Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Agama Digadai : Buka Tudung Kerana Watak

Posted by thinker on 11/01/2010

Anne buka tudung kerana watak

(Dari kiri) Zarina, Tania dan Anne yang membawa watak sebagai tiga orang puteri iaitu Mayang Merdu, Mayang Mengurai dan Mayang Indera.

MELIHAT Anne Ngasri mula berhijab ternyata membuatkan mana-mana mata yang memandangnya terasa sejuk sahaja. Penghijrahan pelakon yang memulakan kariernya dari usia muda itu dilakukan selepas Anne pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Tetapi timbul cerita yang kurang manis apabila tudung Anne ini dikatakan umpama pakai buang kerana dia masih dilihat di beberapa buah drama yang baru menunjukkan auratnya itu walaupun Anne sudah memilih untuk berubah.

Anne yang ditemui ketika penggambaran drama Mayang Mengurai di Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor baru-baru ini mengakui, dia memang membuka tudung ketika berlakon baru-baru ini demi memenuhi kehendak produksi itu.

Ujar ibu anak dua ini, niatnya hanyalah untuk mencari rezeki kerana punca rezekinya dari dunia lakonan.

“Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar, saya sebagai Anne Ngasri memang sudah bertudung.

“Tetapi apabila berlakon, ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.

“Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau ‘buka’ sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi.

“Saya tahu ia merupakan isu sensitif dan banyak pendapat dalam Islam mengenai hal ini tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat ini benda yang betul, saya rasa okey,” ujar isteri kepada Abdul Wafi Hassan ini lagi.

Anne pada masa yang sama menyedari pasti ada yang keliru dengan penampilan dan keputusannya itu.

Namun begitu, dia menegaskan, sebagai wanita Islam dia sudah membuat keputusan untuk menutup auratnya.

Mendapat sokongan penuh daripada seluruh ahli keluarga, Anne berkata, keputusannya untuk berhijab bukanlah atas paksaan sesiapa tetapi atas kesedaran diri sendiri.

Sumber: Utusan Malaysia 11/1/2010

Agama Digadai Semata-mata Watak Filem

Ini bukanlah suatu isu yang baru dalam dunia artis yang sering memberi seribu macam alasan untuk mengamalkan syariat Islam secara benar dan istiqamah (berterusan). Dahulu, industri tanah air juga pernah dihangatkan dengan penampilan baru oleh diva no.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, yang memakai khimar (kerudung), setelah dia baru sahaja pulang daripada menunaikan Umrah. Namun, apa yang menyedihkan adalah tatkala rancangan Melodi (ketika itu), menemuramah dan bertanyakan tentang perihal penampilan barunya, maka penyanyi popular itu menjawab bahawa dia akan memakai khimar mengikut keadaan, dan belum bersedia untuk memakai sepenuhnya (baca: berterusan)

Gejala Matlamat Menghalalkan Cara Sudah Menjadi Tabiat Yang Mendarah Daging Di Dalam Kancah Kehidupan Masyarakats

Gejala matlamat menghalalkan cara ini, bukan hanya berlaku pada golongan artis sahaja. Malah simptom negatif ini semakin hari semakin menular ke dalam kehidupan manusia, khususnya ke dalam kehidupan masyarakat Islam. Sepintas lalu, kita dapat lihat, bagaimana para penguasa kaum Muslimin, sering menggunakan seribu macam dalih untuk tidak menerapkan sistem Islam di dalam kehidupan. Kalau ada pun yang diterapkan, ia hanyalah secebis-secebis yang diterapkan mengikut selera mereka dan ulamak su’ yang diupah oleh para penguasa tersebut. Lihatlah bagaimana hukum Islam yang kononnya diterapkan, tetapi malah jauh menyimpang dari ajaran Islam itu sendiri. Misalnya seperti hukuman sebat yang sepatutnya dilakukan sebanyak 40 / 80 kali sebatan di dalam hukum hudud, tetapi di dalam sistem sekular perlembagaan Malaysia, ia hanya dilaksanakan dengan 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5000 sahaja, dan itu pun sehingga kini masih tidak dapat dilaksakan dan dipandang sinis oleh ramai pihak, khususnya bagi mereka-mereka yang tidak memahami ajaran Islam secara kaffah.

Di peringkat yang lebih global, kita dapat melihat bagaimana individu-idividu dan jemaah-jemaah Islam sanggup menggadaikan ajaran Islam, yang kononnya demi untuk mempertahankan Islam. Lihat saja, bagaimana Demokrasi sehingga ke hari ini masih diperjuangkan, bahkan dijaja di sana sini, dengan motif agar mereka dapat meraih undi, dan seterusnya dapat duduk di medan mencipta undang-undang ciptaan akal-akal manusia (parlimen), yang di atasnya mereka meletakkan perlembagaan kufur sebagai yang paling mulia. Jadi, seharusnya semua pihak, tidak kira samaada individu, jemaah, ulamak dan seterusnya para penguasa, perlu memainkan peranan dalam usaha untuk menyingkirkan pemahaman-pemahaman yang rosak, terutama pemahaman Machavelli ini, iaitu ”Matlamat Menghalalkan Cara”. Sebenarnya, bukan setakat artis sahaja yang perlu berubah, malah sistem yang diterapkan saat ini perlu dirubah, daripada sistem Kapitalis kepada Sistem Islam. Dan sistem Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk berkompromi dengan kebathilan dalam apa jua keadaan sekali pun.
Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: