Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Enggan Tergesa-gesa Melaksanakan Syariat Akan Mengudang Murka Allah

Posted by thinker on 31/05/2010

Enggan tergesa-gesa

PADA majlis resepsi perkahwinannya 28 Mac lalu, Datin Paduka Umie Aida mengumumkan bahawa dia sudah bersedia untuk melakukan perubahan. Transformasi yang dimaksudkan adalah penampilan diri dengan memakai tudung secara perlahan-lahan selepas menempuh alam perkahwinan.

Bagi seorang selebriti seperti Umie, keputusan itu mungkin bukan senang. Namun, itu fasa hidup pilihannya selepas sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, pada 14 Mac lalu di Mekah.

Umie bagaimanapun menyatakan niat bertudung itu tidak akan dilakukan secara mendadak. Semua itu akan dilakukan secara bertatih.

Maka, apabila pelakon berusia 37 tahun itu muncul dengan berselendang pada majlis pelancaran kempen Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia pada 8 April lalu, ramai yakin dia sudah melakukan anjakan paradigma.

Cuma, penampilan tanpa selendang pada majlis mengumumkan dia sebagai duta terbaru kepada syarikat pelangsing, Marie France Bodyline, baru-baru ini mengundang pertanyaan ramai. Adakah aktres itu sudah bersedia untuk bertudung atau hanya pada acara tertentu sahaja?

“Memang saya sudah mahu melangkah ke arah itu. Itu niat saya dan disokong oleh suami saya. Setiap manusia ada niat dan ini adalah antara saya dan Tuhan. Lagipun saya mahu melakukan selangkah demi selangkah.

“Seperti yang dikatakan sebelum ini, saya tidak boleh tergesa-gesa memakai tudung kerana terikat dengan komitmen kerja. Menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap Marie France Bodyline ini adalah salah satu daripadanya,” terang Umie.

Sumber:Berita Malaysia online 23/5/2010

Seorang Muslimat Wajib Bersegera melaksanakan Syariat Allah SWT Tanpa Sebarang Alasan

Diriwayatkan dari Shofiyah binti Syaibah ra berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayatNya melebihi wanita-wanita Anshar. Ketika turun kepada mereka ayat:

“Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya.” (TMQ An-Nur[24]: 31).

Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorang pun di antara wanita itu melainkan segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala dan wajahnya, kerana yakin dan percaya kepada apa yang diturunkan oleh Allah di dalam kitabNya.

Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.

Begitulah sikap yang seharusnya dicontohi oleh kita sebagai seorang yang beriman dalam melaksanakan segala perintah yang datangnya dari Al-Khaliq. Bukannya menunda-nuda atau berpaling daripada melaksanakannya.

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab: “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan”. (TMQ An-Nur[24]: 51-52).

Ingatlah peristiwa bagaimana Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit, dan  baginda diperlihatkan kebesaran Allah SWT, yang salah satunya berkenaan wanita yang suka mendedahkan auratnya kepada khalayak ramai.

Rasulullah SAW melihat para wanita yang mereka itu diikat dengan payu daranya sendiri. Aku bertanya: “Mereka siapa itu wahai Jibril? Jibril menjawab: “Mereka adalah para wanita yang suka menampakkan auratnya kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya.” (Sirah Nabawiyyah, Prof. Dr Rawwas Qol’ahji)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: