Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Polemik Akal Membenarkan Yang Haram

Posted by thinker on 29/12/2009

Suasana sedikit tegang. Dua orang sahabat sedang bertikam lidah mengutarakan pendapat. Ia tidaklah layak disebut diskusi, mungkin debat adalah slot yang tepat pada malam itu. Tepatnya ketika selesai selesai solat Isya’ berjemaah. Semuanya gara-gara berawal dari curhat seorang teman kepada temannya yang diminta saran bagi persoalan yang sedang dihadapinya. Soalannya ringkas, iaitu berkenaan hukum seseorang membuat pinjaman Bank untuk sebuah pernikahan. Adakah boleh atau tidak? Satu persoalan yang memerlukan jawapan. Sang penanya melontarkan dalam keadaan bersahaja kepada sahabatnya yang sedang menulis di hadapan laptopnya.

”Hakim, pinjaman yang dilakukan dengan bank pada saat ini, kebanyakannya Haram, kerana aqadnya bathil dan mengandungi riba… ”.

Dengan spontan ia lekas memotong kata-kata sahabatnya itu…

”Habis tu, kalau nak beli kereta, rumah, buat bisnes semua tu… kan pakai pinjaman Bank, abis tu Haramlah!”

Keadaan yang pada mulanya agak biasa-biasa sahaja, akhirnya menjadi tegang kerana yang bertanya tidak mengharapkan jawapan yang sedemikian rupa. Dia mahukan jawapan yang sesuai dengan kemahuannya. Jika begitu, mengapa mahukan pendapat orang lain, tatkala dia hanya berpegang kepada akal dan pendapatnya semata? Aneh!

”Iya, jelas Haram”. Sambut Amin simple. Tapi… Hakim masih tidak puas dengan jawapan sahabatnya itu.

”Tapi… aku rasa pendapat kau ni syadid Min. Memang betul ia Wujud riba, tapi ianya boleh ambik sebab ia satu keperluan”. Hakim menangkis jawapan sahabatnya yang dicapnya sebagai syadid dalam berpendapat.

”Seks itu satu keperluan juga. Tapi… apakah lalu zina diperbolehkan dengan alasan ’satu keperluan’”??? Amin malas memberi hujah akademik dan terlalu tinggi kepada temannya yang dianggapnya sangat mentah dalam memahami agama. Mungkin analogilah yang paling berkesan, agar sahabatnya itu mencerna pemahaman yang murni.

“Eh, kau mana boleh samakan dengan benda tu Min. Tak sama”.

”Jelaskan pada aku, part mana yang tak sama”. Wajah dan riak Amin masih tenang, walau ia seakan kecewa dengan alasan-alasan sahabatnya yang hanya ingin menang sendiri dalam berpendapat, tanpa disokong nas syar’e.

”Min… Aku memang tak sepandai engkau dalam bab agama. Tapi, aku pernah dengar yang ia diperbolehkan. Malah Majlis Fatwa kata boleh. So, kau tak boleh kata Haram”. Hakim seakan yakin dengan hujahnya. Senyuman tampak terukir pada wajahnya. Riaknya bersinar… ia yakin dengan senjatanya yang dianggap ampuh.

“Malang sekali umat manusia, jika suatu hari kelak, wujud fatwa yang menyatakan BABI itu diperbolehkan, ARAK itu dihalalkan, ZINA itu sah-sah saja. Lalu, masyarakat yang jahil seperti kita menerimanya bulat-bulat tanpa pertimbangan al-Quran dan as-Sunnah. Hakim, cukuplah! Aku tidak mahu hal ini berlarutan. Cukuplah aku mengatakan padamu, bahawa pegangan kita adalah al-Quran dan as-Sunnah, dan apa-apa yang lahir dari keduanya. Dan bukan yang lain. Hatta, kalau bapak aku sendiri berpendapat, dan ia menyimpang dari agama… pasti akan aku TOLAK! Kerana agama menolaknya. Bukan semata-mata aku atau emosiku”.

Amin seakan tidak memberi ruang Hakim berbicara… ia menambah hujahnya…

“Hakim… untuk apa kita hidup… jika hanya akal-akal kita yang meletakkan status boleh dan tidak, baik atau buruk, halal dan haram, pahal dan dosa… syurga dan neraka. Apakah kita mampu Hakim? Apakah kau boleh berhadapan dengan Allah Azza Wajallah kelak dengan hujah engkau yang tidak ada dasarnya? Jika kau dapat menjawab di hadapan Allah kelak dengan alasan kolotmu itu…. silakan dengan pendapatmu… Wahai dinding dan meja tulisku, saksikanlah bahawa aku telah menyampaikan!”.

Amin seakan cuba menyentuh emosi sahabatnya dengan teknik yang biasa ia gunakan ketika berdiskusi dengan sesiapa.

“Habis tu… macam mana dengan rumah orang tua engkau sekarang? Aku tak yakin, yang dorang beli dengan cash. Mesti ada pinjaman bank jugak kan!”

”Iya, JELAS. Memang ada Riba dan Haram! Dan aku tak menafikannya. Aku takkan mengatakan ianya boleh, hanya semata kerana orang tuaku melanggar syariah. Yang halal itu tetap halal, dan yang haram itu tetap haram, dan itulah yang aku pertahankan. Begitu juga dengan engkau hakim… pinjaman bank untuk kereta engkau itu, adalah salah kerana aqadnya bathil. Bukankah nabi pernah bersabda yang diriwayatkan al-lmam al-Bukhari dan Muslim.:

Amin mengambil kitab yang tersusun di atas mejanya. Terpapar sebuah kitab kecil yang tertulis “Arbai’en Nawawi – Hadis 40”. Diselaknya muka surat 10. Dibacakanlah hadis ke-6 daripada sekian hadis yang terisi di dalamnya.

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.

Daripada hadis di atas, jelaslah bahawa setiap perkara yang halal, sudah terang lagi bersuluh dari ayat Al-Quran dan Hadis bahawa ia adalah halal, dan begitu jugalah perkara yang haram juga, ia sudah dijelaskan didalam Al-Quran dan Hadis. Contoh perkara yang haram seperti berzina, minum arak, berjudi, riba dan yang seumpamanya. Yang menjadi masalah masyarakat sekarang ialah, tidak tahu samaada perkara ini halal atau haram, sehinggakan masing-masing dengan ijtihad masing-masing, tanpa menggunakan ilmu hanya sekadar aqal semata-mata. Sebagai contoh, bercouple. Kalau diberitahu pada pasangan yang bercouple, bahawa haram berdua-duaan tambahan dalam keadaan mabuk bercinta, mesti kebanyakan depa akan cakap, “Hai! kami mana buat apa pun… yang haramnya berzina. Kami mana berzina pun” hmm…mungkin depa tak penah dengar larangan Allah supaya Jangan Hampiri Zina..sbb tu depa ingat yg haram hanya zina..so..kita yang tahu la yang patut jelaskan pada depa…tp yang paling menyedihkan hati bila orang yang ada ilmu, yakni tahu tentang haramnya terlibat dlm perkara-perkara yang menjurus ke arah zina.

Kamu benci dengan perbuatan zina Hakim? Tanya Amin spontan… di sela-sela penjelasannya yang panjang lebar.

Dahi Hakim berkedut, matanya terpacang seakan-akan terpanah dengan soalan yang baru ditujukan padanya itu.

“Ergh… ”

“Aku yakin engkau membencin zina, walau engkau tidak menjawabnya. Kerana Zina itu sendiri merupakan salah satu dosa besar, dan pelakunya bakal diazab dengan azab yang pedih kelak di akhirat. Ketahuilah Hakim… bahawa dosa bagi yang menerima dan memberi riba adalah sama seperti Zina! Tidakkah kau sedar akan hal itu? Zina…. Naudzubillah Min Dzalik, semoga kita terhindar  dari perbuatan terkutuk itu”.

Mata Hakim tertunduk… seakan pecundang di medan perang. Ia habis akal. Senjata yang baru saja diasah seakan retak dipahat azimat, yang datangnya dari hujah-hujah tajam sahabat di hadapannya itu.

“Baiklah Amin, aku hormati pandangan dan pendirian engkau itu. Tapi, aku akan minta penjelasan dari ustaz aku. InsyaAllah, aku akan berjumpa engkau satu hari nanti. Assalamualaikum….”.

Hakim berlalu pergi… dirinya seakan membawa misi dan visi seorang yang tidak mahu kalah dalam pertarungan. Ia seakan watak Hang Jebat yang menentang Hang Tuah sampai ke titisan terakhir.

One Response to “Polemik Akal Membenarkan Yang Haram”

  1. Poppy said

    Hi….

    Do you like go to shopping but do not have much time…

    Hmmmm…. find Your passion at this site http://www.ipopscollections.com
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: