Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Keruntuhan Akhlak Masyarakat Barat Semakin Parah

Posted by thinker on 28/12/2010

Pamela hampir muntah ketika aksi berbogel

RAMAI pastinya yang sudah mengetahui mengenai pelakon Pamela Anderson yang sudah berbogel banyak kali untuk majalah Playboy. Namun begitu, pelakon berkenaan mempunyai pengalaman menarik ketika mula-mula dia beraksi tanpa seurat benang untuk majalah tersebut.

Menurutnya, ketika kali pertama berbogel pada usia 22 tahun, dia hampir-hampir muntah di studio kerana merasa jijik dengan apa yang dilakukannya itu. Namun tidak beberapa lama kemudian, dia mula rasa selesa dan senang dengan pekerjaannya itu.

“Waktu itu saya rasa sangat bingung. Bila saya beritahu ibu tentang tawaran untuk berbogel dalam Playboy, dia menyuruh saya lakukan sahaja dan akhirnya saya menerima tawaran berkenaan. Tetapi sewaktu sesi fotografi, saya rasa malu dan mereka terpaksa menghabiskan banyak filem kerana banyak gambar yang tidak jadi,” ujarnya.

Namun lama-kelamaan Pamela akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut sehinggakan kini dia pula merasa ketagih untuk berbogel. Malah, ada masanya dia terpaksa diingatkan supaya berpakaian sebelum keluar dari studio.

Sumber: Kosmo Online 28/12/10

Wanita Kafir Berasa Bangga Dengan Kebejatannya!

Tatkala statistic gejala sosial yang sangat parah melanda di seluruh ceruk dunia. Masyarakat barat masih lagi belum sedar akan krisis keruntuhan akhlak yang menimpa ke atas mereka. Amerika, seperti yang kita kenal adalah merupakan negara yang sangat kuat menjunjung nilai-nilai kebebasan, semakin mencerminkan lagi kepincangan dan kebusukan Ideologi yang dijaja oleh mereka di seluruh dunia. Lihatlah betapa rendahnya nilai moral yang dipegang oleh masyarakat mereka. Masyarakat mereka tidak segan silu untuk untuk menayangkan aurat mereka di khalayak ramai. Bahkan, mereka sangat bangga akannya. Inilah salah satu bukti, bahawa Ideologi Kapitalis-Sekular membawa manusia ke lembah jahiliyyah yang penuh dengan kesesatan. Ini kerana, Ideologi yang diterapkan di dalam negara sekular akan melahirkan masyarakat yang rosak dan tidak berakhlak.

Wajarkah bagi kita sebagai Umat Islam, selama ini menerima sebarang tawaran yang dijaja oleh mereka seperti Demokrasi, Liberalisasi Ekonomi, Hak Asasi Manusia (HAM) dan isme-isme yang lainnya kepada kita? Pada hakikatnya, kita sudah mengetahui bahawa apa yang dibawa oleh mereka adalah merupakan kesesatan yang nyata dan menyimpang dari ajaran Islam yang mulia ini. Namun, masih banyak umat Islam (khususnya para penguasa), yang masih menyambut segala apa yang ditawarkan oleh musuh-musuh Islam ini dengan penuh redha. Sungguh, ia merupakan satu kehinaan dan akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Nauzubillah Min Syarri Zalik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: