Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Justifikasi Seorang Artis Untuk Menghalalkan Yang Mungkar

Posted by thinker on 04/05/2010

‘Bukan niat saya nak seksi’

BABAK Haliza Misbun tampil seksi dengan gaun mendedahkan sebahagian besar payudaranya dalam filem Andartu Terlampau…21 hari Mencari Suami!, bakal mencetuskan kontroversi. Apakah Haliza yang juga penerbit filem ini sengaja paparkan babak itu untuk melariskan filem itu?

Maklumlah, ini filem sulung terbitan syarikatnya, BIG Productions Sdn Bhd dan mengeluarkan bajet yang besar, RM1.2 juta, sudah tentu mengharapkan pulangan lumayan apabila ditayangkan di pawagam pada 20 Mei nanti. Namun, Haliza menafikan perkara itu. Katanya, tiada niat untuk tampil seksi seperti itu sebaliknya ada alasan sendiri. “Sebenarnya, saya tidak dapat gambaran ketika penggambaran babak itu. Saya tidak tahu jurukamera akan shoot dari atas. Seandainya, babak itu orang kata saya seksi, terus terang, saya memang tidak sengaja melakukannya. Lembaga Penapis Filem (LPF) juga meluluskan filem ini tanpa sebarang potongan,” katanya ketika ditemui selepas pratonton filem ini, baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro 01/05/10

Ukuran Seksi Bukan Bergantung Pada Niat, Tetapi Syariat Islam

Lucu mendengar dan membaca kata-kata manusia yang bergelar artis. Ketika mana mereka seksi dan tidak menutup aurat, banyak sungguh dalih dan justifikasi yang digunakan untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan. Bagi mereka, matlamat akan menghalalkan segala cara yang mereka lakukan. Tidak kira samaada ianya bertentangan dengan syariat Islam atau tidak. Jadi, tidak hairanlah jika Haliza Misbun sendiri berdolak dalik yang menjadikan “niat” sebagai justifikasi menghalalkan tindakannya yang mendedahkan sebahagian besar auratnya sebagai seorang muslimah. Kononnya, bukanlah niat dia untuk menunjukkan sebahagian besar aurat, tetapi ia (adegan tersebut) memang perlu untuk menggambarkan maksud yang ingin disampaikan di dalam filem tersebut.

Mengapa Lembaga Penapis Filem (LPF) meluluskan filem ini?

Sejak bila LPF menjadi badan yang akan menapis filem-filem di Malaysia berdasarkan kriteria-kriteria yang digariskan oleh syariat Islam? Pada hakikatnya, LPF telah meluluskan banyak filem-filem yang tidak sejajar dengan syariat Islam. Jadi tidak hairanlah jika LPF juga meluluskan filem yang dilakonkan oleh Haliza Misbun kali ini. Situasi seperti ini, tidaklah menghairankan, kerana umat Islam sekarang sudah dipengaruhi oleh pemahaman yang liberal dan berfahaman sekular. Sistem pemerintahan yang diterapkan pula berideologikan Sistem Kapitalis yang membenarkan kemaksiatan berlaku dan tidak mencegahnya. Artis-oh artis… bilakah kalian akan insaf dan bertaubat di atas apa yang kalian lakukan. Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: