Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Fathul Bari Seleweng Makna Pelaksanaan Takzir

Posted by thinker on 13/12/2011

fathul-bariBaru-baru ini, MCA telah mengadakan forum, yang bertajuk “Hudud dan Implikasi terhadap orang bukan awam” bertempat di Wisma MCA. Salah seorang ahli panel di dalam forum tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya. Banyak kejanggalan daripada hujah-hujah yang diketengahkan oleh Fathul Bari selaku ulama Parti Sekular UMNO berkenaan hudud di dalam Islam (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm). Antaranya:

Pertama, beliau mengkritik tentang hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS di Kelantan, yang mana mempunyai banyak kesalahan. Maka dari itu, hudud itu tidak boleh dilaksanakan di negeri berkenaan (Kelantan), katanya.

Jika beliau mengatakan bahawa hudud yang mahu diterapkan di negeri Kelantan ini adalah versi PAS dan banyak kesalahan, lalu mengapa beliau sendiri tidak mengemukakan bagaimana versi hudud yang sepatutnya di dalam Islam? Sehingga hudud tersebut dapat diterapkan bukan hanya di Kelantan, bahkan di Malaysia secara keseluruhan. Ini kerana, penerapan hudud bukanlah perjuangan PAS sahaja, melainkan ianya adalah kewajipan seluruh umat Islam yang mahu hukum syariat Islam yang qoth’e ini diterapkan.

Kedua, ketika ditanya tentang salah faham yang berlaku di kalangan masyarakat bukan Islam tentang hudud, Fathul Bari mengatakan; “’Penjelasan mengenai takzir dan qisas yang juga merupakan cabang dalam hukum jenayah Islam juga perlu diperluaskan dan masyarakat bukan Islam wajar diberi penerangan mengenai hukum Islam secara keseluruhan berperingkat-peringkat,”

Bukan setakat tidak menjawab soalan, bahkan Fathul Bari sendiri tidak mempunyai pendirian yang tegas tentang hukum syariat  yang disebutkan olehnya sendiri. Takzir dan Qisas memang sebahagian daripada cabang pelaksanaan hukuman di dalam Islam (termasuk Hudud dan Mukhalafat). Manakala memberikan penjelasan (pendidikan) berkenaannya memang suatu kewajipan oleh Negara yang ingin menerapkan syariah Islam secara utuh. Tetapi, kita tidak boleh berdalih dengan alasan ini (untuk memeberi penjelasan kepada rakyat secara berperingkat-peringkat) untuk tidak mahu menerapkan hukum syariat yang qoth’e ini. Secara umumnya, Negara yang mahu dikatakan sebagai Negara Islam (Daulah Islamiyyah) wajib menerapkan Islam secara kaffah, tanpa berdolak dalih dengan alasan apa pun.

Ketiga, Fathul Bari menegaskan di dalam ucapannya bahawa; “”UMNO tidak pernah menolak hudud kerana ini adalah hukum Allah tetapi doktrin yang ditanam oleh Pas telah menyebabkan masyarakat awam termasuk orang bukan Islam sering mengaitkan hukum Islam dengan perlaksanaan hukum hudud sedangkan ia turut mengandungi hukum takzir dan qisas”.

Di sinilah letak kecelaruan utama cara berfikir Fathul Bari, di mana dia sendiri menyandarkan pelaksanaan Hudud itu kepada PAS. Maka tidak hairanlah jika dia hanya mengupas tentang kesalahan-kesalahan yang diperjuangkan oleh PAS. Walhal dia dan UMNO tidak pernah sama sekali memperjuangkan Hudud. Apatahlagi untuk diletakkan di dalam manifesto pilihanrayanya. Adakah ianya adil untuk dia berhujah tentang Hudud?

Keempat, Fathul Bari berkata, “walaupun Malaysia tidak melaksanakan hudud itu tidak bermakna negara ini dikatakan gagal melaksanakan hukum Islam kerana takzir juga merupakan salah satu cabang dalam sistem perundangan Islam.”

Kenyataan ini sama sekali menyimpang dari akidah dan ajaran Islam. Di mana, Fathul Bari menyamakan hukuman sivil yang dilaksanakan di Malaysia adalah merupakan hukuman Takzir yang merupakan hukuman yang lahir daripada akidah Islam, dan pelaksanaannya tertakluk kepada tabanni (ketetapan) seorang Khalifah di dalam Daulah Islam. Sudahlah Malaysia bukan Negara Islam, pemerintahnya pula bukanlah seorang Khalifah yang diangkat melalui bai’at, lalu Fathul Bari menyatakan bahawa undang-undang kufur yang lahir daripada perlembagaan Malaysia ini adalah Hukuman Takzir. Sungguh jauh menyimpang!

Kelima, Fathul Bari memberi contoh tentang kisah Saidina Umar yang tidak melaksanakan hudud (potong tangan) kepada pencuri kerana pada masa itu berlaku kemarau panjang. Kisah ini tidak boleh dijadikan justifikasi (alasan) untuk tidak melaksanakan hudud. Ini kerana pelaksanaan hudud adalah bersifat qoth’e dan wajib dilaksanakan tanpa sebarang dalih apa pun. Melainkan jika ada nas syarak yang menjelaskan bahawa dalam konteks tersebut tidak boleh diterapkan hukuman hudud. Saidina Umar tidak memotong tangan pencuri pada masa itu, bukanlah kerana kehendak dan pilihannya, atau pun kerana ‘alasan’ kemarau itu sendiri. Melainkan kerana ada hadis daripada Rasulullah SAW:

“Tidak ada potong tangan ketika (masa) kelaparan”.

Jadi, Saidina Umar tidak memotong tangan si pencuri ketika itu, bukanlah kerana tidak mengamalkan syariah (hudud), melainkan kerana syariah itu sendiri yang membatasi (taqyid) pelaksanaan hudud dalam kes-kes tertentu, termasuklah ketika waktu perang, kemarau, tidak cukup nisab curian (jumhur ulama’ ¼ dinar ke atas) dan beberapa hal lain yang dijelaskan oleh nas syarak.

Maka dari itu, kami menyeru kepada seluruh umat Islam, agar berlaku jujur dan ikhlas ketika menyampaikan pemikiran Islam. Jauhilah sifat berdolak dalih yang hanya mahu mengambil hati orang lain demi kepentingan individu mahupun kelompok. Menerapkan hukum-hakam Islam adalah merupakan kewajipan seluruh umat Islam. Manakala, hukuman Hudud, Takzir, Jinayat dan Mukhalafat hanya mampu dilaksanakan secara utuh di dalam Daulah Khilafah.

Wallahu’alam

2 Responses to “Fathul Bari Seleweng Makna Pelaksanaan Takzir”

  1. jusoh badoga said

    Salam. Hangpa ni duk mengarut apa ni… hangpa kata negara kena ada khalifah dulu baru boleh ada takzir… mai sini aku nak habaq kat hangpa… hangpa kata khalifah tu diangkat melalui bai’at… maksudnya hudud kalau dibuat pun tak valid lah sebab takdak khalifah pun di bai’at di malaysia ni..bukan begitu ? qot’i kepala hangguk la hangpa. buat takzir perlu bai’at khalifah, buat hudud tak perlu bai’at khalifah…logik apa yg hangpa pakai aku tak tau naa…hasih…mengarut dan taksub hangpa ni..

    • hawa said

      kepala hangguk hang la jusoh… hang duk baca penjelasan tu ikot mata hati ka ikot perasaan amarah hang? dah taw undang2 negara ni ikot undang2 kapir nk nobatkn sbg hukum takzir apanya???? hukum takzir tu spt yg dijelaskn..hg baca balik kasi phm..jgn ikot ngat setan dlm bdn tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: