Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kes Rogol Adalah Salah Satu Natijah Diterapkannya Sistem Sekular

Posted by thinker on 17/09/2010

Pakaian bukan punca wanita dirogol: WOA

KUALA LUMPUR: Masyarakat harus mengubah persepsi faktor pakaian menjadi punca utama kes rogol di kalangan wanita sebaliknya perlu melihat pemikiran pelaku jenayah terbabit, kata Pengurus Projek dan Tadbir, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA), Annie Varghese.

“Jika faktor pakaian dikatakan sengaja memberi peluang untuk dirogol, bagaimanakah dengan kejadian membabitkan murid sekolah beruniform lengkap ataupun warga emas? “Ibu bapa, guru dan pentadbir negara perlu memahami konteks berkenaan, sekali gus mengambil langkah sewajarnya bagi mengikis efahaman atau pandangan terbabit,” katanya ketika ditemui dalam program Malaysiaku-Festival Raikan Hari Malaysia, di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes rogol meningkat setiap tahun iaitu 3,098 kes pada 2007 berbanding 2,454 kes tahun sebelumnya dan ia semakin membimbangkan.

Selain itu, beliau berkata, wanita tidak seharusnya dibebani perasaan bersalah atas perilaku suami apabila wujudnya segelintir isteri menganggap diri adalah punca berlakunya keganasan dalam rumah tangga.

Sumber: Harian Metro 17/09/10

Kes Rogol Adalah Salah Satu Natijah Diterapkannya Sistem Sekular

Beginilah akibatnya jika akal-akal manusia yang dijadikan sebagai kata pemutus sekaligus menjadi standard hukum di dalam kehidupan. Akan ada beragam jawapan dan analisis yang diketengahkan untuk membuktikan hujah masing-masing dalam memberi jawapan bagi suatu punca permasalahan. Jika dahulu ketika isu rogol menjadi isu panas di dada-dada akhbar dan media massa tanah air, maka ketika itulah datang pelbagai komen daripada banyak pihak yang memberi faktor dan punca permasalahan dan cara-cara untuk menanganinya. Antara punca yang disabitkan dalam isu rogol ialah kurangnya pendidikan agama dan nilai-nilai moral di dalam masyarakat, ibu-bapa kurang menjaga anak-anak sehingga mereka terlalu bebas, meningkatnya budaya hedonisma dan pengaruh luar dalam sosial masyarakat Malaysia dan banyak lagi. Isu penerapan sistem sekular dan gagalnya sistem ini dalam membentuk masyarakat yang berakhlak langsung tidak disentuh sama sekali. Walhal ianya adalah faktor terbesar dalam merungkai punca permaslahan.

Solusi-solusi yang diketengahkan pula langsung tidak menyelesaikan sesuatu permasalahan hingga ke akar umbinya. Apa yang lebih melucukan ialah adanya satu pihak yang meminta agar para wanita memakai cawat besi untuk mengelakkan agar mereka dirogol. Ternyata ianya adalah penyelesaian yang sangat dangkal!

”Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. [TMQ Ar-Rum(30): 41]

Muhammad Ali Ashabuni di dalam Shafwah at-Tafasir menyatakan, bahawa yang dimaksud dengan bima kasabat ayd an-nas dalam ayat ini adalah bi sababi ma’asi an-nas wa dzunubihim (kerana kemaksiatan-kemaksiatan dan dosa-dosa manusia). Maksiat adalah setiap pelanggaran terhadap hukum Allah SWT, iaitu dengan melakukan keharaman dan meninggalkan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan bagi pelakunya akan mendapat dosa. Seharusnya ini harus difahami oleh kita semua khususnya para penguasa umat Islam saat kini, bahawa tidak diterapkannya syariat Islam secara keseluruhan akan mendatangkan pelbagai musibah dan bencana bagi umat manusia. Dan ianya tidak akan terwujud, tanpa didirikannya sebuah institusi kenegaraan iaitu Daulah Islam.

Isu rogol adalah satu masalah daripada sekian banyaknya masalah yang melanda umat Islam ketika ini. Lihatlah bagaimana statistic kadar jenayah, kecurian, rompakan, pembunuhan dan banyak lagi yang kian meningkat dari tahun ke tahun. Bahkan kes terbaru berkenaan kematian jutawan wanita Datuk Sosilawati yang memenuhi akhbar-akhbar tempatan membuka mata kita betapa masyarakat kita tidak selamat dan aman di dalam sistem secular saat ini. Sifat rakus, tamak, dengki dan cinta dunia tertanam di dalam jiwa masyarakat yang akan selalu mendatangkan kemudaratan, kecuali bagi golongan orang-orang yang mempunyai kesedaran di dalam diri yang mampu berfikir dengan nuansa keimanan dan berjuang dengan penuh ketakwaan. Semoga kita semua tergolong daripada golongan tersebut yang berjuang untuk mendirikan semula Daulah Islam yang akan memberi kesejahteraan kepada umat manusia dalam segenap aspek. Allahumman Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: