Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Seruan Pancasila, Seruan Yang Maksiat!

Posted by thinker on 03/05/2011

Megawati gesa pertahan Pancasila

JAKARTA 1 Mei – Bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri menggesa pemerintah negara ini bertindak tegas terhadap sebarang ideologi yang menolak prinsip Pancasila seperti mewujudkan Negara Islam Indonesia (NII).

Menurut beliau, selagi pemerintah Indonesia tidak mengambil tindakan konsisten melaksanakan ideologi Pancasila, ia akan membuka ruang bagi kehadiran fahaman lain.

“Kita seharusnya tegas mengenai hal ideologi. Yang kita tahu ideologi kita Pancasila dan itu sebagai konstitusi bangsa dan negara,” kata Megawati.

Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan itu turut menegaskan, bahawa rakyat Indonesia tidak ada pilihan lain, selain memastikan falsafah Pancasila menjadi benteng kemakmuran negara.

Justeru, di bahu pemerintah terpikul amanah ini bagi mempertahankan Perlembagaan negara, tegasnya berulang kali.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sebelum ini memberi amaran negara ini menghadapi gelombang fahaman radikal yang semakin meningkat.

Kebangkitan itu berlaku berikutan beberapa serangan bom dan jenayah yang didorong oleh prejudis terhadap golongan tertentu.

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla pula menegaskan, gelombang fahaman radikal tercetus akibat kelemahan pemerintah menangani isu-isu seperti kemiskinan dan ketidakadilan dalam sistem kehidupan rakyat. – Utusan

Sumber: Utusan Malaysia 02/05/2011

Gesaan untuk mengukuhkan fahaman Pancasila ini bukanlah pertama kali berlaku. Beberapa tahun sebelum itu, seruan seumpamanya telah dilaungkan daripada badan-badan politik sekular, khususnya badan pemerintah Indonesia.

Sehingga saat ini, Pancasila masih merupakan fahaman yang masih belum dilengkapi dengan motode tertentu (spesifik) untuk menangani pelbagai permasalahan yang berlaku di Indonesia. Oleh kerana tidak dilengkapi dengan sebuah metode yang jelas, maka wujudlah pelbagai tafsir daripada pelbagai pihak tentang teori dan pelaksanaannya. Misalnya pada zaman pemerintahan Soekarno (pengasas Pancasila), Pancasila ditafsirkan menjadi Sosialisme. Pada masa Soeharto, Pancasila ditafsirkan sebagai Kapitalisme Sekular. Pada saat ini pula, Pancasila ditafsirkan sebagai Neoliberalisme.

Secara faktanya, pemerintahan Indonesia sehingga saat ini belum pernah memberi kesejahteraan kepada rakyatnya. Tidak seperti yang didakwah oleh Megawati, sehingga saat ini, kemiskinan, pengangguran dan korupsi saban tahun menjadi tajuk utama yang menghiasai dada-dada akhbar di negara yang mempunyai majoritinya umat Islam. Baik pemerintah mahupun rakyat, diskusi tentang kebejatan akhlak dan sosial pula hampir tidak kunjung selesai. Pencabulan harta milik umat seperti emas, perak, minyak dan banyak sumber alam lain yang diberi kepada syarikat-syarikat asing oleh pemerintah telah banyak menzalimi rakyatnya.  Adakah Pancasila yang telah mengatur rakyat Indonesia seteruk ini, masih perlu dilaungkan diterapkan di Indonesia? Secara kesan dan hukum, ternyata Pancasila tidak relevan dan haram diterapkan kerana menyengsarakan umat, bahkan bertentangan dengan syariat Islam.

Berbeza dengan Islam yang tidak pernah berubah-ubah pentafsirannya mengikut tempat dan masa. Ini kerana, Ia merupakan ad-Deen yang berasal daripada Allah SWT. Secara historis, Islam sebagai sebuah Ideologi yang sahih, telah memerintah selama hampir 1300 tahun, dan telah member kesejahteraan hakiki kepada umat manusia, baik kepada muslim mahupun zimmi. Keperluan asas mereka terjamin. Harta dan maruah mereka terpelihara. Pada zamannya, ramai cendekiawan telah lahir dan menemukan banyak penciptaan baru, sehingga Carleton S. (Carly) Fiorina, CEO Hewlett-Packard, sewaktu menyampaikan pidatonya yang berjudul Technology, Business, and Our Way of Life: What’s Next pada 26 September 2001 di Menneapolis, Minnesota, berkata:

“Dahulu ada satu peradaban terbesar di dunia. Kerajaannya begitu luas, sambung menyambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Peradaban ini hidup subur dan digerakkan oleh ciptaan – ciptaan baru. Para arkiteknya mampu membina bangunan tinggi melawan graviti. Para pakar matematiknya menciptakan konsep ‘aljabar’ dan ‘algoritma’, dan konsep ini membantu penciptaan komputer dan encryption yang ada ketika ini. Para tokoh kedokteran menemukan ubat-ubatan baru yang digunakan untuk menyembuhkan  berbagai penyakit. Para tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang – bintang dan sekaligus membuka jalan bagi penelitian angkasa raya. Para penulisnya menulis ribuan cerita (buku-buku ilmiyyah). Peradaban yang saya maksudkan adalah peradaban Islam yang berkembang pada 800-1600 Masehi. Meskipun kita sering kali tidak menyedari betapa berhutang budinya kita kepada peradaban ini…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: