Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Wang Ihsan Bukanlah Penyelesaian Islam

Posted by thinker on 18/03/2010

Siapa layak terima wang ihsan?

MACHANG 17 Mac – Ibu bapa murid sekolah rendah dan menengah di Kelantan yang berpendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 layak menerima pengagihan wang ihsan yang akan dibahagikan mulai awal April depan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Makhtar Mustapha berkata selain itu ibubapa yang sudah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga boleh dipertimbangkan.

“Mereka mungkin akan menerima dua kali bantuan dalam setahun bagi meringankan beban saraan anak sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Kerajaan pusat meluluskan peruntukan lebih RM20 juta wang ehsan kepada Kelantan hasil perolehan gerudi minyak oleh Petronas di luar perairan Kelantan.

Sumber: Utusan Malaysia 18/03/2010

Hebat, setelah rakyat sering ditipu dan ‘digula-gulakan’ dengan istilah subsidi, wang royalty dan bermacam-macam lagi. Kini, wang ihsan menjadi taruhan kerajaan persekutuan (BN) untuk menarik perhatian rakyat, khususnya di Kelantan agar kembali memandang mulia mereka kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada negeri Kelantan.

Jika kita lihat kepada faktanya, peruntukan sebanyak RM20 juta tersebut bukanlah yang lahir dari sifat keperihatinan pihak kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan, melainkan kerana Petronas telah memperoleh hasil gerudi minyak di luar perairan Kelantan. Bagaimana jika di perairan Kelantan tidak terdapat minyak? Adakah kerajaan pusat akan meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta tersebut? Itu adalah satu dua persoalan yang timbul. Di sisi Islam, minyak adalah jelas merupakan hak rakyat keseluruhannya untuk diagihkan secara makruf oleh Negara kepada rakyat. Di samping itu, Negara juga wajib melakukan kemakrufan yang telah ditetapkan oleh syarak secara menyeluruh, dan tidak hanya terfokus di negeri-negeri yang mempunyai minyak sahaja, bahkan kepada keseluruhan negeri termasuklah kepada negeri-negeri yang tidak mempunyai sebarang hasil kekayaan bumi. Ini kerana, Negara Islam (Daulah Khilafah) adalah merupakan Negara Kesatuan, iaitu kesemua negeri-negeri di dalam Daulah adalah sama. Penerapan keadilannya sama, Pemerintahnya sama (Khalifah), dan kebajikan yang dirasai juga sama. Ini kerana sistem yang diterapkan adalah sama, iaitu Sistem Islam, dan bukan Sistem Sekular. Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: