerana mendatangkan pendapatan yang tinggi kepada kerajaan di dalam sistem sekular adalah daripada cukai terhadap kilang-kilang arak, tempat-tempat perjudian dan tempat-tempat hiburan lain. Semua itu jelas haram di sisi Islam, bahkan tidak akan dibiarkan beroperasi secara terbuka dan jualannya tidaklah banyak. Tempat-tempat seperti kedai arak dan tempat sembahan (ibadah) agama lain, akan dibiarkan wujud dalam kuantitinya yang memadai dan di kawasan yang khusus bagi agama-agama selain Islam, dan bukan seperti yang berlaku pada saat sekarang seperti yang wujudnya patung-patung sembahan di Batu caves dan di Tumpat, Kelantan.

Daulah Khilafah akan memastikan sistem Islam terlaksana sepenuhnya dalam segala aspek. Jangankan orang Islam akan minum arak, bahkan kilang dan kedai arak itu sendiri tidak akan wujud di tempat-tempat umum di kalangan Muslim, kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: