Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kewajipan Bertudung Ibarat Permainan Oleh Si Artis

Posted by thinker on 02/09/2010

Ada keinginan bertudung

Lewat kebelakangan ini, Fasha terbiasa muncul di skrin televisyen dengan mengenakan tudung. Ironinya, dia sudah melakonkan hampir 10 watak wanita bertudung. Terbaru, drama 28 episod garapan Feroz Khan mengangkat judul Chinta, juga menampilkan Fasha dengan imej sama.

“Terus terang, saya lebih selesa bertudung dalam drama. Cuma, saya belum bersedia untuk mengenakan tudung buat masa ini. Insya-Allah, kalau sudah sampai waktunya melakukan penghijrahan, saya akan pakai tudung sepenuhnya ibarat wanita Muslimah lain tanpa nampak lagi rambut.

“Sebenarnya, saya pernah memikirkan soal memakai tudung sebelum ini. Cuma, saya belum berani hendak menyasarkan masa melakukan perubahan ditambah takut pakai sekarang, kemudian buka pula. Macam saya cakap tadi, jika bertudung, saya akan melakukannya bersungguh- sungguh,” spontan jawab Fasha.

Menyedut nafas seketika sebelum memulakan bicara, keinginan untuk melakukan penghijrahan mula melintas di laut fikirnya semasa menghayati watak Shaliza menerusi drama Rahsia Shaliza sekitar Julai lalu. Entah bagaimana, ia datang secara tiba-tiba tanpa dipengaruhi sesiapa.

“Sebelum ini, saya ada beberapa kali pakai tudung menghadiri majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan atau pengkebumian. Malah, sampai ada peminat terkeliru apakah saya benar-benar bertudung tatkala terserempak,” terangnya yang melihat wanita bertudung tidak ketinggalan boleh berfesyen mengikut arus semasa.

Sumber: Kosmo online 03/09/10

Kewajipan Bertudung Ibarat Permainan Oleh Si Artis

Beginilah padahnya apabila pemikiran sekularisme telah menjajah pemikiran umat. Mereka sudah tidak mengenal lagi apa yang dikatakan sebagai ‘khitob as-syar’e’ (seruan syarak) sebagai taklif hukum yang wajib mereka laksanakan dengan bersegera dan bersungguh-sungguh.

Kata-kata artis di atas bukan sahaja menunjukkan betapa rendahnya kualiti pemikiran umat pada saat ini dalam memahami hukum-hakam Islam, bahkan menunjukkan kepada kita betapa longgarnya sistem yang mengatur kehidupan pada saat ini untuk membawa umat mengamalkan syariat Islam itu secara hakiki.

Kisah seorang artis yang bernama Fasha Sandha di atas, merupakan satu babak siri yang sama tentang keengganan seorang artis yang tidak mahu bertudung dalam kehidupan sehari-hari, cuma kali ini wataknya sahaja yang berbeza. Watak ini akan bertukar dari semasa ke semasa.

Realitinya, dalam sistem sekarang tidak ada lagi takzir bagi si pembuka aurat, tidak ada lagi hudud bagi si penzina. Namun, apa yang ada hanyalah Perlembagaan Persekutuan dan Gagasan 1Malaysia yang wajib dipatuhi dan dijadikan rujukan dan sandaran. Itulah fakta yang perlu kita sedari di Malaysia khususnya.

Kalau beginilah gayanya, nescaya umat Islam pada saat ini akan terus mengalami kemunduran demi kemunduran dalam seluruh aspek. Ini kerana di dalam diri mereka sudah tertanam penyakit yang sangat kronik iaitu sekularisme. Untuk memulihkan keadaan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan diterapkannya Sistem Islam secara sempurna di dalam kehidupan. Di dalamnya, akan diterapkannya sistem pendidikan Islam, yang memberi kefahaman kepada rakyat tentang syariat Islam yang wajib mereka laksanakan dan patuhi sebagai hamba Allah di muka bumi. Di samping itu, diterapkannya pula sistem pergaulan Islam, yang akan mengatur interaksi dan pergaulan sesama manusia, khususnya di antara lelaki dengan perempuan. Di sisi lain, jika sesuatu kewajipan itu masih tidak dilaksanakan oleh seseorang individu di dalam Negara Islam, adanya hukuman takzir, hudud, qishos dan mukhalafat bagi para pelakunya. Ini akan menjamin agar kemurnian dan kesucian agama Islam dapat dijaga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: