Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kecantikan Paras Itu Hanyalah Senipis Kulit

Posted by thinker on 30/12/2009

Pernah dengarkah yang kecantikan paras itu hanyalah senipis kulit?

Kalimat yang terpapar di wall facebook seorang teman. Membuat kepala saya angguk tanda setuju dengan persoalan tersebut. Kecantikan merupakan sesuatu yang abstrak pada pandangan manusia. Walaupun kadangkala ianya sesuatu yang objektif mengikut standarisasinya tersendiri di kalangan para pencinta keanggunan dan kecantikan. Untuk siapa? Cantik tentu tidak ditujukan kepada lelaki, justeru wanita!

Kecantikan merupakan suatu anugerah. Ramai wanita yang cantik… lupa bahawa kecantikan yang diberikan kepadanya bukan untuk dibangga-banggakan. Sehingga ia lupa maksud penciptaan. Auratnya diumbar, didedahkan… malah menjadi hiasan eksotik yang dijual belikan di publik.

Lebih dari itu, dengan kelebihan paras rupa yang Allah beri, manusia kadang lupa diri. Terasa asyik dengan pujian dan pandangan manusia. Tanpa ia sedar, bahawa pemberian yang datang dari Allah itu, boleh ditarik nikmatnya pada bila-bila masa sahaja, kerana ia merupakan pinjaman dari Sang Pemilik Mutlak. Manusia alpa!

Cuba fikirkan!

Paras yang cantik, wajah yang anggun, kulit yang putih manis… tiba-tiba terlecur kerana leka, tergores hingga luka, atau…. tersiat kulit pada sebahagian muka kita… apakah wajah dan paras kita itu masih dikira cantik dan anggun? Tentu sebaliknya bukan? Atau bahkan MENGERIKAN? Jika mahu lebih menyelami maksud saya…. lihat saja wajah watak Two Face di dalam filem superhero barat Batman. Apakah anda tidak ngeri melihat wajahnya yang kacak, lalu bertukar wajah seperti manusia jadi-jadian yang… ah, kalian fikirkanlah sendiri!

Ketahuilah wahai teman,

Kecantikan itu sementara. Bertasbih dan bertahmidlah di atas kurniannya yang bersifat sementara, yang dipinjamkan kepada kita, agar kita mensyukuri dan menggunakannya agar kita beribadah kepadaNya. Sebagaimana pangkat, derajat dan nikmat-nikmat lainnya, kita bakal dipertanggungjawabkan di atas nikmat yang Allah kurniakan tersebut! Wahai Si Cantik, untuk apakah kecantikan yang diberikan kepadamu itu… kamu gunakan? Riyak? Takabbur? Meninggi diri? Atau… untuk beribada hanya semata-mata kepada Allah… AllahuAkbar!!!

Lihatlah Tsunami di Banda Acheh, Ribut Gred di Sabah, Taufan Kathrina di AS, Banjir alam baru-baru ini di Kelantan, dan musibah-musibah alam lainnya di muka bumi! Perhatikanlah dengan seksama, adakah yang lebih hebat dari Allah Azza Wajallah?

Fikir sejenak, dan bermuhasabahlah. Terasa hebat dengan kekayaan? Terasa bangga dengan kedudukan? Terasa asyik dengan kecantikan?

Beristighfarlah. Mintalah pengampunan dari Allah, kerana sesungguhnya apa yang kekal hanyalah Allah.

“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”. (TMQ Al-Baqarah[2]: 255)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: