Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Hizbut Tahrir Malaysia Membuat Seruan Di Masjid Negara Bersempena Musim Haji 1431H

Posted by thinker on 16/11/2010

Kuala Lumpur, 12 November 2010 – Bersempena dengan musim haji yang telah tiba, sekali lagi Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan satu seruan di perkarangan Masjid Negara setelah selesai solat Jumaat, dengan disaksikan para jemaah yang hadir bersolat Jumaat pada hari itu. Seruan dibacakan oleh aktivis muda HTM, saudara Abu Imtiyaz. Beliau membicarakan tentang kemuliaan ibadah haji dan pengorbanan yang dilakukan oleh para pelakunya sebagai ibadah penyucian bagi sesiapa yang mendapat haji mabrur, jika hajinya itu dapat mempengeruhi amalnya baik ketika atau setelah ibadah haji itu selesai dilaksanakan.

Seruan tersebut juga menekankan tentang pengajaran-pengajaran yang seharusnya difahami oleh umat Islam di seluruh dunia tentang ibadah haji. Empat pengajaran yang disebutkan di dalam bacaan seruan itu ialah;

Pertama, ibadah haji mengajarkan erti pengorbanan.

Kedua, ibadah haji mengajarkan ketundukan dan ketaatan secara total kepada Allah.

Ketiga, ibadah haji mengajarkan persamaan dan persaudaraan.

Keempat, ibadah haji juga mengajarkan penyatuan kaum Muslimin di seluruh dunia.

Dari keempat-empat pengajaran tersebut, Hizbut Tahrir menyeru kepada umat Islam, khususnya kepada parti-parti politik yang sayangkan agama Islam agar bersatu meninggikan syiar Islam dengan menegakkan syariat Islam secara kaffah di muka bumi. Ini merupakan inti dan maksud yang sama tentang makna ibadah haji, iaitu segala amal yang kita lakukan hanyalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, dan bukan kerana kepentingan dan maksud yang lain. Seruan akhirnya diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Umar yang diaminkan oleh para jemaah dan para pemuda Hizbut Tahrir.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: