Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kecantikan Palsu Yang Sementara

Posted by thinker on 20/01/2010

Kecantikan yang palsu

Wanita-wanita di Venezuela sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata ingin mengubah bentuk payu dara supaya kelihatan lebih menawan.

PENCAPAIAN Venezuela yang sering memenangi mahkota Miss Universe bukanlah satu-satunya aspek yang menjadi lambang kebanggaan negara itu berhubung kecantikan wanita Latin. Malah, mereka juga mempunyai pilihan yang meluas terhadap pembedahan plastik.

Pembedahan mencantikkan tubuh badan menjadi perkara biasa di negara-negara Amerika Selatan. Sehinggakan ia muncul sebagai destinasi kegemaran rakyat asing untuk mendapatkan ‘penampilan baru’ pada harga yang lebih murah.

“Ada wanita yang datang dari Colombia, Amerika Syarikat (AS), Ecuador dan kepulauan Caribbean. Mereka menjalani pembedahan, kemudian menghabiskan beberapa hari untuk melancong,” kata ketua sebuah syarikat subsiadiari silikon implan payu dara, Rosi Oyon.

Menafikan bahawa kecantikan mereka adalah semulajadi dan menjadi satu kemestian bagi pertandingan ratu cantik dunia, pakar bedah kosmetik tidak ragu-ragu lagi bahawa Fernandez mendapatkan sedikit bantuan.

Pembedahan implan

Peralihan mahkota Miss Universe daripada peserta Venezuela kepada pemenang gelaran sama pada tahun 2008, Dayana Mendoza dan terbaru, Stefania Fernandez, meletakkan sektor itu ke satu tahap baru.

Ia merupakan kali keenam penganugerahan mahkota Miss Universe kepada Venezuela dalam tempoh 59 tahun penganjuran pertandingan ratu cantik itu. Malah, negara itu pernah memenanginya sebanyak dua kali berturut-turut.

Kemenangan tersebut telah meletakkan Venezuela hanya satu tempat di belakang AS dalam sejarah kemenangan Miss Universe.

Sedangkan Venezuela hanya mempunyai populasi seramai 25 juta penduduk. Kurang satu persepuluh daripada populasi AS yang berjumlah 300 juta orang.

Pakar Pembedahan Plastik, Daniel Slobodianik menjelaskan kecantikan adalah segala-galanya. Namun kecantikan semula jadi pula merupakan tiket untuk bergelar ratu dunia.

Bagaimanapun untuk pembedahan plastik, Fernandez tiada keraguan melakukannya.

“Saya tidak melakukan pembedahan terhadap dirinya. Tetapi saya yakin dia telah membuat sesuatu. Mereka semua ada melakukannya,” kata Daniel yang banyak membantu golongan selebriti Venezuela untuk kelihatan cantik ketika memakai bikini.

Seorang penduduk Caracas, Vanessa Brito, 27, yang telah melakukan implan menegangkan payu dara lima tahun lalu berpendapat, pembedahan adalah perkara biasa dalam kalangan wanita di Venezuela untuk meneruskan hidup.

“Saya fikir wujud tekanan berbentuk sosial di Venezuela. Kecantikan yang ideal boleh dilihat pada peserta-peserta seperti Miss Universe. Justeru, semua orang mahu kelihatan cantik,” jelasnya.

Seorang pelajar berusia 19 tahun, Laura Gonzalez, pernah melakukan pembedahan pada bahagian hidung dan pembesaran buah dada empat tahun lalu.

“Perkara ini di luar pertandingan ratu cantik. Wanita Venezuela memang gemar untuk kelihatan anggun. Kami begitu menyukai rambut yang didandan dan melaram dengan pakaian.

“Seorang wanita amat perlu berasa selesa terhadap diri sendiri dan itu yang membuatkan saya terpengaruh,” katanya.

PEMBEDAHAN payu dara amat popular di Venezuela dengan anggaran seramai 30,000 orang wanita menjalaninya pada setiap tahun.

Sumber: Kosmo Online 18/01/2010

Idea Sekularisme Meletakkan Wanita Di Peringkat Yang Hina

Dalam Ideologi Kapitalis, wanita sememangnya menjadi ikon perdagangan yang sangat menguntungkan. Malah, bisnes dan produk yang berkaitan tentang wanita sangat banyak dihasilkan di seluruh dunia. Mereka dipandang sebagai makhluk seksual yang dapat menghasilkan keuntungan sekaligus pemuas nafsu kepada lelaki sahaja. Ia berbeza dengan agama Islam yang menganggap manusia sebagai hamba Allah yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan berdasarkan al-Kitab dan as-Sunnah. Kebahagian dalam perspektif kapitalis sangat bertolak belakang dengan Islam, yang mana dengan meraih sebanyak-banyaknya maslahat material akan menjadikan mereka bahagia. Jadi, tidak hairanlah jika majoriti wanita di negara-negara Barat beranggapan bahawa kecantikan adalah segala-galanya yang wajib dikejar dan dimiliki, walau dengan cara apa sekali pun. Ini kerana, ukuran perbuatan mereka tidak disandarkan ukuran (standard) yang benar yang datang dari Zat yang Maha Benar, iaitu Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam. Ia berbeza dengan kebahagian menurut Islam, yang menganggap bahawa keredhaan Allah sahajalah yang mampu mendatangkan kebahagiaan.

Islam jelas mengharamkan perbuatan mengubah-ubah bentuk kejadian manusia seperti melakukan pembedahan implan pada hidung, dada, dahi dan sebagainya atas dasar tujuan kecantikan. Selama ini, Ideologi Kapitalis telah meletakkan wanita di dalam kesengsaraan dan menghinakan. Sudah saatnya seluruh dunia, khususnya masyarakat barat sedar akan hal ini, dan mengambil Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan kehidupan mereka. Agama Islam akan memandang pada nilai ketakwaan dan bukan pada kecantikan atau rupa paras seseorang. Dan ketakwaan itulah yang akan menjadi penentu di akhirat kelak. Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: