Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Membuka Lembaran Diari 2010

Posted by thinker on 01/01/2010

Saat ini kepulan asap di Bandar kota, terlihat jelas dari pemandangan tingkap rumah kedai saya di tingkat 3. Bunyi mercun selama 10 minit tadi, baru sahaja habis kedengaran. Entah berapa ratusan ribu ringgit telah habis dibakar hanya untuk acara 10 minit itu tadi. Semoga tahun Hijriyyah tidak disambut dengan sedemikian rupa. Nau’dzubillah Min Dzalik.

Lihatlah! Berapa ramai manusia, yang telah menghabiskan masa di dataran-dataran, tepi-tepi jalan, mall-mall kota, club-club dan tuuuttt… sebagai hasilnya… berapa ramai gadis yang ternoda, lelaki yang perkasa, dan anak-anak zina yang bakal ’tercipta’. Sungguh menyedihkan! Malam seribu macam maksiat…

Yahoooooo… Maksiat! Mungkin itulah kata hati-hati sang pelaku maksiat. Mereka tidak tahu, untuk apa mereka dihidupkan ke dunia, dan akan ke mana kelak mereka. Sadis dan memilukan.

Terlintas di pelupuk hati, terbayang di sanubari… kenapa tidak ada perayaan ”Hari Baru”, ”Minggu Baru”, ”Bulan Baru”…. dan kenapa hanya ”Tahun Baru”???

Ah, itu hanya persoalan bodoh saya seorang sahaja. Kerana jawapannya sudah ada. Cuma… cuba fikirkan… apakah bezanya… antara jam 11.59 p.m pada tanggal 31 Disember 2009 dengan jam 12.00 lebih satu detik pada tanggal 1 Januari 2010?

Apa bezanya? Cuba beritahu saya apa bezanya? Apakah Cuma beza tanggalnya? Atau apanya? Kalau bezanya Cuma tanggalnya, maka setiap hari ia memang sentiasa berubah dan berbeza! Kalau hanya sekadar alasan bodoh…. tahunnya yang berubah… istimewa apa tahun demi tahun yang baru kepada kita? Apakah tahun yang baru yang baru muncul itu… menjanjikan ke dalam mimpi-mimpi kita… bahawa kita bakal memperolehi segudang emas, intan dan permata… tatkala terjaga pada keesokan harinya?

Tidak ada bukan? Itu hanya terjadi pada dongeng Santa Clause al-Khurafat!

Justeru itu, untuk apa kita merayakannya, dengan perasaan yang gembira? Memasang iltizam dan azam yang bersifat sementara! Tanpa adanya penghayatan dan pemikiran yang jernih sebagai seorang hamba di dunia. Bukankah kita diingatkan oleh Allah Azza Wajallah, bahawa kita bakal mati, dan tiada siapa yang tahu masa dan tempat kematian seseorang. Apakah perlu peringatan itu ditancap di dinding-dinding agar kalimat itu terbekas di hati-hati dalam kita semua?

Bagi kita seorang mukmin, maka selayaknya kita sediakan bekal secukupnya di dunia dengan sebaik-baik bekal. Lakukanlah perintahNya dan hindarilah laranganNya. Tidak ada kata dan zikir yang lebih layak untuk kita sebut, melainkan ”La Ilahaillah”… dengan kalimat tersebut seharusnya terpancar segenap keimanan yang akan mengklasifikasikan kita sebagai orang yang beriman dan bukan orang yang kufur. Adakah orang yang beriman, hanya layak berucap manis di bibir, sebagai pemanis halwa di telinga sahaja? Tentu sekali tidak. Ibarat sabda Nabi SAW, bahawa Iman itu bukanlah dengan angan-angan. Tapi perlu dibuktikan dengan praktisnya, dan bukan teori yang bersifat khayali! Ayuhla teman, buanglah angan-angan dan retorik tahun baru, pada setiap kemunculannya saban tahun. Jadilah muslim dan mukmin yang sejati dan hakiki. Pasanglah azam dan iltizam dengan sebenar-benarnya agar kita menjadi manusia yang tidak rugi baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: