Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Acara Tahun Baru Bertentangan Dengan Islam

Posted by thinker on 31/12/2012

Menjelang tahun baru 2013, secara lazimnya Malaysia adalah seperti negara-negara lain di seluruh dunia, yang akan membuka tirai tahun tahun baru Masehi dengan pelbagain acara, baik yang diselenggara oleh Negara mahupun syarikat-syarikat swasta.

Di ibu kota misalnya, beberapa lokasi terpilih kebiasaannya akan menyambut kemeriahan sambutan ambang tahun baru dengan pengisian pertunjukan bunga api, konsert dan persembahan artis popular serta acara-acara menarik lain. Manakala pada tahun ini, di pusat pentadbiran negara Putrajaya pula, Konsert Ambang 2013 Putrajaya anjuran Kumpulan AmBank akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pukul 5 petang.

Itulah sekilas beberapa acara yang akan disajikan kepada rakyat khususnya di Malaysia ketika menjelangnya detik tahun baru saban tahun. Mungkin tidak ramai yang menyedari tentang hakikat bahawa acara yang dilakukan ini jelas-jelas adalah bentuk kemaksiatan yang nyata di sisi Islam. Bermula dari konsert-konsert hiburan dan nyanyian yang haram kerana pendedahan aurat dan cara pemakaian artis yang tidak menepati syarak, sehinggalah kepada wujudnya percampuran antara lelaki dan wanita ketika majlis itu diadakan, yang jelas tidak mematuhi kehendak syariat Islam.

Di samping suasana yang tidak islami itu, acara tahunan ini juga mengeluarkan biaya yang sangat tinggi. Justeru pembiayaan yang sia-sia ini adalah salah satu bentuk kemaksiatan dalam membelanjakan harta:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (TMQ al-Isra’ [17]: 27)

Menurut Tafsir al-Imam at-Tobari; “Al-Imam asy-Syafi’e pernah berkata: Pembaziran itu ialah membelanjakan harta pada bukan haknya (yang sepatutnya ). Dan tidaklah pula dianggap membazir jika digunakan untuk amal kebajikan – dan inilah dia pendapat majoriti ( dari kalangan ulama’ Tafsir ) .

Dari sini kita dapat melihat bahawa Acara tahun baru yang diadakan pada setiap tahun itu adalah haram, kerana terdapat banyak unsur yang haram di dalamnya serta berlakunya isyraf (berlebih-lebihan) dan pembaziran yang dilarang oleh Allah SWT. Sesiapa menghadirinya juga tergolong dalam pelaku maksiat kerana kaedah syarak berbunyi, “Segala jalan yang membawa kepada yang haram itu, maka ianya juga haram”.

Di samping itu, Allah SWT melarang bagi kita untuk tolong menolong dalam keburukan:

“Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat”. (TMQ al-Maidah [5]: 2)

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa acara tahun baru ini bukan sahaja haram di sisi syarak, bahkan ianya juga menyumbang kepada budaya hedonism, akhlak yang buruk serta pembaziran harta yang merugikan Negara dan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: