Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Archive for the ‘Aktiviti’ Category

Hizbut Tahrir Malaysia Membuat Seruan Di Masjid Negara Bersempena Musim Haji 1431H

Posted by thinker on 16/11/2010

Kuala Lumpur, 12 November 2010 – Bersempena dengan musim haji yang telah tiba, sekali lagi Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan satu seruan di perkarangan Masjid Negara setelah selesai solat Jumaat, dengan disaksikan para jemaah yang hadir bersolat Jumaat pada hari itu. Seruan dibacakan oleh aktivis muda HTM, saudara Abu Imtiyaz. Beliau membicarakan tentang kemuliaan ibadah haji dan pengorbanan yang dilakukan oleh para pelakunya sebagai ibadah penyucian bagi sesiapa yang mendapat haji mabrur, jika hajinya itu dapat mempengeruhi amalnya baik ketika atau setelah ibadah haji itu selesai dilaksanakan.

Seruan tersebut juga menekankan tentang pengajaran-pengajaran yang seharusnya difahami oleh umat Islam di seluruh dunia tentang ibadah haji. Empat pengajaran yang disebutkan di dalam bacaan seruan itu ialah;

Pertama, ibadah haji mengajarkan erti pengorbanan.

Kedua, ibadah haji mengajarkan ketundukan dan ketaatan secara total kepada Allah.

Ketiga, ibadah haji mengajarkan persamaan dan persaudaraan.

Keempat, ibadah haji juga mengajarkan penyatuan kaum Muslimin di seluruh dunia. Read the rest of this entry »

Advertisements

Posted in Aktiviti | Leave a Comment »

HTM-KL Dan MHTM Berjaya Menjelaskan Tentang Perjuangan Sekular Sisters In Islam Kepada Umat Islam

Posted by thinker on 26/10/2009

Petaling Jaya 25 Okt – Menyedari terjadinya banyak penghinaan ke atas hukum-hukum Allah SWT di era moden kini, terutama oleh gerakan-gerakan sekular yang bertopengkan agama, Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (HTM-KL) telah bekerjasama dengan Muslimat Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) yang turut dibantu oleh Ikatan Intelektual Nusantara mengadakan satu seminar dengan tajuk yang hangat iaitu “Sisters In Islam (SIS) – Pembela Atau Perosak Wanita” di Dewan Serbaguna, Petaling Jaya, Selangor DE. Tajuk ini dipilih ekoran daripada sikap biadap SIS yang mencabar hukum Allah SWT, berkenaan hukum sebatan ‘syariah’ ke atas seorang individu yang bernama Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, seorang model dari Sungai Siput, Perak yang dituduh meminum arak di khalayak ramai pada 11 Julai 2008, di hotel Legend, Cherating, Pahang.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah An-Nisa’ bersama terjemahannya oleh Ustaz Darul. Sesuai dengan tajuk seminar pada kali ini, pihak penganjur ingin mendedahkan kepada masyarakat tentang kesesatan idea-idea yang dibawa oleh SIS, yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan penafsiran yang songsang (salah), termasuklah hujah-hujah (logik) akal yang lemah, sekali gus bertolak belakang dengan dalil-dalil syariat. Seminar kali ini menghadirkan dua orang penceramah dari HTM dan seorang wakil dari MHTM. Pada sesi pertama, Prof. Dr. Mohammad Syarifuddin menyampaikan ceramahnya yang bertajuk, “Kupasan Isu Kartika Sari”. Beliau menjelaskan kronologi berkenaan kes Kartika Sari, bermula dengan pengakuan bersalah Kartika Sari yang rela untuk disebat dan telah membayar denda sebanyak RM5000, sehinggalah muncul polemik berkenaan pelaksanaan hukuman 6 sebatan ke atasnya. Apa yang pasti, sehingga kini hukuman 6 sebatan ke atas Kartika Sari belum lagi dilaksanakan, ekoran dari berbagai-bagai alasan dan kecaman dari pihak yang kononnya memperjuangkan Hak Asasi Wanita dengan alasan kejam yang akan mendatangkan pandangan yang buruk oleh agama lain ke atas agama Islam. Read the rest of this entry »

Posted in Aktiviti | 4 Comments »

SIS – Pembela atau Perosak Wanita?

Posted by thinker on 08/10/2009

Poster+SIS

Program           : Seminar  SIS – Sisters Ikutlah Sekular

Tema               : Sisters in Islam : Pembela atau Perosak Wanita?

Tarikh (Hari)   : 25 hb Oktober  2009 (Ahad)

Masa                : 8.30 pagi hingga 1.00 ptg.

Tempat         : Dewan Serbaguna, Jalan 51A/227, Petaling Jaya, Selangor DE

“Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir… Masuk adalah PERCUMA, Makanan Ringan disediakan”
Heboh-hebohkan, War-warkan, Habaq-habaqkan, Ghoyak-ghoyakkan, Kecek-kecekkan… Read the rest of this entry »

Posted in Aktiviti | 1 Comment »

Forum Isu Sebatan Kartika, APIUM

Posted by thinker on 18/09/2009

UM Petaling Jaya, 16 Sept – Fakulti Jabatan Undang-undang Syariah, Universiti Malaya telah mengadakan satu mini forum di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), mengangkat tajuk yang sedang hangat diperkatakan di tanah air Malaysia, bahkan peringkat antarabangsa dengan liputan media BBC dan CNN, iaitu isu sebatan ke atas seorang model wanita yang telah meminum arak di tempat umum (public area). Forum ini menampilkan dua pensyarah dari jabatan berkenaan, iaitu Profesor Dr Raihanah dan Dr Siti Zubaidah. Kedua-dua penceramah membahaskan selama satu jam setengah (10 pagi – 11.30 pagi)  berkenaan realiti berkenaan isu yang sedang diketengahkan, dan menerangkan isu Mahkamah Syariah yang sedang berjuang untuk melaksanakan sebatan ke atas pelaku peminum arak di seluruh negeri di Malaysia. Polemik yang sedang berlangsung di tanah air yang melibatkan tokoh-tokoh sekular turut diungkapkan yang tidak menyokong bahkan menolak hukuman sebatan ke atas peminum arak di Malaysia dengan alasan KEJAM. Pro-Kontra permasalahan berkenaan isu sebatan yang kelihatan kejam, seperti yang dipropagandakan oleh media massa cuba dinafikan oleh para penceramah, bahawasanya sebatan yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah (versi Malaysia) adalah berbeza dengan sebatan yang dilakukan oleh Mahkamah Sivil (Civil Court).

Pada dasarnya, penulis melihat forum tersebut adalah forum yang membahaskan secara ilmiyah isu sebatan versi Mahkamah Syariah di Malaysia, dan bukannya membahaskan isu sebatan dalam perspektif syariat Islam. Aneh? Mahkamah Syariah tidak membahaskan sesuatu dalam perspektif syariat Islam? Read the rest of this entry »

Posted in Aktiviti, Diary, Isu Semasa | 3 Comments »

Laporan : Seminar – Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat

Posted by thinker on 27/07/2009

DSC0766726 Julai 2009, Ahad – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah dengan jayanya menganjurkan satu seminar yang bertajuk, “Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat”, bertempat di Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi. Promosi yang telah dilakukan secara besar-besaran sebelumnya telah berjaya menarik peserta hampir mencecah 800 orang. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.30 petang, akhirnya dapat disudahkan pada jam 2.30 petang setelah selesai sesi soal-jawab.

Seminar yang membahaskan dan mengupas secara keseluruhan berkenaan Demokrasi ini telah membawa empat pembentang yang arif berkenaan dengan Demokrasi. Pembentang pertama iaitu Prof Madya Dr Mohammad, mengupas tajuk ‘Wajah Hodoh Demokrasi’. Tajuk kedua iaitu ‘Demokrasi Halal atau Haram’, dibentangkan oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakeem Othman. Pembentang ketiga yang merupakan Setiausaha Agong HTM, Ustaz Abu Taqiyuddin, membentangkan tajuk ‘Syura dalam Islam’. Pembentang terakhir pula disampaikan oleh Ustaz Isa Abdullah dengan tajuk ‘Khilafah Penyelamat Umat’.

Seminar pada kali ini dijalankan dengan dua sesi. Sesi pertama disampaikan oleh ahli panel yang pertama dan kedua. Manakala sesi kedua pula disampaikan oleh ahli panel yang ketiga dan keempat. Read the rest of this entry »

Posted in Aktiviti | 1 Comment »