Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 Menyihir Jutaan Umat Manusia

Posted by thinker on 28/12/2010

Kehangatan kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 semakin mendekati kemuncaknya. Dengan kemenangan pasukan Malaysia pada peringkat pertama dengan 3 gol di Stadium Bukit Jalil lalu, sudah semestinya akan menjadikan perlawanan kedua di Jakarta hari ini (29/12/2010), satu misi penebus maruah bagi pasukan Indonesia. Media massa dan elektronik di kedua belah negara pula, tidak ketinggalan mengambil kesempatan ini untuk ‘memanas-manaskan’ lagi suasana yang sememangnya telah panas dan tegang semenjak awal lagi. Sememangnya, sejarah perlawanan di antara kedua-belah negara ini memang tidak pernah lekang daripada sebarang kontroversi dan perdebatan.

Apa yang menariknya, kejohanan ini telah berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan. Bermula daripada pimpinan atasan negara sehinggalah ke peringkat bawahan. Fikiran dan perbualan sehari-hari mereka tidak pernah kering daripada membahaskan kejohanan yang sedang berlangsung ini. Mereka sanggup berkorban harta, masa dan tenaga untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium atau hanya sekadar menontonnya di televisyen. Bahkan, ada segolongan para kiayi di Indonesia yang mengadakan acara istighosah (upacara zikir dan doa), memohon kepada Allah agar pasukan negara mereka diberi kemenangan. Tapi malang, doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. Pasukan Indonesia kalah besar kepada pasukan Malaysia ketika perlawanan pertama tempoh hari.

Realiti menunjukkan, umat Islam yang dahulunya pernah menjadi singa yang mengaum, kini menjadi kambing yang hanya mampu mengembek. Mereka sudah tidak menjadi umat ikutan, tetapi menjadi umat yang lemah dan tak berdaya kerana telah diracuni oleh pelbagai penyakit yang disuntik oleh musuh-musuh Islam ke atas mereka. Salah satu racun ini ialah Ashobiyyah.

Realiti umat Islam yang sangat menyedihkan kini, di mana umat Islam di seluruh dunia khususnya di Afghanistan, Iraq, Palestin, Selatan Thailand dan Pakistan dibunuh, harta dan tanah mereka dirampas tanpa ada pembelaan, maruah para muslimat kita dinodai dengan lancangnya seharusnya menjadi topik yang perlu difokuskan oleh kita semua. Diskusi dan telahan ilmiyah tentang bagaimana mendirikan semula Negara Khilafah perlu disemarakkan dan diperjuangkan oleh kita semua. Bukan malah sebaliknya. Kita tidak sepatutnya disibukkan dengan agenda-agenda yang melalaikan seperti kejohanan bola sepak (lahwun munazzomun) ini, yang hanya mendatangkan banyak kemudaratan dan persengkataan. Marilah kita mengorak langkah untuk menuju sebuah gagasan yang mulia, iaitu perjuangan untuk mendirikan Negara Khilafah yang akan memayungi umat manusia dengan kemuliaan dan kesejahteraan. Wahai umat Islam, bangkitlah daripada kelalaian menuju sebuah kebangkitan yang hakiki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: