Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Syariat Islam Wajib Ditegakkan Tanpa Berkompromi Dengan Kebathilan!

Posted by thinker on 27/09/2010

Jenayah: Perundangan syariah perlu ambil tempat

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ekoran kes jenayah yang tidak berkesudahan, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa kerajaan pusat mula membincangkan secara serius perlaksanaan undang-undang syariah sebagai undang-undang alternatif di negara ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkara, kes jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh dan dibakar seakan menggambar sistem perundangan sivil yang sedia ada dilihat kurang berkesan bagi membendung aktiviti jenayah.

“Cadangan kami, iaitu perlaksanaan syariah Islam atau undang-undang jenayah syariah Islam sebagai alternatif bagi mengatasi jenayah yang semakin parah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media petang tadi di Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat dewan itu hari ini.

Bagaimanapun katanya, rakyat seharusnya telebih dahulu diberi penjelasan berhubung keadilan perundangan Islam sebelum perlaksanaan dibuat sesuai dengan semangat demokrasi di tanah air.

Tambahnya lagii, alternatif itu juga selaras dengan muafakat yang dipersetujui bersama antara PAS, DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat.

Ini kerana, kerajaan pusat sebelum ini pernah mengetepikan cadangan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu untuk melaksanakan undang-undang Syariah bagi memulihara sosial masyarakat.

Dari segi yang lain, beliau berkata, Dr. Rowan D. Wiliiams, seorang Paderi pernah mencadangkan undang-undang syariah sebagai perundangan alternatif bagi menangani kebejatan sosial di Barat.

“Kalau Barat melihat perlunya undang-undang syariah bagi mengekang gejala sosial dan jenayah yang begitu parah, kenapa tidak Malaysia yang majoritinya penduduk beragama Islam,” soalnya sambil menganggap tindakan paderi itu adalah tidak salah mengikut lunas demokrasi.

Turut menyertai kenyataan media itu, Timbalan Ketua DPPP, Azman Shafawi dan Naib Ketua, Ahmad Sabki Yusof.

Sumber: harakahdaily.net

Yang Hak Tidak Boleh Bercampur Dengan Yang Bathil

“Dan janganlah kamu campur adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 42)

Manalah mungkin syariat Islam itu dapat ditegakkan dengan cara yang bathil, iaitu dengan memperjuangkan Islam dengan lunas-lunas Demokrasi yang jelas-jelas membelakangkan Allah SWT sebagai as-Syari’ (pembuat hukum). Kalau pun suatu hari nanti syariat Islam dapat ditegakkan, tetapi para pejuangnya telah pun bergelumang dengan pelbagai kemaksiatan dan kemungkaran. Lihat saja buktinya kini, PAS yang dahulunya ingin menegakkan syariat Islam dengan slogan-slogan Islam, kini sudah mula  kendur dan sedikit demi sedikit telah berkompromi dengan kebathilan. Manakan tidak, untuk menegakkan syariat Islam (merujuk kepada petikan di atas), mereka perlu mendapat kesepakatan daripada ‘kawan-kawannya’ yang sememangnya tidak merestui akan berdirinya Islam sebagai wadah yang syumul secara bernegara. Kalau pun mereka (PKR dan DAP) setuju, ianya mungkin hanya dalam aspek-aspek  tertentu yang tidak akan merugikan kemaslahatan-kemaslahatan mereka.

Bukti-bukti kes sebelum ini dapat dijadikan fakta kepada kita bagaimana PAS sebagai sebuah Parti Politik Islam kian mencampuradukkan yang Hak dan Bathil ketika memperjuangkan Islam dalam wadah Demokrasi. Jika UMNO yang berkompromi dengan kebathilan, ia tidaklah begitu menghairankan. Ini kerana, kewujudan UMNO itu sendiri sebagai Parti yang sekular dan berasaskan Ashobiyah. Tetapi jika ini berlaku kepada PAS, amatlah menyedihkan kerana PAS merupakan parti yang diasaskan dengan semangat dan ruhiyyah Islam. Mungkin ada benarnya jika Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa PAS cuba berkompromi (dengan kebathilan) demi kuasa politik. (baca: http://www.themalaysianinsider.com)

Berkenaan seorang Paderi di barat yang menyarankan agar syariat Islam digunapakai dalam perundangan tidak boleh dijadikan sebagai batu asas bagi kita untuk menerapkan Syariat Islam. Ini kerana, saranan paderi itu bukanlah datang daripada kesedarannya tentang perintah dan larangan Allah. Manakala kita perlu melaksanakan syariat Islam kerana ia merupakan kewajipan yang wajib dilaksanakan tanpa berdolak dalih.

Kalaulah PAS sebagai Parti Politik Islam benar-benar ikhlas ingin menjadikan Syariat Islam (secara kaffah) sebagai perlembagaan di Malaysia khususnya, maka kami seru agar:

Pertama, keluar daripada perjuangan (baca: perangkap) Demokrasi yang sememangnya tidak menguntungkan dakwah dan perjuangan Islam sama sekali. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ia akan menjadikan PAS bebas daripada sikap berkompromi dengan parti kufur mahupun munafik. Kedua, menjadikan metode (tharikah) Rasulullah SAW sebagai tauladan (standard) dalam usaha untuk menegakkan Daulah Islam yang diidam-idamkan. (rujuk SN bertajuk; Metod Dakwah Hizbut tahrir). Kami yakin dan pasti bahawa kemuliaan Islam akan segera terzahir ketika kelak syariat Islam diterapkan secara kaffah di muka bumi ini. Dan ia hanya akan dapat direalisasikan jika kita mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Saw kepada kita, tanpa berkompromi dengan kebathilan. InsyaAllah dengan pertolongan Allah SWT semua itu akan dapat diraih. Allahumma Ameen.

2 Responses to “Syariat Islam Wajib Ditegakkan Tanpa Berkompromi Dengan Kebathilan!”

  1. harbas said

    bukan bercampur baur boss..cobalah terjun kedunia nyata mengapa kamu tak tegakkan sekarang juga? jika kamu lebih betul daripada yang lain.. jika apa yang mereka lakukan hanya itu yang termampu jangan disalahkan dari pada semua terbuang..sekurang kurangnya mereka telah berusaha untuk menegakkannya.. jangan hanya merasa diri lebih betul.. hizbuttahrir sendiri adalah serpihan ihwan.. mampukah kamu menundukkan semua orang yang menentang kamu untuk ikut kepada hukum kamu… mengapa tidak kamu angkat saja senjata dan bunuh mereka yang menentang kamu..

  2. Tufail said

    Apa yang saudara harbas nukilkan itu? menggunakan kaedah fikih untuk justifikasi yang salah.Kalau mengikut cara saudaralah, kaedah ini boleh juga diguna pakai untuk menghalalkan sifat sekular, iaitu saya hanya mampu mengambil Islam 50% dan selebihnya saya terpulang. Kaji dahulu mauduk penggunaan kaedah tersbut sebelum meletakkannya di sini.

    menegakkan Islam sekarang juga? memang kita mahu menegakkan Islam sekarang juga, tetapi tidak dengan method yang salah.Sebab dengan method yang salahla kita melestarikan sifat sekular tersebut.Banyak dalil boleh didapati mengenai method penerapan hukum Islam secara total, bukan juz’i bahkan bukan kompromi. Juga perlu dikaji method dakwah rasul secara jernih, bukan mengikut kesemaaan.Boleh lihat dalil bersegera melaksanakan syariah dalam kitab min muqawwimat nafsiyah islamiyah keluaran Hizbut Tahrir. Lagi satu, saya minta saudara kenali taklif hukum untuk jemaah/harakah sama ada bentuk kian tanfizi atau kian fikri sehingga tugas tathbiq al-ahkam atau menerapkan hukum Islam.

    Jangan merasa lebih betul? kenapa pula tidak boleh? jika bersandarkan nas dan hujah, maka seperti kata imam syafi’e : pendapat kami adalah benar namun ada kemungkinan salah, dan pendapat selain kami salah namun ada kemungkinan benar.
    Di dalam Al-quran menyebut: “fa in tanaza’tum fi syai in, farudduhu ilallahi warosulih ” .jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasulnya.

    HT serpihan Ikhwan? sila kaji semula, tidak perlu dengar gosip2 sahaja.
    Angkat senjata? Sah2 saudara belum terbuka untuk mengetahui manhaj dakwah dengan thariqah Rasulullah dalam mencapai kekuasaan. Sila rujuk link SN yang owner blog ini letakkan dalam artikelnya. Tidak perlu provoke HT, Ht tak ada senjata pun.=)
    Minta baca komen yg dipost oleh owner blog dengan baik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: