Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Sangat Susah Untuk Menutup Tempat Maksiat Di Dalam Negara Kapitalis

Posted by thinker on 14/03/2010

DBKL tiada kuasa bertindak

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja tidak memiliki kuasa untuk menutup premis menjual gajet seks dan ubatan berkaitan malah ia turut dikecualikan daripada dikenakan lesen sejak penghujung tahun lalu.

Ini kerana di bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan 1986, kondom beraneka bentuk dan rasa, pelincir, alat merangsang seks, pakaian dalam dan sebagainya dianggap sama seperti cenderamata biasa misalnya cawan, tali leher, pen dan jam tangan.

Justeru Pengurus Komunikasi Korporat DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, aktiviti menjual ‘cenderamata’ sedemikian dianggap tidak mendatangkan kacau-ganggu atau aktiviti yang tidak berisiko.

Sumber: Kosmo Online 13/03/2010

Masalah Kecil Pun Tidak Dapat Diatasi Oleh Sistem Kapitalis, Apatahlagi yang…

Beginilah keadaan yang berlaku tatkala peraturan yang digunapakai di dalam kehidupan adalah yang lahir daripada akal-akal manusia, sehingga kanun-kanun perundangan yang diterapkan adalah bersifat lemah dan terbatas. Situasi di atas merupakan sekelumit daripada kepayahan untuk melakukan pembanterasan tempat-tempat maksiat yang wujud di dalam Negara yang menerapkan Sistem Kapitalis. Dari sini, ada 3 perkara yang perlu diperhatikan di dalam kes ini:

Pertama, Sistem Kapitalis sangat lemah dalam menjaga akidah dan syariat Islam.

Kedua, Sistem Kapitalis bukan sahaja tidak mampu untuk menutup kedai-kedai seks yang menjadi mangkin terhadap gejala seks bebas, bahkan Sistem Kapitalis juga tidak mampu dan tidak pernah berusaha untuk menutup kilang arak, tempat perjudian yang secara langsung mendapat lesen daripada kerajaan. Ini belum lihat lagi bagaimana tempat-tempat pelacuran yang tumbuh bagaikan cendawan, sebagaimana yang telah didedahkan oleh akhbar-akhbar tempatan sebelum ini.

Ketiga, Sistem Kapitalis bukan sahaja akan menjahanamkan umat Islam, bahkan akan merosakkan umat manusia sejagat. Ini kerana, sistem Kapitalis adalah Sistem yang sangat lemah dan bukan berasal daripada al-Khaliq yang maha Mengetahui.

Oleh kerana sistem Kapitalis menjadikan manfaat sebagai tolok ukur bagi setiap tindakannya, maka tidak hairanlah jika wujud pusat-pusat perjudian, pelacuran, kilang-kilang arak yang tumbuh bagaikan cendawan, dan sukar untuk dibendung dan dilupuskan.

Di dalam Daulah Khilafah, tempat-tempat maksiat sebegini tidak akan pernah wujud, dan tidak akan dibiarkan untuk wujud, kerana Sistem Khilafah adalah sistem yang lahir daripada wahyu ilahi yang berasal daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sahaja umat Islam yang akan merasakan ketenteramannya, bahkan seluruh alam termasuk tumbuh-tumbuhan akan merasakannya. Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: