Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, Tetapi Penguasa Sedang Rakus Berkuasa

Posted by thinker on 16/08/2010

Rakyat diminta bijak berbelanja

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menasihatkan rakyat berbelanja dengan bijak sepanjang Ramadan ini dan tidak melampaui kemampuan.

Perdana Menteri berkata, dengan tidak boros berbelanja akan dapat mengelakkan daripada menyusahkan diri sendiri pada bulan yang lain.

Beliau yang meluangkan kira-kira setengah jam bagi melawat dan beramah mesra dengan pengunjung serta bertanya khabar kepada peniaga di Bazar Ramadan Presint 2 di sini, berkata orang ramai juga harus mengelak daripada membeli melebihi keperluan.

“Yalah, apabila kita berbuka (puasa), semua (yang) kita pandang kita rasa hendak (beli). Jadi, itu mungkin menyebabkan kita beli lebih daripada keperluan.

“Justeru, lebih baik kalau kita beli secara berhemah dan berpada-pada supaya apa juga pendapatan kita itu boleh menampung segala keperluan kita dalam bulan Ramadan dan pada bulan-bulan lain,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatannya kira-kira jam 6.40 petang, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia 17/08/10

Rakyat Diminta Bijak Berbelanja, Tetapi Penguasa Sedang Rakus Berkuasa

Inilah kata-kata ‘bijak’ pemimpin di Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Apabila tibanya musim perayaan, maka seringkali rakyat akan berkali-kali dinasihati agar bijak berbelanja. Kedengarannya agak baik, dan intinya juga baik. Mereka berharap agar rakyat tidak berbelanja secara boros dan membabi buta, mungkin itulah objektif saran tersebut.

Di sebalik nasihat yang baik tersebut kepada rakyat, pernahkah terlintas di dalam benak fikiran kita (sebagai rakyat), bagaimanakah para pemimpin (penguasa) selama ini membelanjakan harta kekayaan Negara? Adakah mereka boleh diklasifikasikan sebagai manusia yang bijak atau sebaliknya tatkala membuat sesuatu keputusan dalam menentukan hala tuju ekonomi Negara yang sedang mereka terajui? Lebih tepat lagi (sebagai seorang muslim), adakah mereka membelanjakan harta dan amanah Allah SWT di muka bumi ini berdasarkan apa yang diperintah dan ditegah olehNya?

Realiti yang ada di hadapan kita dapat memberikan jawapan yang sesungguhnya bahawa saban hari yang kaya semakin kaya, manakala yang miskin semakin miskin di seluruh dunia khususnya di Malaysia apabila diterapkannya sistem kapitalisma yang pincang ini. Kita dapat lihat misalnya, tatkala harga minyak dinaikkan oleh kerajaan, rakyat diminta untuk memahami pengorbanan Negara yang telah memberikan subsidi dalam satu tempoh yang lama, walhal minyak itu sendiri adalah hak milik takyat yang sedang mereka niagakan dengan mengaut banyak keuntungan. Ketika harga gula dinaikkan, dan gula entah hilang ke mana, ketika itulah keluar kenyataan daripada pak-pak Menteri agar rakyat diminta untuk bijak menggunakan gula dan tidak membazir! Itulah yang berlaku berulang-ulang, jika ada kenaikan harga dan penarikan subsidi oleh kerajaan, maka hal yang sama jugalah keluar daripada mulut-mulut pemimpin yang ‘bijak pandai’ ini di Malaysia! Mereka seakan-akan hendak mengatakan bahawa rakyat di Malaysia bodoh dalam berbelanja, sehingga perlu diingatkan berkali-kali tentang penjimatan dan pengurangan kadar konsumsi setiap barang yang sedang meningkat naik harganya. Mungkin jika kelak berlaku kenaikan kadar bayaran bagi tandas-tandas awam di Malaysia sehingga mencecah RM2, maka ketika itu jugalah para menteri yang alim lagi bijaksana ini akan meminta agar rakyat tidak kerap keluar rumah, dan menggunakan tandas peribadi di rumah.

Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: