Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Mitos-mitos Pernikahan

Posted by thinker on 24/08/2010

Kata orang, dunia ini dah hampir nak kiamat. Alasan mereka berbagai-bagai. Ada yang kata… masa berjalan dengan begitu pantas, sampai hari Hari Jumaat yang lepas, seakan baru semalam, dan sekarang dah pergi solat Jumaat lagi (macam ayat orang  yang malas nak pergi solat Jumaat je). Ada pula yang kata sebab lapisan ozon dah semakin nipis, lalu suhu pula semakin meningkat. Ni macam kata-kata mitos Pak-pak Menteri Kerajaan Malaysia, yang sering ditipu oleh fakta-fakta (baca: khayalan-khayalan) saintis Barat.

Sejenak saya berfikir, jika dahulu saya rajin menulis dan berceloteh di dalam blog ini… tapi lain pula ceritanya sekarang. Saya terpaksa (bukan kena paksa) mengagih-agihkan masa saya dengan cermat. Ini kerana… saya tidak bujang lagi!

Target Menikah

Saya pernah mempunyai target, bahawa saya akan menikah pada ketika umur saya 30 tahun. Bukan kerana saya mahu lewat untuk menikah, atau sengaja suka-suka ‘mentarget’. Ibarat membidik burung di atas pokok dengan senapang. Akan tetapi, kerana di dalam benak saya bermain-main satu perkara, iaitu sukarnya mencari pasangan yang tidak memberatkan mahar dan mas kahwin. Jangankan mahar yang berharga RM22,222.22, mas kahwin yang 4 angka pun masih terpinga-pinga untuk ‘dicari’. Banyak komitmen lho. Bukan boros-borosan! Bil air, elektrik, internet, sewa rumah dan bla.. bla… bla… apatahlagi hidup di KL. No Money No Everything!

Kais pagi makan sahur, kais petang makan iftar. Begitulah gambarannya.

Tapi, target dan anggapan saya kini meleset. Kerana saya telah menikah ‘seawal’ umur 25 tahun.

Calon Isteri Sudah Ada

Sebelum saya menikah, saya pernah mempunyai seorang calon. Orangnya baik. Bahkan kedua orang tua saya berkenan dengannya. Ketika itu saya masih baru dalam suatu kerjaya. Baru lepas SPM lah katakan. Walau kerjaya tidaklah hebat, saya bertekad dan menanam niat untuk memperisterikannya. Dan sebelum itu, saya akan sentiasa menjaga batas-batas sebagai seorang muslim. Tapi, apakan daya… masa berjalan begitu pantas. Dipendekkan cerita, tanpa pengetahuan saya, fulanah telah dipinang oleh lelaki sebanyak 3-4 kali. Namun, ditolak oleh fulanah kerana menunggu saya. Dek kerana saya terlalu lama sangat masuk meminang… jadilah fulanah isteri kepada orang lain akhirnya.

Manusia hanya mampu tawakkal, berdoa dan ikhtiyar… tapi Allah yang menentukan!

Couple Bukan Syarat Untuk Menikah!

Beberapa minggu setelah menikah, saya berborak dengan kawan akrab saya semenjak dari kecil. Lama betul tak berjumpa dengannya. Entah apa yang dimimpikannya tadi malam, sehingga sudi nak berjumpa, berbanding dengan sebelum ni. Berat sungguh nak diajak keluar rumah. Anak mak!

Setelah sekian lama berborak, rupa-rupanya dia cuma nak bertanya pada saya… bagaimana saya boleh mendapat calon isteri dan seterusnya berkahwin. Padahal dalam pengetahuan dia, saya ni tidak ada kawan perempuan (maksudnya tidak banyak bergaul dengan perempuan). Tidak berdating dan bercouple. Bahkan, saya ni jenis pemalu dengan lawan jenis. Saya katakan padanya.. Nabi tak pernah kata bahawa syarat untuk menikah itu wajib dengan couple dan dating… tetapi cukup melakukan segala perintah dan meninggalkan laranganNya. Full Stop!

Wanita Solehah

Masih teman yang sama, dengan soalan yang berbeza. Penat melayannya. Kali ini dia bertanyakan kepada saya, bagaimanakah saya dapat menemukan calon yang kini saya jadikannya sebagai isteri. Yang mana, karektornya boleh diklasifikasikan sebagai wanita solehah (InsyaAllah).

Tanpa fikir panjang, saya tanyakan semula kepada… jika kita hendak beli KFC, kita harus ke mana? Serta merta dijawabnya “KFC”. Kalau McD? Kedai McD-lah! Kali ini dijawap dengan nada yang agak tinggi, seolah-olah pertanyaan saya tadi adalah untuk mempermainkannya.

Saya sengaja membiarkan dahinya berkedut dan berfikir seketika. Lalu saya menyambung… begitulah caranya untuk kita mencari wanita solehah. Mestilah cari di tempat yang betul. Mana mungkin WS sedang melepak di kaki-lima, atau sedang menghabiskan masanya hanya dengan bersiar-siar di Shopping Complex. Tentulah WS berada di tempat-tempat yang menjadikan dirinya figur wanita yang senantiasa menjaga dirinya daripada segala macam fitnah. Carilah WS di masjid-masjid, pusat-pusat pengajian atau paling tidak… WS sedang membantu ibunya memasak di rumah. Kalau tak percaya, pergi cek sendiri!

Jangan sampai cari WS di kedai mamak sudah le… !

Bersambung…

2 Responses to “Mitos-mitos Pernikahan”

  1. imranfirefly said

    bagus

  2. mawar said

    xbest, sbb bersambung….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: