Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Perjuangan Pekida Yang Keliru

Posted by thinker on 26/12/2012

Perjuangan yang keliru, itulah kalimat yang tepat diberikan kepada Pertubuhan Pekida. Manakan tidak keliru, mereka mengiktiraf persatuannya sebagai pejuang kepada agama, bangsa dan Negara. Tetapi pada masa yang sama mereka telah merosakkan agama, bangsa dan Negara dengan menyokong Negara sekuler yang dipimpin oleh Barisan Nasional pada masa sekarang ini yang jelas-jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Baru-baru ini ketika Mesyuarat Agung Pekida Malaysia ke-18, melalui Presidennya, Jamaludin Yusof mengatakan bahawa:

“Pekida mempunyai misi dan visi tersendiri iaitu menegakkan Islam dan memastikan bangsa Melayu terus menjadi tunjang negara. Kita akan terus mempertahankan agama, bangsa dan negara walaupun terpaksa berjuang hingga ke titisan terakhir.

Sungguh naif perjuangan yang didengungkan oleh Presiden Pekida. Pada hakikatnya kita diseru oleh Allah dan Rasulnya agar memastikaa bahawa Islam sebagai tunjang dan asas kehidupan termasuklah dalam aspek pemerintahannya. Bukan menjadikan melayu sebagai tunjang Negara.

Di dalam ucapannya juga, Jamaludin Yusof juga mengatakan bahawa beliau sedang mencari formula bagaimana untuk menyatukan kesemua anggota supaya perjuangan kita mencapai matlamatnya. Padahal Allah SWT di dalam al-Quran telah memberi formula yang ampuh untuk menyatupadukan umat manusia keseluruhannya, dan tidak hanya terbatas kepada orang-orang melayu sahaja. Firman Allah SWT:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (TMQ al-Hujurat [49] : 13)

Kebangsaan dan kesukuan memang diakui oleh Islam, tetapi tidak bererti dengan adanya kebangsaan dan kesukuan itu dijadikan dasar untuk membentuk satu organisasi, masyarakat, negara, sehingga terpisah antara bangsa yang satu dari bangsa yang lain atau suku yang satu dari suku yang lain, kerana Allah SWT menegaskan di dalam ayat di atas bahawa dijadikannya bangsa dan suku adalah untuk saling kenal mengenal, bukan untuk dijadikan alat pemecah belah. Sebagaimana kita ketahui dari fakta yang terjadi saat ini bahawa keadaan kaum muslimin berada dalam keadaan terpecah belah. Kaum muslimin yang tinggal di berbagai negeri telah menyibukkan diri hanya untuk mengurusi dan membela urusan negerinya masing-masing tanpa peduli dan berusaha membantu saudaranya yang tinggal di negeri yang mengalami penindasan dan penjajahan oleh negeri-negeri kufur, bahkan mereka berasa selesa dengan penerapan sistem sekuler di negeri masing-masing sepertimana halnya seruan yang dilakukan oleh Presiden Pekida ke atas pertubuhannya dengan ucapannya:

“Hanya kerajaan yang ada sekarang ini akan terus memberikan kemakmuran, kesejahteraan dan kebajikan kepada rakyat. Jadi, saya minta semua anggota Pekida agar terus menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini agar semua yang diperoleh sekarang ini berterusan untuk anak cucu kita,” katanya. – BERNAMA

Sumber : www.utusan.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: