Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Patriotisme Adalah Penyakit Yang Perlu Dijauhi

Posted by thinker on 13/03/2010

PLKN berjaya tingkat nilai patriotisme remaja

KUALA LUMPUR 10 Mac – Penyertaan remaja di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah berjaya meningkatkan semangat patriotisme di kalangan mereka sehingga mencapai tahap 85 peratus.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, nilai patriotik yang dipupuk melalui empat teras modul PLKN itu meningkat saban tahun dan kini semakin memuaskan.

“Peningkatan nilai patriotisme tersebut turut disumbangkan oleh program tambahan seperti pertandingan penghayatan patriotisme yang dianjurkan dengan kerjasama RTM,” katanya selepas menyaksikan pertandingan penghayatan patriotisme pelatih PLKN kumpulan 1 siri 7/2010 di Angkasapuri di sini malam ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Abdul Hadi memberitahu, kajian mengenai keberkesanan empat modul latihan program PLKN sedia ada telah siap dijalankan dan akan dibentangkan kepada Menteri Pertahanan hujung bulan ini.

Beliau menambah, jika perlu, hasil kajian tersebut juga akan dibawa kepada jemaah menteri.

Sementara itu, pelatih dari Zon D yang diwakili peserta Melaka dan Negeri Sembilan muncul juara pertandingan penghayatan patriotisme malam ini.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Tempat kedua pula disandang oleh pelatih dari zon A yang mewakili Kedah dan Perlis, sekali gus membawa pulang RM2,000.

Sumber: Utusan Malaysia 11/03/2010

Patriotisme Adalah Penyakit Yang Perlu Dijauhi

“Barangsiapa yang menyeru kepada ashobiyah (nasionalisme/tribalisme) atau yang berperang deminya, atau mati kerananya, maka ia tidak termasuk golongan kami.” [Abu Dawud]

Sangat menyedihkan, apabila umat islam kini sibuk melaung-laungkan seruan yang dimurkai oleh Allah dan RasulNya, iaitu patriotisme/ashobiyah. Bahkan, mereka menyediakan hadiah yang lumayan bagi para peserta yang menghayati erti dan makna patriotisme. Tidakkah mereka sedar bahawasanya fahaman patriotisme inilah yang menjadi salah satu penyebab kehancuran Daulah Turki Usmaniyah dahulu. Pihak kuffar barat, khususnya British tatkala itu sedar bahawa umat islam tidak dapat dikalahkan dengan bentuk fizikal. Lalu, mereka merancang dengan sangat mendalam dan licik dengan membawa fahaman rasis ini. Laungan dan slogan yang tidak pernah dikenal sebelum itu seperti, “Bangsa Arab adalah yang paling mulia berbanding bangsa yang lain”, “Kemuliaan hanya untuk bangsa Turki”, dan begitulah seterusnya.

Keharaman menyerukannya juga jelas dinyatakan dalam hadis Nabi SAW;

“Aku perintahkan kamu lima perkara : Mengikuti jama’ah, mendengar, taat, hijrah dan berjihad di jalan Allah dan sesungguhnya orang yang keluar dari jama’ah sekadar sejengkal maka sesungguhnya ia telah menarik tali Islam dari lehernya melainkan ia kembali semula kepada jama’ah. Barangsiapa yang mengajak kepada di’ayah (seruan) jahiliyyah maka sesungguhnya dia adalah sebahagian dari timbunan sampah sarap Jahannam walaupun dia berpuasa, bersolat dan ia menyangka sebagai seorang Islam” [HR Ahmad dan Tirmidzi]

Sehingga kini, fikrah yang penuh dengan kebusukan ini terus dijaja tanpa segan silu oleh umat Islam itu sendiri. Walhal, perbuatan itu adalah jelas merupakan perkara maksiat di sisi syarak. Marilah kita kembali kepada pemahaman Islam yang murni, yang mengikat manusia hanya berdasarkan akidah dan keimanannya, dan bukan yang lain.  Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: