Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Hukum Menutup Aurat Mudah Dipermainkan Di Dalam Sistem Sekular

Posted by thinker on 05/01/2011

Bekas model Playboy tidak lagi bertudung

JAKARTA – Pelakon filem dan model yang pernah tampil dalam majalah Playboy Jepun dan Singapura, Cynthiara Alona mengaku kembali tidak memakai tudung sejak kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelakon filem seram Indonesia, Paku Kuntilanak dan Susuk Pocong itu menjelaskan bahawa tindakannya itu tidak bererti dia akan kembali tampil lebih seksi seperti sebelum memakai tudung.

Dia hanya memakai tudung selama tujuh bulan.

“Saya ingin jadi diri sendiri dan berkarier. Jadi masih belum perlu pakai jilbab (tudung) dululah,” katanya.

Cynthiara, 25, menjelaskan bahawa dia akan berusaha untuk tidak terlibat dalam membintangi filem yang berunsurkan seks lagi.

“Aku akan cuba berhenti berlakon di dalam filem panas lagi,” katanya.

Dia sebelum ini menggegarkan Indonesia kerana beberapa gambar bogelnya tersebar di Internet. – Agensi

Sumber: Kosmo Online 04/01/2011

Daripada berita di atas, kita dapat mengambil iktibar bahawasanya syariat Islam akan menjadi bahan mainan oleh musuh-musuh islam mahu pun penganut agama Islam itu sendiri, jika sistem sekular yang diterapkan di tengah-tengah kehidupan mereka. Lihatlah bukti di atas, seorang muslimat dengan mudahnya melafazkan bahawa dia “belum perlu” untuk tidak memakai jilbab (baca: kerudung) kerana alasan kerjaya. Langsung tidak masuk akal! Adakah ianya merupakan jawapan yang bersesuaian dengan ajaran agama Islam, tatkala hukum untuk menutup aurat bagi mereka sudah terang lagi bersuluh termaktub di dalam Al-Quranul Karim? Allah SWT berfirman:

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka….” (TMQ An-Nur[24]: 31)

Allah SWT berfirman:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.”(TMQ Al-Ahzab[33]: 36) .

Sesungguhnya, jawapan yang paling tepat bagi orang-orang yang beriman, tatkala Tuhannya mewajibkan sesuatu adalah, “kami dengar dan kami patuh”. Ia sesuai dengan firman Allah SWT:

“Sesungguhnya perkataan Yang diucapkan oleh orang-orang Yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan Kami taat”: dan mereka itulah orang-orang Yang beroleh kejayaan.”(TMQ An-Nur[24]: 51)

Di dalam Daulah Islam, bagi orang-orang yang melalaikan kewajipan menutup aurat, mereka akan dikenakan hukuman takzir, setelah mereka diminta untuk melaksanakannya gagal dan tidak mahu untuk bertaubat. Di sisi lain, wanita akan diberi peranan mereka seperti yang dituntut di dalam Islam sebagai “Ummun wa Robbatul Bait” (ibu dan pengurus rumah tangga), dan bukan seperti yang dituntut dan diperjuangkan oleh golongan femnisme. Walhasil, syariat Islam diterapkan secara utuh dan syiar Islam terjaga daripada sebarang penodaan. Oleh itu, sudah tiba masanya bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia sedar akan tanggungjawab mereka untuk menerapkan semula kehidupan Islam ini dengan dibai’ahnya seorang Khalifah bagi seluruh kaum Muslimin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: